Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

August 30, 2011

Salam Aidilfitri 1432H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Aidil Fitri buat semua sahabat para pemuda islam.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Begitulah Alunan takbir dan tahmid meraikan kemenangan kita sebulan mengharungi susah payah dan mujahadah memdidik jiwa dan nafsu tunduk kepada perintah Allah swt. Disamping itu juga ia mengenangkan kita kepada sejarah keagungan dan kemegahan Islam, apabila umat Islam berkuasa dan berjaya menundukkan tentera ahzab, satu titik permulaan kepada siri pembukaan Islam sehingga Islam berjaya mengusai dua pertiga dunia. Syukur tidak terhingga kepada Allah swt yang telah memberi kita kesempatan mengharungi sebulan Ramadhan kali ini dengan penuh keimanan dan kesabaran.

Allah Maha Besar, tiada yang boleh mengalahkanNya, Dia yang telah memenangkan tentera Islam dan segala pujian bagi Allah SWT. Allah telah menunaikan janjiNya dan mengalahkan tentera bersekutu. Dialah Allah yang Maha Esa.

Sahabat-sahabat sekalian,

Menurut Ust. Abdullah Zaik, rangkap-rangkap takbir dan tahmid ini menjadi syiar yang dialunkan setiap tahun untuk memastikan jiwa mukmin sentiasa merasa izzah (bangga) dengan Islam, hidup dengan kebanggaan dan kemenangan. Sentiasa berada dalam kecemburuan yang tinggi terhadap maruah dan kemuliaan agama.

Walaupun dari segi politik, pendidikan, ekonomi, teknologi dan ketenteraan, umat Islam telah kalah kepada barat, jiwa mereka tidak sepatutnya merasa kalah. Jiwa keperwiraan untuk menuntut kemuliaan dan ketinggian harus terus membara selama takbir dan tahmid raya berkumandang dan ayat-ayat jihad dihayati.

Sebagai golongan belia, yang merupakan generasi harapan ummat islam, mari kita terus istiqamah dalam meneruskan momentum tarbiyah ramadhan agar segala amal terus istiqamah buat sepanjang tahun mendatang. Sesungguhnya perjuangan dan ujian sebenar telah bermula apabila hadirnya bulan syawal ini. Meskipun realiti di negara kita kini cabaran begitu berat buat para belia dengan pertembungan antara fahaman islam dengan sekular, liberal, humanisme dan globalisasi. Seharusnya kita yang sedar dan insaf ini terus kuat dan tabah dalam membantu diri dan sahabat yang lain dalam mendekatkan diri kepada Allah dan pada masa yang sama cemerlang di dalam apa jua bidang ilmu yang diceburi dengan berpandukan Al-Quran dan sunnah Nabi saw. 

Hakikat kehidupan seorang beriman pasti akan diuji untuk dinilai oleh Allah swt tahap keimanannya, maka bersedialah kita wahai para belia islam dengan ujian demi ujian yang akan datang dalam kehidupan kita selepas Ramadhan ini sebagaimana yang Allah swt firmankan dalam Al-Quran;

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (29:2-3).

Para belia sekalian,
Seterusnya, mari kita terus berbangga dengan kemuliaan kita sebagai seorang pemuda muslim. Kerana hanya dengan kemuliaan ini sahaja kita mampu melangkah untuk kembali bangkit menegakkan islam dalam diri kita, masyarakat dan negara. 

Tarbiyyah bukan segalanya, tapi segalanya bermula dengan tarbiyah

Buat mereka yang telah mengikuti tarbiyah melalui usrah/ halaqah. Percayalah bahawa sebagaimana saya telah dan sedang melaluinya ; Inilah sarana terbaik di dalam membentuk diri kita menjadi seorang muslim dan dai. Inilah kaedah terbaik membantu diri kita membuat perubahan untuk berhijrah dan meninggalkan kehinaan jahiliyah menuju islam sepenuhnya. Hanya dengan tarbiyah, mampu melahirkan seorang muslim yang abid dan haraki. Inilah kaedah yang telah dipraktikkan oleh nabi saw dalam mentarbiyyah para sahabat. Membentuk generasi awal yang kuat iman dan bersungguh-sungguh dalam menyebarkan tarbiyyah kepada orang lain.Semoga kita terus istiqamah dalam tarbiyyah dan dakwah ini.

