Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

June 14, 2011

Minggu tajmik dan perlumbaan dlm kebaikan

Minggu ini amat sibuk juga dengan aktiviti tajmik di Sarawak ni. Maaf sahabat semua, tidak sempat nak tulis artikel baru. kata orang gambar boleh berkata banyak perkara. jadi dalam post kali ini saya letak gambar aktiviti ana dan ikhwah beberapa minggu ini sbg perkongsian bersama.


Cikgu Ghafar, Pengerusi Krim Sarawak sedang berucap di hadapan anak watan sarawak. Dah lama beliau berhasrat mentarbiyah anak2 sarawak. Semoga kali ini Allah memakbulkan hasrat beliau. Saya juge berharap agar mana2 anak tempatan sarawak di asasi diberi peluang utk mengenali cikgu ghafar dan merasai tarbiyahnya . kerana beliau buat sesuatu yg baik, terutama anak-anak melanau kerana cikgu ghafar org melanau juak..he. 
Usrah/halaqah bersama adik asasi (amanah baru yg berat utk dipikul..huh..) semoga terus berbuat dan ikhlas..
bergambar bersama dengan pelajar asasi selepas halaqah
jamuan penghargaan di barok cafe meraikan akhi syahmi dan nizzal yang akan pulang ke semenanjung esoknya. Utk ikhwah yg x diajak maaf yea..he
 Sepanjang minggu tajmik, agak berpeluh juga baju isma yang dipakai. Mana taknya hampir setiap malam di pakai. Sebut pasal baju. Ada timbul persoalan dikalangan ikhwah, adakah dengan memakai baju ISMA dan mempromosikannya merupakan tidak ikhlas kerana mungkin akan dianggap mengajak kepada logo tertentu?  atau membanggakan sangat terhadap Logonya..Jawapan ana senang sahaja. jika kita merasa ia logo yang baik dan benar, maka jgn ragu untuk di iklankan. kerana ia bukanlah perbuatan tercela kerana ia membawa kepada islam  juga..

Jika logo AF, mentor, dan banyak lagi logo2 lain dijulang tinggi, so why not kita promosikan sesuatu yang membawa kepada islam...he..biar ringkas kot penerangan ana..agar ikhwah akhwat mudah faham..nak faham lagi,,boleh baca buku Abu Amar, Al-munthalaq.  kalau nak penjelasan lagi, nanti boleh tanya ust Anuar soleh hujung minggu ini di seminar Zero to hero. :-)



Berkenaan dengan persaingan yang jelas ketara dgn sahabat kita dalam perkara kebaikan ini. Bagi ana kita perlu ambil ia sebagai positif kerana Allah swt memerintahkan untuk berlumba-lumba berbuat kebaikan. Yang penting kita sentiasa menjaga ukhwah agar islam tetap menang. Kerana syaitan pasti akan melaga-lagakan jika kita tidak menjaga keikhlasan dalam dakwah. Kita ingat hadits jika kita usaha mengubah/mengajak seseorg kepada kebaikan kemudian org itu berubah jadi soleh, maka kita akan mendapat saham amalannya. maka berlumba lah dalam hal ini. Bukan berlumba untuk mendapat hasil yang banyak, tetapi berbuat terbaik agar matlamat utama mengajak kepada islam tetap exist..rabbaniyyah..

Ana masih ingat Pesan Ust. Munthaha. kalau ikhwah isma dapat tarbiyah 30 org + ikhwah sahabat tarbiyah 30 org = total 60 org jadi baik. Maka inilah sudut pandang yang kita lihat. Perpecahan itu tidak pernah ada, yang ada cuma beza cara dan kaedah dan organisasi. Pasti tetap exist kesatuan agenda dan matlamat itulah  yang memenangkan islam. Kalau isnin sahabat buat program, maka hari khamis kita pula buat program. Maka akan hiduplah medan itu dengan aktiviti keislamannya. Maka student akan punya banyak ruang dan kesempatan utk mendalami islam. Subhanallah..


Ok..hope fully ikhwah dan akhwat dapat melaksanakan amanah dengan baik..sebb rasanya ramai sudent berminat dgn usrah ISMA semasa selepas forum hari itu..semoga sukses menjadi murabbi dan murabbbiyah terbaik..Amin..

No comments: