Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

March 29, 2011

Agenda ISMA : Berfikir di Luar kotak (edisi 1)


AGM ISMA ke-12

Alhamdulillah pada minggu lepas saya berkesempatan hadir buat pertama kalinya sejak menyertai ISMA ke AGM ke-12 ISMA di Pusat Islam KL. Menariknya daripada program ini saya mendapat sebuah kefahaman yang jelas akan agenda ISMA dalam membawa risalah islam di Malaysia ini. Sebab sebelum ini banyak orang keliru dan tidak faham apabila ISMA melancarkan slogan "Melayu Sepakat, Islam berdaulat". 
Penulis bersama Presiden ISMA, Ust Abdullah Zaik.

Malah ada juga orang mengatakan ia telah lari daripada asholah dakwah. Turut terima tempias saya juga. Namun, segalanya terjawab apabila presiden ISMA membentangkan ucapan dasarnya yang menjelaskan segalanya dengan terang dan bersuluh lagi. Menurut beliau idea ISMA bermula dengan pemikiran luar kotak, mengenengahkan agenda daripada perspektif yang tersendiri, tetapi berpijak atas landasan istinbat (kaedah pengambilan hukum) yang kukuh:
  1. Bacaan realiti pertembungan antara agenda-agenda dalam realiti      tempatan dan antarabangsa yang    tepat daripada aspek percaturan antara pihak
  2. Berpijak pada akar sejarah bangsa yang gemilang;
  3. Berasaskan kefahaman Islam sebagai agama yang syumul;
  4. Menyelami kehendak-kehendak syariah berasaskan Fiqh al-Maqasid;
  5. Berpegang kepada fiqh siasi yang digali daripada catatan pengalaman tradisi politik Islam semenjak zaman berzaman.
Maknanya kita cuba mencorakkan dakwah ini menurut realiti medan dakwah dan fasa-fasa perubahan yang sesuai di Malaysia berdasarkan landasan-landasan yang kukuh diatas. Kalau istilah dulu ikhwah selalu sebut sebagai  "kaji medan". Sebagai contoh dakwah ikhwan di Mesir, bagaimana Hassan Al-bana memulakan dakwahnya setelah membuat bacaan dan kajian terhadap umat islam disana sehingga dakwah hadir dapat memberi nafas baru terhadap bangsa arab di sana. Tetapi sekiranya kita mahu membawa fikrah ikhwan sepenuhnya di Malaysia tanpa menyesuaikan dengan realiti dan keperluan di Malaysia sudah tentu dakwah itu tidak akan menjadi. 


Menurut beliau lagi, Setelah 50 tahun kita merdeka mengapa dakwah di Malaysia ini belum menampakkan hasil yang sepatutnya? Saya juga terfikir begitu apabila beliau mengutarakan persoalan tersebut. Apa sebenarnya masalah dan punca serta bagaimana solusinya? Keadaan ummat setiap hari semakin parah. Lihat sahaja di akhbar dan media eletronik. Keadaan ummat islam dalam bidang ekonomi, sosial, kekeluargaan, pemikiran, pendidikan, sukan, agama, politik dan lain-lain dilihat sangat lemah. Semua ini memerlukan sebuah agenda besar yang perlu dilaksanakan segera.

Agenda ISMA

Ustaz Lah menjelaskan perjuangan ISMA terungkap dengan membina dan mempertahankan keperibadian dan jatidiri keIslaman bangsa dan negara Malaysia atau dengan kata lain mempertahankan identiti keIslaman negara kita Malaysia dan Melayu sebagai tonggaknya. ISMA menjadikan pendidikan dan tarbiah sebagai medan pertempuran utama. Musuh mahu merosak dan menghancurkan keperibadian dan jatidiri kita supaya dengan itu mereka dapat menguasai kita, ISMA sebaliknya berjuang mempertahankan keperibadian dan  memperkasakan jatidiri.

Agenda musuh

 “Dan Yahudi dan juga Nasrani tidak akan reda sehingga kamu mengikut agama mereka”. (Surah Al-Baqarah, ayat ke-120)

Terdapat agenda yang terancang untuk mengeluarkan orang Melayu dari agama mereka. Sebagaimana yang kita tahu bahawa kristianisasi bukan bertujuan untuk memasukkan orang ke dalam agama kristian tetapi cukup untuk mengeluarkan orang Islam dari agama mereka.

Apabila keperibadian kita berubah, pemikiran kita berubah, apabila pemikiran kita berubah, neraca kita rosak dan bercampur-baur dan apabila nilai kita rosak mudahlah musuh menguasai kita kerana waktu itu tidak ada lagi pertalian yang akan menyatukan kita dan tiada lagi misi yang menjadi landasan perjuangan.

