June 27, 2011

Peta minda : Siapa Saya?


Setiap kita mempunyai jalan hidup masing-masing. Setiap hari kita akan menjalani sebuah skrip drama yang real dan bukan main-main. Saya dan anda adalah orang yang berbeza kerana kita adalah dua jiwa yang berbeza. Saya mempunyai tanggungjawab sendiri dalam hidup saya dan anda juga mempunyai tanggungjawab dalam hidup anda. Untuk lebih jelas biar saya bagi anda nampak lagi.

sekarang cuba anda ambil sebuah kertas kosong dan sebatang pen. Awak faham ke tidak? Cepatlah sekarang ikut arahan saya. please..Ok..thanks kerana memahami arahan saya. ini semua untuk kebaikan awak juga.
Baik cuba tulis ditengah-tengah kertas itu nama awak dan bulatkan ia ;  Nama saya : Mun'aim Idrus...dah tulis dah..aha..jangan tulis nama saya, tapi tulislah nama awak..ok..good.. sekarang kita akan buat peta minda diri Siapa saya?..ikut arahan saya di bawah:

  1. dahan pertama : saya hamba Allah
  2. dahan kedua : anak soleh/solehah
  3. dahan ketiga : pelajar unimas/sekolah/asasi/matriks/cikgu/pekerjaa dll
  4. dahan keempat : abang/kakak  kepada adik saya
  5. dahan kelima : seorang suami/isteri
  6. dahan keenam : pendakwah
  7. dahan keenam : superman/batman/cicak man (he..gurau je la)
  8. dahan ketujuh : bapa/ibu kepada anak saya (kalau ade)
  9. dahan kelapan : bakal suami/isteri (kalau de niat nak kahwin. rasenya semua ade niat, so tulis la)
  10. dahan kesembilan : sahabat yang baik kepada kawan saya
  11. dahan kesepuluh : pengerusi Pembina sarawak
  12. dahan kesebelas : murabbi
  13. dahan keduabelas : dan seterusnya anda tambah mengikut apa-apa lagi jawatan yang anda ade dalam hidup anda.
Buat cantik2 agar anda mudah nampak dan faham. Nah!! inilah diri anda sekarang. Daripada dahan pertama ini, anda boleh kembangkan lagi menjadi daun-daun untuk detailkan peranan anda. 

contoh saya punya (sorry simple sangat)

Rupanya setiap kita adalah seorang khalifah kepada diri kita dan orang sekeliling kita. Banyak juga rupanya tanggungjawab kita ya..  Kerana itu Allah berfirman dalam surah 2:30.

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."  (al-baqarah :30)

Kemudian timbul persoalan dalam diri kita.. Adakah aku mampu melaksanakan semua tugas/peranan itu? Hah!! macam mana..susah ke senang?...Jangan risau kerana Allah telah berfirman dalam Al-Quran surah al-baqarah:286

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

Jadi sahabat sekalian, dalam menjalani hidup kita kena setkan dalam minda bahawa ia umpama roda. Ada masa kita diatas (senang) dan ada masa kita dibawah (susah) dan ada masa kita di pertengahan antara susah dan senang. Yakinkan diri kita bahawa Allah telah memberi semua amanah ini kepada kita kerana kita mampu lakukan/ Allah telah beri kita sebuah kekuatan yang hebat dan menjamin bahawa kita boleh laksanakan. Jika masih tidak yakin, bacalah kembali surah Al-Baqarah , Ayat 286 dan fahamilah janji Allah itu. yakinlah dengan penuh keimanan dengan ayat 2:286.

Setiap susah dan senang adalah sebuah cabaran. Semua masalah setkan dalam minda bahawa ia adalah sebuah cabaran yang kita mampu lakukan. 
Jangan anggap semua masalah itu adalah masalah, jangan anggap hidup ini adalah sebuah kesusahan. Tetapi Anggaplah semua ini sebuah cabaran. Hadapilah dengan sabar dan yakin dengan pertolongan Allah.

OK..Peta minda Siapa Diri Saya yang anda sudah buat itu tampallah di dalam bilik anda di lokasi yang anda mudah lihat dan akan selalu lihat. Semoga berusaha yg terbaik untuk melaksanakan semua  peranan anda. Kenapa?? kenapa??   angkat tangan kanan dan letak dibahu kiri anda dan katakan..

