Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

May 24, 2011

Sofwah kembali

Alhamdulillah..kemon asen !! (apa khabar?) bhs bangladesh..:-)

Hari ini masih teringat Sofwah yang dalam kenangan. Sebuah rumah sewa  yang menjadi tempat tinggal dan juga markas gerakan bawah tanah sekumpulan budak-budak IPT. Di sanalah tempat tidur, halaqah, mesyuarat, stor barang dan program daurah.  Dengan pintunya entah berapa kali kena pecah tombol sebab kunci hilang dan macam2 lagi..he..Memang kalau dikenang hanya ikhwah dan akhwat sarawak yang sempat berada di zaman itu sahaja akan dapat membayangkan.  Namun hari ini, Sofwah sudah tiada. Apa yang ada hanya kenangan rumah tu masih ade sebenarnya..tapi da ade org lain duduk rasenyer... 

Semasa pertama kali menjejakkan kaki ke Bumi Sarawak, saye masih teringat akhi hafidz ada bawa satu beg yang sangat berat. Di bawa naik ke atas flight pulak tu. Waktu tu ana masih budak hingusan yang tersentuh dengan dakwah. Ingatkan dia bawa belacan, kicap, or kuih kacang yang sedap tu. boleh la jugak minta sikit nanti...rupa-rupanya dia bawa buku-buku entah apa entah.  Sampai sahaja di airport kuching ana pun yang masih mentah bertanya " akh, awak bawa pe tu berat semacam je?.. dengan selamba dia jawab.." Buku-buku agama dan dakwah, bekalan untuk dakwah"..pergh..terasa kagum pulak mase tu..ingatkan nak pi sarawak untuk jalan2 dan shopping pe..maklumlah kelebihan belajar kat sarawak ni..dapat naik belon (kapal terbang)..kalau dok belajar kat KL..tak tahu la bile nak naik flight..naik kereta api pun jarang2 da..

waktu tu ade ana, akh aizam, faridi, hisyam, fakru razi dan hafidz..sekumpulan anak-anak muda..budak-budak kampung dan bandar seolah-olah ketika itu merasakan kamilah hero yang dihantar ke bumi kenyalang..macam cerita dalam wayang pulak..(itu ana je perasan, maklumlah budak kota metropolitan).

Dan hari ini..nampaknya Allah masih beri kita nikmat di jalan dakwah..semoga terus istiqamah dan tsabat....sampai dah lahir dah generasi kedua..aisyah..najihah..nukman..sume dah besar2 dah..(xla besar sangat)..alhamdulillah..Dan nampaknya kita akan ada sofwah baru. lebih besar dan mantap untuk dakwah. InsyaAllah jika tiada aral melintang kita akan buka pejabat dakwah pertama di Sarawak setelah 6 tahun kita di sini.

Pejabat ini kita akan gunakan untuk buat program2 dakwah, mesyuarat, halaqah, lepak2 dan santai2..dan macam-macam lagi yang berfaedah untuk kita dan masyarakat di sini. kebetulan pulak IM di Mesir juge baru lancarkan pejabat utama mereka di sana. Maka dengan itu kita juga akan lancarkan pejabat ini.. Dan kite cube jemput Mursyid Am IM mun dapat..(cam susah sebb ade org kate kite x rasmi pe)..tak pe la..kita jemput Abdullah Ahmad badawi..Eh silap..kita jemput Ust Abdullah Zaik kelak utk rasmikan..jgn marah mas..gurau aja kamek tok..

akhir kata, sebenarnya pejabat ini adalah anugerah dan amanah daripada Allah swt. Setelah idea pertama dicetuskan oleh ikhwah dan akhwat utk mencari pejabat..memang puas mencarinya.dari kota kuching sampailah kota samarahan..banyak yg dijumpai..tapi banyak yg jauh2 belaka..ade jugak dekat2 unimas tetapi mahal benor harganya..ditakdirkan Allah jumpa juga pejabt yg harga berpatutan dan dekat dgn kawasan yg kita nak. 
Kat bawah ni, boleh tengok gambar pejabat dakwah baru kita..
Justeru itu, kami jua memohon ikhwah dan akhwat yang nak menyumbang peralatan dan wang ringgit bagi kos pengubahsuaian dll boleh la hubungi YDP ISMA Sarawak. Dr khairol untuk maklumat lanjut..rasenyer dalam group isma sarawak facebook dah ade dikeluarkan senarai keperluan brg2 yg boleh di taja oleh sesiapa sahaja yang nak merebut pahala infak. InsyaAllah.


sekian. terima kasih.  sorry aa tulisan saye kali ni santai sikit..
adios. amigos ..(terpengaruh dgn zulkifli nordin, YB Kulim..he..)

