April 26, 2011

Filem dan video yang memotivasikan saya


Hidup ini ada masa kita rasa seronok dan bersemangat dan ada juga masa kita rasa malas dan kurang motivasi. Post kali ini saya nak berkongsi beberapa video/filem yang memotivasikan diri saya. Harap anda juga termotivasi dengan video-video/filem ini yang kebanyakannya boleh diakses di lama youtube. Hobi saya kalau melayari lama you tube, mencari video-video dan filem - filem  motivasi. Dalam pencarian itu, saya menemui filem2 ini. Bagi anda yang belum menonton, silakan menontonnya di laman You tube. Jgn asyik menonton cerita cinta dan hollywod sahaja. Carilah filem2 yang mengandungi nilai2 baik dan motivasi. Baru best..:-)

  1. Laskar Pelangi
           

    2. Sang Pemimpi

  • Filem ini pula sambungan cerita salah satu watak daripada cerita Laskar pelangi. cerita ini mengisahkan 3 sahabat mengejar mimpi mereka untuk belajar sampai eropah. Best dan memotivasikan anda.
  • Ada juga babak tentang pacaran. Saya harap anda tidak ambil itu sbg qudwah. Ambil manfaat daripada semangat dan usaha mereka merealisasikan mimpi hidup mereka. ok
  • link download : http://www.youtube.com/watch?v=ma26V7t2TXM
       

Ini pula ada 2 video clip yang cukup memotivasikan. video pertama insan kurang upaya dan kedua insan normal yang menjadi motivasi dalam hidup saya.

  1. Video ini tentang seorang lelaki kurang upaya tetapi mampu memotivasikan org lain. Dia mahu kita bangkit dalam hidup apabila jatuh biarpun seribu kali jatuh. wake-up!!
        

    2. Ini satu lagi video yang menginspirasikan saya untuk mengejar mimpi dalam hidup ini. Kisah perjalanan   hidup seorang pelajar Indonesia bernama Danang Ambar Prabowo, Sang Pembuat Jejak. Dengan tarbiyah mengajarkan agar dia menjadi hebat dalam hidup. Ikuti kejayaan demi kejayaan dalam hidup dia mengejar mimpi-mimpinya yang ditulis atas sehelai kertas menjadi kenyataan. Berani saya katakan video simple ini benar2 memotivasikan diri saya. Saya berharap ia juga memotivasikan anda saat pertama kali menontonnya.





Menurut Saudara Taidin Suhaimin,
"Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan."

Semoga anda semua termotivasi setelah menonton filem dan video di atas. Sebenarnya ada banyak lagi video motivasi. Tetapi rasanya cukup setakat ini perkongsian saya.

Sekian. Terima kasih.
mun'aim idrus

April 22, 2011

Tips hebat hadapi peperiksaan!!

PENDAHULUAN
Peperiksaan penting seperti exam akhir semester bagi pelajar IPT amat memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata.  Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya.  Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan.  Sebab sama ada anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba dan yang pasti ia adalah beberapa helai kertas sahaja, so jgn takut.  Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang.  Untuk cemerlang dalam peperiksaan kita perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata.  Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.

Artikel  ini tidak mengajar subjek-subjek yang tertentu. Anda perlu merujuk kepada Nota pensyarah kuliah masing-masing tentang keTEPATan dalam menjawab setiap soalan.  Artikel  yg saya copy dan edit sedikit ini  bertujuan untuk bantu anda mendapat gambaran yang jelas tentang persediaan-persedian seperti fizikal, mental, emosi dan ruhani.  Harapan saya, ia akan membolehkan anda melangkah ke dewan peperiksaan dengan mengatakan ........ "AKU BOLEH BERJAYA".  Melangkah dengan fikiran yang positif.  Bukan dengan ketakutan, kelemahan, sebaliknay bangkit menjadi hebat!!

Kepada mereka yang pernah bersama saya dalam slot Zero to hero  hari itu saya ucapkan...  "Selamat Berjaya dan Buktikan Sememangnya Anda HEBAT".