 "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (3:139) 

Sahabat-sahabat sekalian,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam, khususnya rakyat Malaysia dan warga Pembina Sarawak, seterusnya muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini diterima oleh Allah SWT dan kita tergolong di kalangan mereka yang terlepas daripada azab api neraka.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Salam Mahabbah, Salam Ukhuwwah.
Sekian.

 "Bersama Belia Membangun Jatidiri"














Muhammad Abdul Mun'aim Mohd Idrus
Pengerusi
Persatuan Belia Islam Nasional Sarawak

August 19, 2011

Fasa terakhir, Somalia dan palestin

  • Memasuki fasa terakhir dalam ramadhan, nampaknya semua umat islam berlumba2 meningkatkan amal ibadah masing2. Alhamdulillah. Tilawah Quran, qiam dan i'tikaf insyaallah kita akan sama-sama usahakan. Semuanya untuk mencari redha Allah swt.
 
  • Cuma amat menyedihkan saya, Ummat islam di palestin diserang oleh Israel laknatullah dengan kapal perang dan peluru berpandu di bulan Puasa ini.
  • difahamkan pejuang islam di perbatasan palestina sudah melancarkan roket sebagai serangan balas kepda israel.
  • buka itu sahaja, malah, umat islam juga dilarang untuk solat jumaat di masjid suci Al-Aqsa oleh puluhan askar israel lakantullah.
  • saudara2 semua jangan lupa untuk mengikuti hal ehwal umat islam di sana. layarilah website seperti 
  • www.infopalestina.com untuk berita terkini.
  • juga umat islam di Somalia juga sedang menderita kelaparan. Khabarnya Erdogan PM turki sedang ke sana, lawatan sebagai saudara seislam juga utk menarik perhatian semua umat islam agar membantu saudara seislam di sana. Terima kasih erdogan atas keprihatinanmu. 
 
  • Semoga pemimpin negara kita juga akan turut serta membantu. InsyaAllah kita sebagai rakyat pasti akan menyokong. Ketika pemimpin2 negara islam lain sibuk bercuti dan mengadakan lawatan ke negara2 eropah, beliau dgn rendah dirinya melwat somalia. Ya Allah,betapa saya merasa mulianya dan bangganya ada pemimpin islam seperti ini.
  • Mari banyakkan sedekah dan gencarkan lagi dakwah agar kekuatan ummat islam kembali kuat dan mampu membantu saudara kita di sana.
  • melihatkan keadaan sekarang, memang kita belum cukup kuat untuk melawan. bukan kerana jumlah kita sedikit, bahkan banyak. cuma kualiti kita seperti buih di lautan. Tidak kuat. cintakan dunia dan takutkan mati. Lihat sahaja para pemuda melayu islam kita. mereka telah dirosakkan dan dihanyutkan oleh pengaruh2 barat dan gaya hidup yang jauh dari nilai2 islam. Lihat sahaja apra wanita islam kita. sesungguhnya jika kita dapat melihat semua ini daripada sudut pandang dai, maka kita akan merasakan betapa masih banyak kerja2 dakwah perlu dilakukan, betapa banyak para dai dan murabbi kita perlu lahirkan agar dakwah terus berjalan dan mewarnai dan hidup dalam masyarakat. Tiada masa untuk berbalah sesama kita lagi, masanya adalah untuk agenda besar kita bersama. 
  • tetapi seandainya ummat islam di Malaysia terus dengan rentak politik kotor, saling membencii dan bermusuhan. maka kerugiaan yang besar, bahkan bencana besar kepada ummat di malaysia dan ummat islam di somalia dan palestin.
  • apa yang kita harapkan, semua saling sepakat dan duduk semeja dalam menjaga dan membela kepentingan ummat islam. bukan mahukan mereka berbalah dan saling menjatuhkan. Kami orang muda sudah bosan dengan politik dan para pelakonnya. Semoga ramadhan ini semua pemimpin sedar dan insaf. Selamatkanlah sahabat2 kami diluar sana yang terabai dan tiada arah tuju dlm kehidupan.
  • kita sebagai rakyat Malaysia memang bersyukur kerana keamanan yang dikurniakan Allah. Seharusnya kita mengambil peluang ini untuk bekerja lebih keras agar dakwah dapat menyentuh semua hati-hati masyarakat disekeliling kita dan bersama-sama membantu saudara kita di sana.