May 19, 2011

Kaedah Berdakwah 10 : Masa adalah faktor efektif keberkesanan dakwah

TULISAN UST AZIZIEE HASSAN. ISMA NEGERI SEMBILAN.
http://maalimfitariq.wordpress.com

  1. Sesungguhnya ramai para daie merasa berputus asa atau hilang pengharapan ketika dia menyampaikan seruan dakwah kepada para mad’unya, menggunakan hujah dan bukti yang nyata, namun para mad’unya tidak responsif terhadap seruan dakwah tersebut.
  2. Ini berpunca dari sikap para Daie (pendakwah) yang tidak memahami atau mengambilkira keutamaan factor masa sebagai factor penting di dalam menjayakan amal dakwah.
  3. Imam As-Shahid Hasan al-Bana mengungkapkan satu kaedah “ al-waqtu juz’un minal ‘ilaj” [ masa adalah sebahagian dari perawatan]. Imam al-Bana mengingatkan para pendakwah agar meletakkan unsur masa sebahagian dari langkah-langkah membaiki umat ini.
  4. Kata-kata : ‘Li kulli marhalah rijaluha wa likulli marhalah masyakiluha’ (setiap marhalah dakwah ada rijalnya dan setiap marhalah dakwah itu ada permasalahannya). Justeru para pendakwah dalam memikul masuliyatud ad-dakwah perlu lihat kepada factor masa, factor kemampuan & keupayaan mempersiapkan rijal serta masalah-masalah di dalam perjalanan dakwah itu. Maka menyelesaikan segala keperluan fasa itu harus diambil kira factor masa.
  5. Kaedah fiqh menyebut : ‘ Manista’jala qabla awanihi uqiba bihirmanihi..’ [ Barangsiapa yang memetik hasil sebelum tiba masanya maka dia terhalang untuk mendapatkannya..]. Ini menunjukkan bahawa di dalam dakwah perlu dituai hasil-hasil dakwah itu secara matang apabila sampai masanya dan cukup prasyaratnya.
  6. Seerah menunjukkan bagaimana Rasulullah SAW mengambil kira faktor masa di dalam menjayakan agenda dakwahnya. Perpindahan marhalah dari Sirriyah (kerahsian) kepada Jahriyah (terbuka) , dari Jahriyyah  ke fasa iqamatud ad-deen adalah berasaskan faktor masa.
  7. Dalam skop yang lebih mikro terutama melaksanakan usaha tajmik dan dakwah kepada manusia, para daie hendaklah memahami bahawa masa (timeline) adalah salah satu dari pra-syarat keberhasilan dakwah.
  8. Ini kerana realiti yang melingkungi kehidupan mad’u adalah reality yang bukan Islam (unislamic) atau biasa disebut sebagai realiti jahiliyah.Realiti ini telah mempengaruhi kehidupan para mad’u samada dari aspek tingkahlaku atau pemikiran.
  9. Ini mewujudkan jurang pemisah antara kehidupan yang dilalui oleh Sang Daie dengan kehidupan para mad’u. Daie membawa nilai-nilai islamik sedangkan mad’u pula membawa nilai-nilai yang tidak islamik dan bertentangan dengan aliran para daie. Lantaran itu, mengharapkan dakwah diterima dengan cepat dan segera adalah suatu yang mustahil dan ia bertentangan dengan sunnah dakwah.Oleh itu para daie perlu memahami beberapa perkara iaitu :
  • Setiap seruan atau kalimah yang disampaikan oleh para daie itu tidaklah ia hilang begitu sahaja di minda para mad’u. Mad’u –mad’u tadi menghimpun maklumat, ilmu dan kefahaman tersebut dari semasa ke semasa. Ia mengutip juga kefahaman tersebut dari para daie yang lain, yang mungkin membicarakan topik yang sama sehinggalah apabila tiba kesedaran di dalam jiwanya, dia menyatakan : ‘aku pernah mendengar dari si fulan itu..si fulan ini..’. Ini akan mengingatkan semula ingatan mad’u  tadi pesanan yang disampaikan oleh para pendakwah selepas beberapa ketika yang kadang memakan masa samada dalam tempoh yang singkat atau panjang.