Kerana diriku begitu berharga!!! ha..ha,,macam iklan TV pulak..bye..

mun'aim idrus

June 26, 2011

Masa yang hidup

Hidup ini terus berlalu tanpa menunggu kita. di sela-sela masa rehat itu juga bumi terus berputar. Sains menyatakan masa itu tidak pernah berhenti kerana aturan itu sebuah ketetapan daripada Tuhan. Alhamdulillah saat ini aku mengenal Islam itu sebuah cara hidup yang sempurna. Tidak seperti rekaan manusia. Tetapi ia benar-benar dari yang Maha Pencipta. Manual cahaya itu sebagai panduan sebuah perjalanan agar bisa selamat sampai ke hujung perjalanan. Kita tidak pernah menemukan sebuah manual yang menceritakan asal kejadian sesuatu produk. yang ada hanya manual bagaimana ia difungsikan dan bagaimana ia digunakan. Tetapi panduan Tuhan itu menceritakan dari asal kejadian sampai akhir kejadian. bahkan ia menceritakan segala yang tersirat dan tersurat. Namun sayang tidak semua bisa menghargai sebuah cahaya dan penyembuh itu..kerna semua tidak bisa mengenal ia adalah sebuah petunjuk. Kerna itu bersyukurlah jika kalian sudah menemukan cahaya petunjuk itu..Kerna kita mengerti juga tidak mungkin masa itu bisa diputar kembali...

mun'aim idrus

June 14, 2011

Minggu tajmik dan perlumbaan dlm kebaikan

Minggu ini amat sibuk juga dengan aktiviti tajmik di Sarawak ni. Maaf sahabat semua, tidak sempat nak tulis artikel baru. kata orang gambar boleh berkata banyak perkara. jadi dalam post kali ini saya letak gambar aktiviti ana dan ikhwah beberapa minggu ini sbg perkongsian bersama.


Cikgu Ghafar, Pengerusi Krim Sarawak sedang berucap di hadapan anak watan sarawak. Dah lama beliau berhasrat mentarbiyah anak2 sarawak. Semoga kali ini Allah memakbulkan hasrat beliau. Saya juge berharap agar mana2 anak tempatan sarawak di asasi diberi peluang utk mengenali cikgu ghafar dan merasai tarbiyahnya . kerana beliau buat sesuatu yg baik, terutama anak-anak melanau kerana cikgu ghafar org melanau juak..he. 
Usrah/halaqah bersama adik asasi (amanah baru yg berat utk dipikul..huh..) semoga terus berbuat dan ikhlas..
bergambar bersama dengan pelajar asasi selepas halaqah
jamuan penghargaan di barok cafe meraikan akhi syahmi dan nizzal yang akan pulang ke semenanjung esoknya. Utk ikhwah yg x diajak maaf yea..he
 Sepanjang minggu tajmik, agak berpeluh juga baju isma yang dipakai. Mana taknya hampir setiap malam di pakai. Sebut pasal baju. Ada timbul persoalan dikalangan ikhwah, adakah dengan memakai baju ISMA dan mempromosikannya merupakan tidak ikhlas kerana mungkin akan dianggap mengajak kepada logo tertentu?  atau membanggakan sangat terhadap Logonya..Jawapan ana senang sahaja. jika kita merasa ia logo yang baik dan benar, maka jgn ragu untuk di iklankan. kerana ia bukanlah perbuatan tercela kerana ia membawa kepada islam  juga..