August 18, 2011

Solat tarawikh di lot 77



  • semalam buat pertama kali bulan Ramadhan ini saya berkesempatan solat isyak dan terawikh bersama ikhwah2 medic di lot 77. Alhamdulillah hilang semua kerinduan pada mereka. Kolej medic unimas sememangnya punya jasa dan memori yang bernilai dalam hidup saya di Bumi cinta sarawak. Di sanalah saya belajar memberi tazkirah, mencari mad'u, membuka halaqah dan erti pengorbanan dan keikhlasan. Terima kasih buat ikhwah2 medic yang selalu menjadi inspirasi dan pembakar semangat  dalam hidup saya.
  • malam itu, sekali lagi, saya secara tiba2 dijemput beri tazkirah secara mendadak. Ikhwah medic ni memang suke buat kejutan. Namun, alhamdulillah semakin dapat membiasakan diri dengan kejutan2 begini.Tq akhi Dr hanis. :-)=
  • Murabbi saya selalu melatih kami dalam usrah beri tazkirah secara tiba-tiba. Saya kira setiap ikhwah memang perlu di latih begini agar punya kesiapan dan keyakinan diri. Kerana saya ada terbaca 1 buku dakwah, maaf tidak ingat, Tetapi seorg dai itu memang seharusnya sentiasa bersedia untuk tampil dalam masyarakat sebagai qudwah dan menyebarkan fikrah dakwah islamiyah secara yakin dan unggul.
  • semasa sesi perjumpaan dgn ikhwah medic, Akh Khairol beri tazkirah bahawa dakwah kita ini meluas, menyeluruh sehingga mesti ia menyentuh semua hati-hati manusia disekelilingnya dengan fikrah islam dan ia juga mendalam. Penuh ukhwah, meskipun ikhwah berjauhan, tetapi tetap dekat dihati.Meski jarang bertemu, namun tetap kita saling mencintai kerana Allah swt.
  • kita harus meluaskan cakupan dakwah ke seluruh masyarakat disamping memelihara ukhwah, ikatan hati sesama kita agar dakwah terus kukuh.
  • sememangnya masyarakat menantikan kehadiran kita, hadir sebagai ruh baru dalam ummat. kehadiran dakwah ini untuk membawa mereka bersama kita melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
  • bersama-sama membina masyarakat yang punya agenda dan jatidiri.

August 16, 2011

Writing thesis complete!!

  • selama beberapa bulan yang lalu saya terpaksa mengejar masa untuk menyiapkan thesis master yang selalu tertunda.
  • Alhamdulillah akhirnya berjaya menyiapkan laporan thesis yang setebal 126 page atau pun 27,128 perkataan yang ditaip. Target asal untuk disiapkan seawal bulan mac, tetapi delay sampai mei dan akhirnya sampai ogos. Alhamdulillah Bulan merdeka dan Ramadhan menjadi bulan terakhir segalanya siap. Apabila sudah dihantar kini barulah terasa ringan kepala  Begitulah manusia, baru hal dunia, seolah-olah sudah lupa akhirat. 
  • Saya bersyukur kerana Supervisor saya Prof. yang setiap hari mendesak/push saya agar cepat siap. Malah kalau saya tiada di Lab pasti beliau akan call utk memastikan saya hadir dan beri komitmen sepenuhnya. Memang saya diajar oleh beliau agar hadir ke Lab setiap hari kerana saya di sponsor oleh MOSTI. kerana hakikatnya duit itu datang daripada rakyat Malaysia. Kesedaran ini sentiasa membuatkan saya wajib untuk datang ke Lab dan berusaha sebaik mungkin. Kepantasan Prof.  menyemak dan membetulkan thesis saya juga selalu memotivasikan saya untuk bersemangat menyiapkan. 
  • Terima kasih kepada Mak yang selalu call dan beri semangat serta tidak putus -putus mendoakan agar saya berjaya  siapkan thesis ini. Beliau juga telah meletakkan syarat kpd saya jika ingin menikah, mesti menyiapkan master saya dahulu..hu..syarat ni memang paling memotivasikan buat org seusia saya  :-)
  • Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua ikhwah yang memahami kesibukan saya beberapa ketika lalu. Doakan saya agar berjaya sehingga final exam (viva-presentation selepas raya nanti).
  • Semoga saya berjaya mengejar mimpi saya untuk tahun 2011 ini, iaitu menggenggam ijazah sarjana.
  • pada awalnya memang terasa macam susah dan memang pun susah. tetapi dalam hidup, kita tidak boleh lemah dan takut untuk menerima cabaran. Prinsip yang saya sentiasa sematkan dalam diri ialah..
  • "Kepengecutan terbesar ialah tidak berani melangkah!!..
  • saya belajar ini daripada saudara Satria Hadi Lubis..seorang motivator daripada indonesia...
  •  Terima kasih kepada Dakwah kerana memberi saya pengarahan untuk stay di Sarawak suatu masa dahulu. Alhamdulillah kini saya merasakan selama saya duduk di Bumi cinta Sarawak ini terlalu banyak perkara baru yang saya pelajari dan penuh dengan hikmah. 
  • Semoga Allah memudahkan segala urusan saya selepas ini Amin.

"Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan," (94:5)



August 14, 2011

majlis berbuka puasa dan solat hajat untuk ikhwah dan akhwat asasi unimas


Salam ramadhan,
  • InsyaAllah Pembina Sarawak akan mengadakan majlis berbuka puasa dan solat hajat di masjid unimas pada hari ahad 14 ogos..iaitu beberapa jam sahaja lagi selepas saya post iklan ini.
  • cuma makanan terhad buat 100 org yang mendaftar. khabarnya sudah full. So, terima kasih kpd yang mendaftar dan yg tidak sempat tak de masalah. datang sahaja. insyaAllah makanan cukup.
  • insyaALLAH akan ade pengisian tazkirah daripada Ust. Mejar Munthaha (biro dakwah isma sarawak) selepas solat maghrib. So, makanan rohani ini tidak terhad. sila ajak semua kawan2 anda termasuk la fellow dan pak guard agar sama2 dapat kenyangkan rohani kita.
  • selepas isyak pula kita akan adakan solat hajat dan tarawikh macam biasa.
  • cuma saya tgh tercari2 siapakah yang sudi menajdi pengerusi majlis malam ini??? adakah anda?..jgn segan2 sila jumpa saya segera.

Berita sensasi lain  : iftar Pembina Uitm semalam
  • alhamdulillah semalam pada sabtu 13 ogos 2011 pembina uitm telah mengadakan majlis berbuka puasa dan qiamullail bertempat di pejabat isma.
  • saya sempat datang walaupun last minute dan menjamah nasi ayam yang enak semalam . alhamdulillah.
  • apa yg menarik. selepas solat maghrib, tiba2 saya ditarik beri tazkirah ramadhan. fuh..pucat muka. alhamdulillah nasib ade baca beberapa artikel berkenaan ramadhan malam sebelumya.
  • turut diadakan selepas solat tarawikh, majlis sambutan hari jadi ikhwah akhi rasul..wah..ikhwah uitm memang best..ana pun x sangka ada kek besar..kenyang dan menambahkan paras gula..hu..respek dgn ikhwah yg buat kejutan..macam family bahagia rasanya semalam.
  • rata-rata yang hadir semalam adalah adik2, ikhwah dan akhwat uitm yang tahun pertama. Alhamdulillah, nampaknya hasrat saya untuk memantapkan dan mengencarkan pembina uitm sarawak akan ada harapan dengan kehadiran adik2 yang baru dan freshie itu. 
  • Kuliah subuh telah disampaikan oleh ust fauzee..memang best pengisian beliau yg rileks dan santai tetapi menyentuh kalbu yang mendengar. dan semalam adalah pertemuan pertama saya dengan beliau sejak beberapa bulan beliau pindah ke sarawak. akhi fauzee merupakan ikhwah daripada isma mesir dan kini sudah tamat belajar dan menajdi Guru JQaf di Sarawak.
  • alhamdulillah nampaknya sejak ada pejabat isma di desa ilmu, semakin mudah untuk buat program2 bersama adik2 asasi dan uitm. semoga dakwah terus subur di bumi cinta Sarawak.
  • berikut ada beberapa keping gambar sempat saya snap!!.
 
 







Saksikan video bonus untuk antum semua : aksi ukhti aisyah makan kek hari jadi ikhwah....:-)
video

August 5, 2011

Tetamu dakwah sebelum Ramadhan 2011

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt yang telah memberikan kita nikmat iman dan islam. Kemudian ditambah lagi kita telah dipilih oleh Allah mendapat nikmat tarbiyyah islamiyyah. Semoga kita terus istiqamah di jalan dakwah ini.

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (14:7)

Di Kesempatan ini izinkan saya mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak. kepada semua yang mengenali atau baru sahaja mengenali diri saya. Semoga Ramadhan kali ini kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa disisinya.  Berada di bulan Ramadhan sahaja merupakan nikmat yang sangat besar. Sebelum bulan Ramadhan datang lagi kita sudah berdoa semoga diberikan kesempatan untuk berada di bulan ini, maka sudah sewajarnya kita memanfaatkan masa yang ada untuk beribadah dan memperbanyakkan amal kebajikan di bulan mulia ini. 
Sebenarnya banyak perkara ingin dikongsikan  dengan antum berkenaan beberapa perkara yang berlaku dalam bulan ini dan lepas setelah lama tidak mengemas kini blog ini, justeru itu dibwah ada beberapa perkara suka untuk saya kongsikan.