  • Para pendakwah perlu bijak memilih masa dalam pengoperasian amal dakwah dan ia berada dikedudukan yang penting. Memilih masa yang sesuai, pada mad’u yang sesuai di temapat yang sesuai adalah pra-syarat menjayakan seruan dakwah. Ini kerana dakwah terkesan dengan suasana lingkungan yang dilalui oleh para daie dan mad’u. Ibnu Mas’ud menyatakan : “ Bahawa rasulullah SAW berhati-hati memberikan peringatan kepada kami (ikut kesesuaian masa) , ditakuti kami merasa bosan  dan jemu”.
  • Tidak wajar para daie memanjangkan bicaranya terhadap mad’u kerana ini kadang-kadang menjemukannya dan menyebabkannya berasa gelisah. Langkah terbaik bagi seorang daie ialah membiarkan mad’u berkeinginan tinggi untuk mengetahui bahan yang disampaikan dan meminta penambahan ilmu tersebut.
  •  
  • Sifat tergesa-gesa untuk melihat hasil berlaku kepada mad’u akan membawa natijah yang buruk. Madu memberikan respon terhadap apa yang disampaikan oleh daie samada dia menolak atau menerima seruan tersebut. Kedua- dua perkara ini jika belum sampai tempohnya boleh membawa mudarat kepada mad’u. Setiap daie perlu bertadarruj (beransur-ansur) dalam langkah-langkah dakwahnya.  Situasi ini dapat dilihat dari sikap mad’u dalam mengambil satu-satu  keputusan samada dia menolak atau menerima. Jika dia mengambil sikap menolak, mungkin disebabkan mad’u tadi tergesa-gesa untuk membuat keputusan sebelum mendapat gambaran menyeluruh tentang seruan dakwah tadi. Mad’u tadi pula ingin menzahirkan pendiriannya dan mahu dikenali dengan pendirian tersebut yang akibatnya boleh merosakkan gambaran dakwah. Ini adalah berpunca dari perlakuan Diae yang mahu memetik hasil dakwahnya sebelum tiba masanya.Sebaliknya jika mad’u tadi menerima seruan dakwah dalam keadaan yang tergesa-gesa dan selepas beberapa ketika diberikan taklif (beban tanggungjawab) dan wajibat (tugasan) yang tidak mampu dilaksanakannya.Keadaan ini kadang-kadang membuatkan mad’u tadi berada dalam pertentangan antara dua sikap iaitu sikap menzahirkan dan sikap berdasarkan prinsip. Ini membawa mad’u terjebak di dalam kancah dosa seperti berdusta dan nifaq(pura-pura). Kalaulah dia diberi peluang untuk berfikir maka mungkin pendirian yang diambilnya itu berasaskan kepada prinsip yang jelas.Cara yang paling terbaik bagi menangani perkara ini ialah para daie janganlah terlalu segera dalam membuat keputusan. Berilah peluang kepada mad’u membuat keputusan secara langkah demi langkah dan beransur-ansur , dijelaskan kepadanya akibat-akibat jika menerima seruan dakwah di samping menyatakan harapan-harapn positif jika respontif terhadap seruan dakwah.
  • Meletakkan masa sebagai salah  satu faktor efektif keberkesanan dakwah akan meringankan tekanan yang dilalui oleh para daie terutama berdepan dengan kekecewaan dan keputusasaan. Mengambil kira faktor  masa akan membuka ufuk yang luas bagi daie, sentiasa optimistik dan positif dan tinggi cita-citanya. Ia umpama seorang doktor yang berdepan dengan pesakitnya. Doktor itu tidak pernah berkata kepada pesakitnya : “ Buatlah sekali rawatan sahaja nanti akmu akan sembuh” tetapi katanya : “buatlah berkali-kali rawatan, dalam tempoh tertentu pasti kamu akan sembuh..”. Semoga para daie mencontohi sikap doktor yang bersabar dan tidak jemu merawat pesakitnya sehinggalah pesakitnya itu sembuh. Semuanya itu dikira berdasarkan faktor masa , kesabaran, keikhlasan dan kesungguhan di dalam mengubati pesakitnya. Daie ibarat doktor yang merawat umat yang sakit.Di hadapannya seribu satu macam manusia yang semuanya menuntut kepada  faktor masa untuk sembuh.