Menurut Dr tengku Asmadi, anda kena buat beberapa persediaan dari segi fizikal ,mental  dan rohani untuk menghadapi pepriksaan. iaitu,

PERSEDIAAN FIZIKAL

KESIHATAN


Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan.  Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan.  Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi.  Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:

  •     Tidur yang cukup.  Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari.  Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit.  Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.  Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.
  •     Jaga pemakanan.  Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57).  Yang dimaksudkan sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan).  Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal.  Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.
  •       Riadah.  Jangan beriadah sehingga meletihkan badan.  Ramai kita yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran.   Cukup beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu.  Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh.  Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bola sepak, takraw, badminton dan sebagainya.  Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yang anda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.

KESELAMATAN

Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan.  Elakkan diri dari sebarang kecederaan.  Anda pasti tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berada dalam wad di hospital.  Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan.  Dalam musim menjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.


PERSEDIAAN MENTAL

Pelbagai Gambaran Negatif.

Kerapkali masalah yang dihadapi oleh kita apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan.   Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran.  Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:

   
  •        Menyerah kalah sebelum berjuang.  Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi.  Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan.  Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian midterm dan assigment dan projek sebelum ini.  Mereka cuba membaca tetapi dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.
  •       Merasa belum bersedia.  Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar.  Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia.   Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia?  Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa?  Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik?  Semua ini bermain difikiran.
  •     Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi.  Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak.  Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak.  Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka.  Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing.  Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh.  Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak.  Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.

Berfikiran Positif


Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif.  Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan.  Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.

Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan.  Ini akan melemahkan semangat anda.  Ia juga membuatkan anda meragui kebolehan diri anda.

Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:

"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada
pencapaian langsung".

"Something is better than nothing"

Lakukan "Latihan Minda" setiap hari.


"If you can't see it, you can't have it".

Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran.  Sebelum anda mampu mendapat 3 CGPA dalam exam maka 3 CGPA itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran.  Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan.  Lakaran anda berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda.  Begitulah juga dengan kehidupan ini.   Anda tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan.  Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu.  Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk merealisasikannya.

Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda seperti dibawah.

   1.Duduk dikerusi anda dengan selesa.  Tangan diletakkan di atas peha.  Badan tidak bersandar.  Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan mata anda.

   2.Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam.  Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut.  Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri.  Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.

   3.Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar.  Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu.  Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya.  Pilih satu yang paling bermakna kepada anda.  Dimana ia berlaku?  Apa yang berlaku?  Apa yang anda dapat lihat?  Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar tepukan gemuruh ketika itu.  Kalau ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda.  Dengar suara yang ada dengan jelas.  Rasakan apa perasaan anda ketika itu.  Rasakan keseronokan anda pernah dipuji.  Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu.  Hadirkan perasaan itu kembali.

   4. Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda dengan tangan.  Biar terasa sedikit sakit.  Buka mata anda, dan pejam kembali.  Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali.

   5.Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan.  Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan.  Rasakan ketenangan dalam dewan.   Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar.  Rasakan kegembiraan itu.  Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan.  Ide keluar mencurah-curah.  Gambarkan  result anda yang gempak!!.  Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi.

   6.Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.

   7.Buatkan latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari.  Sekiranya anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha. 

Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.


PERSEDIAAN EMOSI

Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi.  Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:

    * Pertengkaran dengan rakan-rakan;
    * Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;
    * Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat peperiksaan;
    * Bersikap terlalu yakin - "overconfident";
    * Berprasangka buruk terhadap orang lain;

Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka.  Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka.   Apa perasaan anda kalau rakan membohongi anda?  Anda mungkin serta-merta menjadi marah.  Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda?  Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati.  Kalaulah begini tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan anda?  Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji.  Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.

Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda.  Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda.  Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya.  Mereka ada suara, biarkanlah mereka.  Anda cuma pekakkan telinga.  Banyakkan bersikap sabar.  Teruskan sahaja kerja anda.  Kekalkan matlamat peperiksaan anda.  Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.

Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi.  Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi.  Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif.  Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif.  Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar.  Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.


PERSEDIAAN ROHANI

Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu.  Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah  lah yang menentukannya.  Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.

Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:

   1. Sentiasa bermunajat kepada Allah.  Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan.  Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.

   2. Minta restu kedua ibu bapa.  Doa ibu bapa untuk anaknya sangat makbul.  Jadi mintalah restu dari keduanya.  Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.

   3. Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran.  Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan.  Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran.   Allah telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 28, yang mafhumnya "Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati".

   4. Jauhi maksiat.  Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar.  Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah.  Hidup juga tidak diberkati Allah.

   5. Banyakkan berdoa.  Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.

Sekian. terima kasih.
semoga bermanfaat.

Artikel ini saya copy dengan sedikit edit daripada laman web seorang motivator yang saya kagumi Dr. Tengku Asmadi 


Hakcipta terpelihara  © Tahun 1998 - 2003
MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd.
172 A & B Jalan Gopeng, 31350 Ipoh
Perak Darul Ridzuan, MALAYSIA
Tel:  05 - 3134622, 3136601
Fax : 05 - 3133409
e-mel : webmaster@maptraining.com.my

April 9, 2011

Bangkitlah!

Wake-up!! 

bangkit dari kelemahan dan kekalahan menjadi hebat

Apa pentingnya sebuah kebangkitan ini? 

Selalunya ia dikaitkan dengan orang yang sedang tewas dalam hidup, hampir putus asa dan merasakan hidupnya sudah habis. Maka bagi mereka inilah solusi yang tepat iaitu bangkit dari satu keadaan yang kalah menjadi juara dalam hidupnya.

Untuk menggambarkan betapa hebatnya kebangkitan ini lihat sahajalah revolusi rakyat mesir yang berlaku baru-baru ini. Mereka hidup susah, pemimpin kaya raya, dakwah di sekat, rakyat miskin, pemimpin kaya-raya. Dari mana ia bermula?   dengan yakin saya berani nyatakan ia bermula dengan kebangkitan individu individu tertentu yang mempunyai semangat juang yang tinggi lalu mempengaruhi orang sekeliling untuk bangkit mengubah masa depan diri dan negara mereka.


Bagi anda yang sedang mengalami zaman jatuh, maka sebuah kebangkitan adalah kemestian dalam hidup anda, bagi anda yang merasakan tidak perlu bangkit, mungkin anda tidak sedar yang anda sedang jatuh,atau sebenarnya anda sememangnya sudah lama jatuh dan tidak sedar anda berada di kedudukan itu. Jika anda rasa ia tidak penting, maka anda salah, kerana agama islam sentiasa menuntut anda menjadi lebih hebat dan terus bekerja sehingga anda mati.

Anda mungkin:

1.melihat masa depan anda menuju zaman gelap,
2. tidak tahu apa akan jadi dengan diri anda,
3. merasa hampir putus asa kerana masalah hidup.

Anda bukan seperti yang anda fikirkan, tetapi anda adalah apa yang anda fikirkan...

Saya ingin katakan, sebenarnya anda dilahirkan sebagai seorang yang hebat! Ya anda adalah manusia pilihan Allah menjadi seorang muslim. sebuah kenyataan anda tinggi darjat kerana anda islam.  Bukalah Al-quran dan fahamilah kalam Allah pada ayat surah 3 ayat 139.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."

Jangan sesali apa yang sudah berlaku, jangan tangisi apa yang sudah berlalu. Sebaliknya bangkitlah dan binalah kembali apa yang sudah hilang.

ketika satu jalan kelihatan tertutup, sebenarnya masih ada banyak lagi jalan sentiasa terbuka. Namun seringkali kita terpaku lama pada pintu yang tertutup.

langkah-langkah sebuah kebangkitan

Jangan biarkan diri anda terus tewas kerana lihatlah dunia yang luas ini. Betapa semua orang yang berjaya bermula dengan sebuah kegagalan. Apa yang penting ialah bagaimana anda bangkit dari kekalahan menjadi juara. Sudah semestinya bukan dengan cara mengalah....tetapi kekalahan adalah sebuah pengalaman untuk menjadikan anda hebat.
 

