Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

May 24, 2011

Sofwah kembali

Alhamdulillah..kemon asen !! (apa khabar?) bhs bangladesh..:-)

Hari ini masih teringat Sofwah yang dalam kenangan. Sebuah rumah sewa  yang menjadi tempat tinggal dan juga markas gerakan bawah tanah sekumpulan budak-budak IPT. Di sanalah tempat tidur, halaqah, mesyuarat, stor barang dan program daurah.  Dengan pintunya entah berapa kali kena pecah tombol sebab kunci hilang dan macam2 lagi..he..Memang kalau dikenang hanya ikhwah dan akhwat sarawak yang sempat berada di zaman itu sahaja akan dapat membayangkan.  Namun hari ini, Sofwah sudah tiada. Apa yang ada hanya kenangan rumah tu masih ade sebenarnya..tapi da ade org lain duduk rasenyer... 

Semasa pertama kali menjejakkan kaki ke Bumi Sarawak, saye masih teringat akhi hafidz ada bawa satu beg yang sangat berat. Di bawa naik ke atas flight pulak tu. Waktu tu ana masih budak hingusan yang tersentuh dengan dakwah. Ingatkan dia bawa belacan, kicap, or kuih kacang yang sedap tu. boleh la jugak minta sikit nanti...rupa-rupanya dia bawa buku-buku entah apa entah.  Sampai sahaja di airport kuching ana pun yang masih mentah bertanya " akh, awak bawa pe tu berat semacam je?.. dengan selamba dia jawab.." Buku-buku agama dan dakwah, bekalan untuk dakwah"..pergh..terasa kagum pulak mase tu..ingatkan nak pi sarawak untuk jalan2 dan shopping pe..maklumlah kelebihan belajar kat sarawak ni..dapat naik belon (kapal terbang)..kalau dok belajar kat KL..tak tahu la bile nak naik flight..naik kereta api pun jarang2 da..

waktu tu ade ana, akh aizam, faridi, hisyam, fakru razi dan hafidz..sekumpulan anak-anak muda..budak-budak kampung dan bandar seolah-olah ketika itu merasakan kamilah hero yang dihantar ke bumi kenyalang..macam cerita dalam wayang pulak..(itu ana je perasan, maklumlah budak kota metropolitan).

Dan hari ini..nampaknya Allah masih beri kita nikmat di jalan dakwah..semoga terus istiqamah dan tsabat....sampai dah lahir dah generasi kedua..aisyah..najihah..nukman..sume dah besar2 dah..(xla besar sangat)..alhamdulillah..Dan nampaknya kita akan ada sofwah baru. lebih besar dan mantap untuk dakwah. InsyaAllah jika tiada aral melintang kita akan buka pejabat dakwah pertama di Sarawak setelah 6 tahun kita di sini.

Pejabat ini kita akan gunakan untuk buat program2 dakwah, mesyuarat, halaqah, lepak2 dan santai2..dan macam-macam lagi yang berfaedah untuk kita dan masyarakat di sini. kebetulan pulak IM di Mesir juge baru lancarkan pejabat utama mereka di sana. Maka dengan itu kita juga akan lancarkan pejabat ini.. Dan kite cube jemput Mursyid Am IM mun dapat..(cam susah sebb ade org kate kite x rasmi pe)..tak pe la..kita jemput Abdullah Ahmad badawi..Eh silap..kita jemput Ust Abdullah Zaik kelak utk rasmikan..jgn marah mas..gurau aja kamek tok..

akhir kata, sebenarnya pejabat ini adalah anugerah dan amanah daripada Allah swt. Setelah idea pertama dicetuskan oleh ikhwah dan akhwat utk mencari pejabat..memang puas mencarinya.dari kota kuching sampailah kota samarahan..banyak yg dijumpai..tapi banyak yg jauh2 belaka..ade jugak dekat2 unimas tetapi mahal benor harganya..ditakdirkan Allah jumpa juga pejabt yg harga berpatutan dan dekat dgn kawasan yg kita nak. 
Kat bawah ni, boleh tengok gambar pejabat dakwah baru kita..
Justeru itu, kami jua memohon ikhwah dan akhwat yang nak menyumbang peralatan dan wang ringgit bagi kos pengubahsuaian dll boleh la hubungi YDP ISMA Sarawak. Dr khairol untuk maklumat lanjut..rasenyer dalam group isma sarawak facebook dah ade dikeluarkan senarai keperluan brg2 yg boleh di taja oleh sesiapa sahaja yang nak merebut pahala infak. InsyaAllah.


sekian. terima kasih.  sorry aa tulisan saye kali ni santai sikit..
adios. amigos ..(terpengaruh dgn zulkifli nordin, YB Kulim..he..)

3 comments:

pena mujahid said...

mudah mudahan, dakwah terus subur di bumi kenyalang..

masa ana datang dulu..keluarga ana semua suruh ana tinggalkan bagasi gabak yang dipenuhi buku..diorang cakap 'kat universiti kan banyak buku, tak yah la bawak banyak banyak..excess baggage kena bayar'..aduh!, susah nak terangkan, buku buku yang ana bawak memang tak kan ada kat Unimas. (banyak jugak yang hilang, dipinjan terus, sedih!)

Untung check in sekali akh munaim, dia bawak barang sikit ja..jadi ana tumpang..Tiket pun akh munaim beli..

Thanks bos, masa tu saya masih budak kampung yang pertama kali naik flight..Sekarang, dah tak terhitung..

Apa pun, saya rasa seperti mahu menjengah suasana baru..6 tahun di perantauan..misi pertama hampir selesai..tak sangka sampai nak ada pejabat..Perancangan Allah melebihi perancangan hambaNya

Menunggu masa di beri peluang dan ruang merasai 'udara' baru. Andai Allah takdirkan.

Hafidz

Anonymous said...

artikel ini mengimbau kenangan sofwwah lama...sungguh byk manfaat sofwah utk dakwah pada ketika ini....moga2 sofwah baru ini pun sgt besar manfaatnya pada dakwah di samarahan ini.

mkj243 said...

Sofwah baru bukan untuk samarahan sahaja, malah untuk melebarkan dakwah ke seluruh bumi kenyalang. Insya Allah