Followers

July 8, 2011

Merancang Garis Hidup Anda



Setiap kita akan melalui sebuah perjalanan dalam hidup menuju ke suatu arah. Anda dan saya masing-masing mempunyai jalan yang perlu dilalui. tetapi sedarkah anda dan pastikah anda dalam masa setahun ini apa yang anda ingin capai? Agak-agaknya dalam masa 3-5 tahun lagi apa yang anda akan jadi atau ingin capai? masih seperti ini atau anda akan menjadi seorg personaliti yang hebat? Atau anda sesat dan tidak tahu nak ke mana? Tidak tahu macam mana nak tentukan hala tuju hidup anda? 
Senang sahaja, anda kena belajar bagaimana untuk rancang perjalanan hidup anda. Anda tidak tahu kerana anda tidak pernah tahu kaedah bagaimana untuk planning your life. Saya boleh membantu anda..dengan syarat anda sendiri ingin membantu diri anda..cuma sebenarnya saya tidak dapat bantu anda, sebab saya nak bantu diri saya dulu. tetapi saya boleh tolong tunjukkan kepada anda bagaimana kaedah yg saya selalu guna untuk merancang perjalanan hidup saya. kaedah ini saya namakan sebagai "Garis hidup Saya". Teruskan membaca ya..


1. Pertama kenapa kena buat garis hidup ini ? kerana perintah Allah dalam Al-Quran agar kita memperhatikan apa yang kita perbuat sebagai persediaan utk hari akhirat kelak. So, setiap orang yang beriman mestilah berusaha merancang hidupnya dengan baik agar dapat menjalani kehidupan ini secara tersusun dan teratur. Bahkan sebenarnya banyak orang berjaya di dunia ini kerana mereka bermula dengan perancangan yang rapi dan jelas. Begitu juga syarikat2 besar seperti petronas, honda dan banyak lagi..mereka semua bermula dengan merancang.. maka jika anda mahu berjaya, mulakan dengan merancang perjalanan hidup anda, kemudian usahakan dan tawakal kepada Allah swt.

So, kaedah kali ini juga amat mudah untuk anda semua pelajari. Jom cube...
 
  • Macam biasa. sila ambil sehelai kertas A4 dan sebatang pen.
  • buatkan satu garis lurus di tengah-tengah kertas.
  • kemudian bahagikan garis itu kepada 3 atau 5 tahun dengan garis tegak yang pendek.
  • tulis tahun pertama 2011, kedua 2012 dan ketiga 2013.
  • kemudian tuliskan dan letakkan apa sahaja target yang anda ingin capai dalam tahun pertama sampai tahun ketiga. tulislah supaya anda akan nampak dengan jelas apakah gambaran kasar halatuju hidup anda sebenarnya. 
  • contohnya tahun 2011 bulan jun anda akan memasuki matrikulasi unimas sampai tahun 2012 jun, kemudian anda akan masuk ke ijazah di unimas. Masukkan apa lagi target yang anda ingin capai dalam tahun itu dan tahun seterusnya. Jika anda ingin menikah pada tahun 2012, maka letakkan target anda pada bulan berapa dan tahun berapa pada garis hidup anda. jika nak ambil lesen kereta letakkan target anda pada tahun bila dan bulan mana.
  • Garis hidup ini adalah sebagai salah satu kaedah untuk kita merancang perjalanan hidup kita supaya kita sedar dan memahami bahawa kita punya visi dan misi hidup yang jelas. Agar kita boleh membuat persediaan dan perancangan dalam merealisasikan. 
  • Kita tidak mahu menjalani hidup ini dengan membuta tuli dengan alasan pasrah sahaja tanpa membuat perancangan. kerana orang selalu berkata 
"IF YOU FAIL TO PLAN, YOU ARE PLAN TO FAIL"
 
 
 Dibawah saya sertakan contoh "Garis Hidup Saya" atau singkatannya Kaedah GHS...hu..gempak pulak namanyer...so, contoh di bawah ni sebagai panduan buat anda semua...(contoh ini hanya sekdar contoh, tiada kaitan dengan sesiapa ya..)

Gambar 1. Contoh garis hidup anda

Akhir kata, semoga anda dapat membuat Garis Hidup anda sendiri dengan jayanya dan semoga bermanfaat buat anda semua. Terpulang sama ada anda nak buat detail or just secara kasar. Apa yang penting kita boleh nampak secara kasar perjalanan dan target yang kita akan lalui dan usahakan dalam hidup kita.



sekian. terima kasih.
Oleh: mun'aim Idrus

    Popular Posts