Firman Allah swt:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir" (2:286)

Orang yang ingin bangkit  dalam hidupnya akan mencari jalan untuk mengubah hidupnya, dan orang yang putus asa akan mencari alasan untuk tidak berubah.



bagaimana memulai sebuah kebangkitan?
  1. Anda perlu berubah!! ubah sikap, ubah pemikiran, ubah penampilan.
  2. Berfikir bagaimana untuk berubah
  3. Jangan bertangguh!
  4. Cari ilmu dan jangan malu meminta nasihat dan bantuan
 
Ingat!

Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama.

sekian. terima kasih.

April 3, 2011

Lelaki hebat !

Jika anda merasakan hidup ini susah dan tiada makna lagi. Hilang semangat untuk meneruskan kehidupan. Apatahlagi jika anda seorang pelajar yang mengalami tekanan belajar. Maka saya sarankan anda mengenali lelaki ini. Dia kelihatan biasa-biasa sahaja. malah anda lebih kuat daripada dia. namun ada suatu perkara yang anda akan belajar daripada dia. Sempena tahun ke tujuh kesyahidan dia mari kenali lelaki ini.



Asy-Syahid Syekh Ahmad Yasin, rahimahullah merupakan seorang yang lumpuh. Namun dia mampu bangkit dan menyalakan obor perjuangan pada bangsanya. Dengan berkerusi roda sahaja, namun dengan keimanan yang mendalam, semangat yang kuat, keazaman yang tinggi dia mampu mempengaruhi bangsa Palestina untuk bangkit melawan yahudi. Walaupun lumpuh, namun itu tidak menjadi alasan untuk dia untuk berputus asa dalam kehidupan dan duduk-duduk sahaja. 

Dengan berkerusi roda dia bergerak mencari jiwa-jiwa muda diseluruh pelusuk negeri lalu mentarbiyah mereka. Diatas sebuah kerusi roda, suaranya dan kata-katanya penuh semangat dan ruhiyah. Mengajak ummat memahami islam dan memperjuangkannya. Penyakit yang dideritainya akibat seksaan di penjara langsung tidak melemahkan semangat perjuangannya. Hasilnya lahirlah satu generasi hebat sehingga kini yang berjuang untuk membebaskan Palestin dari cengkaman yahudi. 



Walaupun  lumpuh, namun lihatlah yahudi begitu takut akan pengaruh beliau yang sangat luar biasa terhadap bangsa Palestina sehingga mereka memenjarakan beliau beberapa kali. Setelah bebas adakah beliau pencen dari perjuangan? Tidak saudara! Malah dia terus berjuang dan akhirnya Yahudi membunuh beliau kerana mereka tahu kekuatan jiwa dan pengaruhnya yang luar biasa menggugat sebuah rezim yahudi yang dikatakan berteknologi tinggi dan berkuasa di dunia.

Nah! Sekarang bagaimana pula dengan kita? Adakah kita lumpuh?  Adakah kita sakit?
Jika tidak mengapa kita sedih dan berasa lemah. Setiap masalah yang kita hadapi pasti ada penyelesaiannya. Cuma kita kena bersabar dan berusaha menyelesaikannya satu persatu. Masalah yang kita hadapi dalam hidup hanyalah masalah kecil. Ada masalah lebih penting perlu kita fikirkan juga. iaitu masalah ummat islam di Malaysia.

Inilah apa yang harus anda perjuangkan dalam agenda dan matlamat hidup anda. Barulah hidup punya semangat dan halatuju. Mari sama-sama fikirkan akan keadaan ummat di malaysia sebagaimana yang Sheikh Ahmad Yaasin fikirkan tentang bangsa Palestina.