Memperjuangkan bangsa bukan perkauman

Hari ini terdapat di kalangan orang Melayu sendiri yang ingin menghancurkan keperibadian kebangsaan mereka dengan mengatakan bahawa memperjuangkan bangsa Melayu adalah perkauman. Kefahaman ini disanggah oleh al-Banna yang menganggap perjuangan memuliakan bangsa demi agama adalah satu keperluan:

“Umat yang sedang bangkit memerlukan kepada perasaan bangga dengan kaumnya sebagai satu bangsa yang agung, istimewa dan bersejarah sehingga terbentuk dalam diri generasi muda. Lantas mereka berjuang demi keagungan dan kemuliaan itu dengan darah dan roh mereka. Mereka bekerja demi kebaikan tanah air, kemuliaan dan kebahagiaannya”.

Jadi, al-Banna mengemukakan bahawa untuk menjayakan agenda Islam yang besar hendaklah bermula dengan membangunkan sebuah bangsa yang kuat. Inilah agenda yang patut kita bersatu di atasnya.

Harapan terhadap ahli ISMA

  • Diharapkan semua ahli ISMA dapat menghayati dan memahami agenda perjuangan yang ingin dibawa oleh pimpinan ISMA untuk melakukan perubahan di bumi Malaysia ini.
  • kita juga menjadi duta dalam masyarakat untuk menyampaikan fikrah ISMA dan berbangga dengannya. Kerana fikrah ini di bina berdasarkan kaedah syarak, dalil-dalil kukuh serta merujuk kepada sejarah asli tanah air kita, Malaysia tercinta.
Harapan terhadap sahabat dalam NGO dan gerakan dakwah lain
  •  diharapkan kalian dapat membuka hati dan membaca risalah serta teks ucapan dasar presiden ISMA untuk memahami fikrah dan agenda yang cuba dibawa oleh kami.
  •  semoga kalian akan menyokong risalah ini demi islam di bumi Malaysia tercinta.
"Melayu sepakat , islam berdaulat"

video
 Sekian terima kasih.

March 15, 2011

Hari Keluarga ISMA SARAWAK


Assalamualaikum wbt,
Adalah dimaklumkan buat julung-julung kalinya
ISMA Sarawak akan mengadakan Hari Keluarga ISMA Sarawak tidak lama lagi
Butiran program adalah seperti dibawah :
Program : Hari Keluarga ISMA Sarawak
Tema : Ukhuwah Erat, Keluarga Sepakat, Dakwah Berkat.
Tarikh : 20 Mac 2011/Ahad
Masa : 8 am – 6 pm
Tempat : Saptuyah Homestay, Kg Pasir Panjang, Santubong.

Antara aktiviti menarik yg akan diadakan ialah;

1. ACARA PANTAI – - bola pantai, lumba berekot , lumba berjalan dll
2 .ACARA AIR – lumba berekot dalam air, lumba selam, lumba berenang dll
3. PERTANDINGAN MEMASAK IKHWAH – pertandingan memasak ala chef
selebriti (ikhwah) – pemenang akan masuk TV ISMA Sarawak dibawah biro
media.
4. SUKANEKA – meniup belon, bawa bola ping-pong dalam sudu dll (ikhwah
dan akhawat) – “nie asing-asing ye”
5. TAFAKUR ALAM – meneliti kecantikan alam diiringi tazkirah ringkas.
6. SOLAT DI PANTAI – solat diatas bumi Allah, berbumbungkan langit
ciptaan Allah, jangan lepaskan pengalaman yang jarang-jarang ini.
dan lain-lain lagi acara menarik yang lain

“JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK RELIEF TENSION SEBELUM ANDA START EXAM.”
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN ADALAH PADA 15 HB MAC 2011.
SILA DAFTARKAN KEHADIRAN ANDA
DENGAN MENGHUBUNGI/SMS KEPADA AKH GAFAR (0138072640) dan ukhti Hafizah (0138202416)
PENDAFTARAN LEWAT TIDAK AKAN DILAYAN

March 4, 2011

Aman Palestin di Kolej Allamanda



Aman Palestin Sarawak akan mengadakan PAMERAN di KOLEJ ALLAMANDA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada:

Tarikh: 5 & 6 Mac 2011
Masa: 10.00 pagi - 5.00 petang

Jualan Amal Palestin & Kutipan Derma turut diadakan..
Jemput hadir semua.