  1. Pembukaan pejabat ISMA yang pertama di Bumi Sarawak.

Alhamdulillah kami di sini sudah berjaya membuka sebuah pejabat untuk aktiviti dakwah dan masyarakat. Apa yang menarik ialah semua duit yang digunakan adalah hasil daripada sumbangan ikhwah dan akhwat dari seluruh malaysia, bahkan daripada Australia pun ada ikhwah yang menyumbang. Malah ada juga dari kalangan orang perseorangan, rakan office ikhwah dan akhwat yang turut menyumbang.Teringat kata-kata sheikh Hasan Al-bana duit-duit kegiatan dakwah kita adalah daripada poket2 kita sendiri. Dalam dakwah ini memang kita tidak akan mendapat harta kekayaan berlimpah ruah, pangkat dan gelaran. Sebaliknya kita yang akan menginfaqkan harta kita dijalan-Nya. Semoga dengan adanya pejabat ini akan dapat membantu gerak kerja dakwah lagi pada masa akan datang memandangkan jumlah ikhwah dan akhwat semakin ramai serta program-program dakwah juga akan bertambah dari semasa ke samasa. Alhamdulillah kehadiran pejabat ini tepat pada masanya. Syukur kepada Allah yang telah memberi kita segala nikmat ini. Jutaan terima kasih kpd semua ikhwah dan akhwat yang telah ikhlas menyumbang dalam projek pejabat ini.

  1. Kedatangan Prof. Dr. Hesham Sakr "Masa depan dakwah di tangan pemuda" 
 
Buat pertama kalinya salah seorang tokoh dakwah hebat daripada Ikhwan Mesir menjejakkan kaki ke bumi Sarawak dan menziarahi kami di sini. perasaan ketika itu sangat gembira dan memang penuh ukhwah. Saya mengenalinya sebelum ini ketika mendengar pengisian ikhwah di dalam halaqah sahaja. Serta kebetulan semasa saya pulang ke KL semasa EGM ISMA saya ada membeli buku tulisan beliau bertajuk Ghulam Dakwah hasil rekomen daripada sahabat saya akhi Adli. Sejak membaca buku beliau terutama di bahagian mukaddimah saya mula mengerti akan kesibukan beliau dalam dakwah sehingga buku tersebut mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan. Buku tersebut mengupas tentang kisah penuh hikmah antara pemuda dan ahli sihir dan seorang ahli kitab. Kupasan beliau memang menarik dan penuh pengajaran. Ceramah bellau di dalam bahasa inggeris amat mudah difahami dan memberi banyak input baru dalam hidup saya di jalan dakwah ini. Semasa pertemuan  secara personal ketika menjadi pemandu beliau di Sarawak banyak soalan saya sempat bertanya berkenaan ikhwan dan juga beberapa perkara yang menjadi kemusykillan saya selama ini tentang dakwah di malaysia. Alhamdulillah beliau menjelaskan segalanya dengan terang dan amat baik sekali sehingga membuatkan saya terus bersemangat untuk menjadikan ISMA sebagai wadah perjuangan dalam membawa risalah islam dalam hidup saya.


  1. Kedatangan Dr. Rizuan YDP ISMA Sg petani dan "Antara ijazah dan risalah" 
Saya pertama kali mengenali beliau adalah semasa beliau datang baru-baru ini. Kedatangan beliau adalah atas urusan rasmi sempena sebuah acara seminar kerana beliau merupakan seorang pensyarah, namun beliau mengambil kesempatan untuk bertemu dengan ikhwah dan akhwat di sini. Ceramah beliau bertajuk "Antara Ijazah dan risalah" telah memberi menambahkan kefahaman sebagai seorang muslim dan tanggungjawab dakwah. Saya kagum dengan beliau kerana ilmu yang dimiliki dan juga kejayaan beliau dalam akademik. Seorang yang memiliki lulusan sarjana dan Phd lalu berbicara soal islam memang menjadi impian saya. memberi iinspirasi bahawa suatu hari nanti saya akan menjadi seperti beliau. Terus istiqamah dalam dakwah meskipun bergelar Doktor dalam bidang kepakaran beliau.