May 7, 2011

Berhenti sekejap!

Sahabatku, mari renungkan bersama;

Pernahkah anda menyaksikan perlumbaan F1? Kereta yang hebat dengan teknologi tinggi automotif itu dengan kepantasan yang mencecah 300km/j bahkan lebih..pada satu-satu ketika ia harus berhenti di Pit Stop..mengapa ya?..Ya kerana ia harus mengisi minyaknya, menukar tayarnya yang haus dll. baru ia dapat meneruskan perlumbaan sehingga ke garisan akhirnya. 
Maka begitulah juga dengan jiwa kita wahai diriku dan sahabatku sekalian. Manusia itu hebat, kerana merekalah yang menggunakan akalnya mencipta kereta F1 itu.  Tetapi hakikat hebat itu ada batasnya yang mesti ia tunduk akan kehebatan pencipta-Nya. Agar ia tidak tenggelam dalam maksiat dan kesombongan kerana gahnya.



Memetik kata-kata seorang ulama, di dalam kitab al-Hikam, Ibnu Atoillah berkata:

"Punca segala maksiat , syahwat dan kelalaian ialah berpuas hati terhadap diri sendiri. Punca segala ketaatan, kesedaran  dan kesucian ialah perasaan tidak puas hati terhadap diri. Lebih baik kamu berkawan dengan orang jahil yang tidak berpuas hati dengan dirinya, berbanding orang alim yang berpuas hati dengan dirinya". (tarbiyahtuna Ruhiyah).

Semua itu akan didapati apabila jiwa-jiwa itu memuhasabah diri. Agar ia tidak lupa akan hakikat tujuan hidup dan janji suci ia dengan Sang Pencipta.

kata Al-Muhasibi. Antara cara muhasabah ialah bersendirian dengan dirimu dan menghitung amalannya. katakanlah: Wahai diriku, kamu tidak mampu menipu Allah taala. Maka janganlah kamu tertipu dengan tipu daya syaitan..janganlah kamu mengikut hawa nafsu, nescaya kamu akan jatuh dan musnah"  (Adab Nufus)



Dalam perjalanan mengejar mimpi-mimpi hebat, ketika merasakan dunia ini kitalah yang punya. Berhentilah sejenak. Barangkali kita terlalu sibuk dengan urusan dunia, dikhuatiri banyak urusan akhirat tertunda. Ketika jiwa itu merasa segala amalannya seakan memuaskan, maka disaat itulah bahaya menanti. Ketika merasa dirinya hebat, lalu lupa istighfar hampir ia tenggelam. Maka perlulah ia hisab dirinya.


 Renungkan lagi,

Kata Ibnu Atoillah lagi: " Sebaik-baik ketaatan ialah muraqabah Allah pada sepanjang waktu". 

Abu Hafs pula ada bermadah : " Apabila kamu duduk bersama orang lain, maka perhatikanlah dirimu. Sesungguhnya mereka melihat zahirmu, tetapi Allah melihat batinmu".

Sahabatku,
Saya bukan yang terbaik, tetapi mengajak kalian semua kembali kita muhasabah amalan kita. kerana kita manusia. Manusia itu adalah pelupa. maka perlu ia sentiasa diingatkan agar menghisab dirinya, sebelum ia dihisab oleh Allah swt.

Jiwa yang hebat itu, adalah jiwa yang dimuliakan dan diangkat darjatnya oleh Allah swt  kerana keimanannya dan dicintai manusia kerana akhlak dan manfaatnya. Begitu juga sebaliknya.

Semoga bermanfaat buat sesiapa sahaja yang membaca...

oleh : mun'aim idrus

Rujukan : Bab mujahadah, Modul Pembangunan Insan, Ikatan Muslimin Malaysia

May 4, 2011

selamat menghadapi peperiksaan akhir semester

Kepada semua Para Mahasiswa/i yang sedang menghadapi peperiksaan akhir semester saya mengucapkan



SEMOGA BERJAYA DALAM SETIAP UJIAN YANG DIHADAPI.


JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA!

HARAPAN ITU SENTIASA ADA
KERANA ALLAH MAHA KAYA DAN MAHA ADIL


"INGAT!! TINGGI MANA PUN TARGET KALIAN, YANG PENTING IALAH BERAPA TINGGI USAHA KALIAN UNTUK MENCAPAI TARGET ITU"


   

 bittaufiq wannajah!!


sekian. drpd mun'aim idrus