Jika logo AF, mentor, dan banyak lagi logo2 lain dijulang tinggi, so why not kita promosikan sesuatu yang membawa kepada islam...he..biar ringkas kot penerangan ana..agar ikhwah akhwat mudah faham..nak faham lagi,,boleh baca buku Abu Amar, Al-munthalaq.  kalau nak penjelasan lagi, nanti boleh tanya ust Anuar soleh hujung minggu ini di seminar Zero to hero. :-)



Berkenaan dengan persaingan yang jelas ketara dgn sahabat kita dalam perkara kebaikan ini. Bagi ana kita perlu ambil ia sebagai positif kerana Allah swt memerintahkan untuk berlumba-lumba berbuat kebaikan. Yang penting kita sentiasa menjaga ukhwah agar islam tetap menang. Kerana syaitan pasti akan melaga-lagakan jika kita tidak menjaga keikhlasan dalam dakwah. Kita ingat hadits jika kita usaha mengubah/mengajak seseorg kepada kebaikan kemudian org itu berubah jadi soleh, maka kita akan mendapat saham amalannya. maka berlumba lah dalam hal ini. Bukan berlumba untuk mendapat hasil yang banyak, tetapi berbuat terbaik agar matlamat utama mengajak kepada islam tetap exist..rabbaniyyah..

Ana masih ingat Pesan Ust. Munthaha. kalau ikhwah isma dapat tarbiyah 30 org + ikhwah sahabat tarbiyah 30 org = total 60 org jadi baik. Maka inilah sudut pandang yang kita lihat. Perpecahan itu tidak pernah ada, yang ada cuma beza cara dan kaedah dan organisasi. Pasti tetap exist kesatuan agenda dan matlamat itulah  yang memenangkan islam. Kalau isnin sahabat buat program, maka hari khamis kita pula buat program. Maka akan hiduplah medan itu dengan aktiviti keislamannya. Maka student akan punya banyak ruang dan kesempatan utk mendalami islam. Subhanallah..


Ok..hope fully ikhwah dan akhwat dapat melaksanakan amanah dengan baik..sebb rasanya ramai sudent berminat dgn usrah ISMA semasa selepas forum hari itu..semoga sukses menjadi murabbi dan murabbbiyah terbaik..Amin..

June 13, 2011

30 peserta sertai Semai Mesra 4 (11 Jun 2011)

Pada 11 Jun 2011: Pembina Sarawak telah mengadakan program semai mesra 4 bagi meraikan pelajar baru asasi UNIMAS batch kedua. Bertempat di pasir panjang, kuching Sarawak program ini bermula seawal jam 7 pagi dengan taaruf dan sarapan pagi. Peserta juga diajarkan untuk melakukan solat sunat dhuha sebelum aktiviti pantai bermula. Aktiviti bertambah menarik dengan pertandingan membuat layang-layang dan menerbangkannya di kawasan pantai. Seterusnya peserta bermandi-manda dan diselang selikan dengan permainan menarik seperti belalang belatuk dll bagi merapatkan ukhwah sesama peserta. Selesai makan tengahari dan solat zohor, majlis penutupan diadakan dengan beberapa ucapan diberikan oleh Pengerusi Pembina Sarawak, Sdr Mun'aim idrus yang mengucapkan terimas kasih atas kehadiran peserta dan berharap program SM4 ini dapat mengeratkan ukhwah. Seterusnya ucapan kedua disampaikan oleh Sdr Abd Hafidz Yusoff, Biro Pembangunan Sumber Manusia (PSM) ISMA Sarawak. Beliau memberi pesanan kepada peserta agar selalu menyertai program-program seperti ini agar dapat menghindarkan diri daripada aktiviti yang tidak sihat dan berharap agar peserta dapat fokus dengan tujuan hidup sebagai muslim sejati yang menjadi contoh buat pelajar-pelajar lain. Ucapan wakil peserta Asasi pula disampaikan oleh Sdr Iqbal Najid yang mana dalam ucapannya beliau berharap semua peserta dapat saling kenal-mengenal untuk membentuk ukhwah islamiyah yang kuat demi kekuatan ummat islam khususnya buat rakan-rakan beliau daripada Asasi. Pesan beliau juga agar beliau dan peserta dapat selalu menyertai program-program anjuran ISMA dan Pembina pada masa hadapan. Majlis diakhir dengan doa dan bersalam-salaman. Dalam perjalanan pulang ke Kolej, para-peserta di bawa membeli-belah di Pasaraya The Spring untuk membeli barang keperluan harian mereka. Rata-rata peserta menyatakan berpuas hati dengan program SM4 ini. Progam ini juga turut disertai oleh aktivis I-Medik ISMA dan ahli ISMA Sarawak. Semoga akan dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan. Syabas dan tahniah buat Pembina Sarawak.