  1. kedatangan Presiden Pembina "bersama bekerja menjayakan objektif isma"
Rasa kesyukuran terus dipanjatkan kepada Allah atas keizinan daripad Allah, kami akhirnya menerima kunjungan mahabbah daripada Presiden PEMBINA, akhi Norzafry.  Beliau merupakan ikhwah yang telah ditarbiyah di bumi Australia. Kebetulan juga 2 akhwat JKC pembina Sarawak juga ditarbiyah di sane. Nampaknya dakwah ikhwah dan akhwat  di sana memang sangat berjasa kepada dakwah di bumi Malaysia dengan saban tahun mereka membekalkan tenaga kerja dakwah buat ISMA. Semasa sesi pertemuan dengan JKC pembina Sarawak, amat banyak imput dan penerangan daripada beliau telah menambahkan kefahaman saya akan peranan pembina di dalam organisasi dakwah ISMA. Menjadi pengerusi Pembina Sarawak bukanlah satu kebanggaan bagi saya, tetapi ia merupakan satu amanah yang berat dan memerlukan kesungguhan untuk dilaksanakan. Malah sehingga kinipun saya masih belum dapat memberikan tumpuan penuh kepada tugas2 yang baru ini disebabkan ada banyak komitmen2 lain yang harus dilaksanakan juga. Namun saya punya keyakinan bahawa dakwah akan terus berjalan jika benar caranya dan mendapat pertolongan daripada Allah swt jika kita benar2 beriman dan membantu agama-Nya.
 Sekian. terima kasih. Oleh:  Mun'aim  Idrus



August 4, 2011

Ramadhan ini

Apa makna ramadhan episod ini bagi kamu...sebulan itu adakah ia sekadar tradisi atau sesuatu yang memberi makna..sejauh mana ia dapat dihayati segalanya bersandar pada kedalaman perigi ilmu yang kita gali. Bukan bazar ramadhan yang menjadi tumpuan, bukan juga keramaian hadirnya jiwa ke masjid-masjid indah terus menjadi kebanggaan nusa..meskipun ia tetap exist dalam realiti.  Jika hanya bagai buih-buih sahaja maka kemenangan itu masih jauh..Tetapi yang dicari ialah sejauh mana hati gelap itu dibersihkan kembali, sekental mana cermin kabur itu kembali digilap, dan sekilat mana emas karat itu ditempa agar ia kembali menyinar. ia bukan semudah kata. Perjalanan singkat 30 hari mencari taqwa, bukan mudah untuk diraih. bermadah indah selalu ringan bagai daun gugur lalu ia hilang. Meski awalnya seperti juara, namun selagi ia belum pergi, jangan sesekali mimpi seperti juara. kerana bulan ini bukan bulan merebut juara..tetapi bulan yang lebih hebat dari menjadi juara..jika jiwamu juara dipentas dunia, belum tentu Tuhanmu dan Rasul mencintaimu..tetapi kemenanganmu di bulan ini, menjadikan Allah, Rasul dan seluruh makhluknya mencintaimu..terus terbuka pintu-pintu rahsia lalu datangnya dunia tunduk menyerah kepadamu..lalu ia membawamu ke suatu persada  tiada nilainya...kekal abadi..apa yang pasti..ia adalah 30 hari membina kekuatan diri agar perjuanganmu menegakkan islam terus segar sepertinya bunga dan pokok di ufuk fajar. 
Jangan terus-terusan berlapar dan dahaga sahaja lalu kecewa nestapa, sedarlah mengapa jiwamu tetap kosong, kekotoranmu itu yang menghalangi cahaya itu harus pantas di cantas tegas. Perubahan itu terpulang pada dirimu untuk memulainya. Percayakan jiwamu bahwa Tuhan tidak pernah akan mengubah dirimu selagi nyenyak lena dan setia di ruangan kotoran itu. Bangunlah dan carilah ilham itu antara dua alam. Bukalah kitab cinta dan hayatilah ayat-ayat cinta itu. Merasai cinta itu akan membutakan dirimu dalam kedamaian meskipun ia sebuah kejauhan dan kepahitan. Nescaya dirimu akan menemui kata sabar dan percaya akan takdir. Pilihlah Ramadhan ini sebagai titik ledakan agar jiwamu kembali sebaris di barisan hadapan, barisan yang mulia kebanggaan nusa dan agama. 

  perubahan itu perlu agar dakwah yang dibawa, mampu membawa diri sendiri hidup dan menghidupkan dakwah...