Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

February 6, 2011

Kebangkitan Mesir dan kebangkitan Malaysia

Apabila melihat dalam berita, Kebangkitan rakyat Mesir menuntut Mubarak dan kroni-kroninya letak jawatan. Saya teringat ucapan Tun Mahathir semasa perhimpunan agung UMNO. Beliau berkata, arwah mak dia berpesan, kalau makan, elok berhenti sebelum kenyang, berhenti semasa di puncak kenikmatan dan kelazatan. Maka Tun Mahathir pun berkata selepas itu, elokklah beliau berundur dari kepimpinan negara semasa ketika itu beliau berada di puncak kejayaan. Sebelum orang lain minta dia berundur.Selepas itu terus dia nyatakan hasrat untuk berundur secara terhormat tanpa dipaksa dan demonstrasi seperti di Mesir ketika ini.
Saya fikir Mubarak pasti tengah menyesal sekarang sebab beliau tidak mahu berundur cepat2 selepas Presiden Ben Ali dijatuhkan di Tunisia.

Tumpuan dunia ketika ini ialah Mesir. Yang jelas ada 2 pihak sedang bertarung. Pertarungan ini sebenarnya telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad. Pertarungan antara yang Haq dan batil. 

komentar saya,
  1. Bagaimana rakyat Mesir mampu berdemonstrasi selama berhari-hari? kekuatan semangat apa yang mampu membuatkan mereka berdiri di Dataran Tahrir walaupun adanya peluru2 sesat ditembakkan. Saya yakin di sana ada segolongan pemuda beriman yang menjadi tulang belakang dalam aksi demo itu. Adakah mereka pemuda-pemuda yang ditarbiyah ikhwan? kalau aksi demo di Malaysia, saya kira sehari pun tidak dapat bertahan, bila lapar terus balik kot. kecuali konsert-konsert hiburan atau perlawanan bola sepak, mungkin ada yg sanggup beratur berjam-jam untuk beli tiket.
  2. Apabila semua rakyat mesir mempunyai agenda yang satu, maka itulah hasil yang kita dapat lihat hari ini. Mereka mampu berhimpun, seluruh lapisan masyarakat bersatu padu menjadi satu kekuatan hebat. Malaysia kenapa lemah, Kerana kita berpecah belah. Bangsa Melayu berpecah belah, akibatnya Islam kelihatan lemah. Kita perlu ada agenda bersama.
  3. Mesir sebenarnya sangat berjasa kepada negara Malaysia. Bukan Pemimpinnya seperti Mubarak. tetapi berjasanya Mesir kerana di sana bermulanya kebangkitan umat islam sejak Hasan Al bana memulai dakwah dan fikrah ikhwannya. Ramai rakyat Malaysia yang belajar di sana, pulang ke Malaysia menjadi pendakwah yang membawa perubahan dalam masyarakat Malaysia. Tidak kurang juga ada yang duduk rileks shj makan gaji.
  4. Kalau saya berada di mesir, Saya pasti tidak mahu pulang. Saya mahu menjadi sebahagian daripada sejarah negara Mesir samada syahid atau menang. Bukan menjadi sejarah orang yang lari @ pulang Tetapi menjadi pemuda berani ikut berdemo bersama-sama rakyat Mesir. Kalau ada 11 ribu rakyat Malaysia yang pulang, biarlah saya menjadi seorang shj yg tidak pulang mewakili rakyat Malaysia. Namun apa boleh buat, saya berada di Sarawak sekarang.
  5. Mesir berada di Sempadan Israel haram dan Palestin (GAZA). Jika Rejim Mubarak jatuh, itu sebenarnya berita baik buat Gaza  terutama selepas bebasnya salah seorang pemimpin Hamas iaitu Aiman Naufal yang telah dipenjara selama 3 tahun di Mesir dan berita buruk pastinya buat Israel haram.
  6. Kebangkitan Rakyat Mesir akan mengubah senario politik dunia kerana di sana ada ikhwanul muslimin. Sebuah gerakan dakwah islam yang terbesar saat ini. Ikhwan juga kena rangka strategi secara berhati-hati supaya revolusi rakyat ini akan mendukung mereka sehingga mereka mampu berada di dalam pemerintahan Mesir.
  7. Apabila semua pemimpin islam yang bersekongkol dengan Barat dan zionis telah tumbang, maka inilah petanda kebangkitan islam. Kerana di sana akan lahir kepimpinan yang membawa agenda perubahan islam. tetapi mereka perlu lakukan perubahan secara perlahan dan mendapat sokongan rakyat. baru akan berhasil. Kita telah belajar seperti yang berlaku di Sudan dan Somalia. Kebangkitan islam bukanlah bermaksud keganasan akan meningkat seperti yang diracuni oleh media barat, sebaliknya ia membawa rahmat dan keadilan kepada semua.
  8. Apabila ikhwan di ajak oleh pemerintah Mesir untuk berunding saat aksi demo semakin hebat. Saya kira itu sudah menunjukkan betapa kekuatan ikhwan bukan calang-calang dan digeruni oleh pemerintah. 
  9. Saat ini, rasanya semua pemimpin negara arab yang zalim seperti Mubarak pasti tidur tak lena  dan makan tak kenyang. Segera buat agenda perubahan dan hebahkan kepada rakyat berbagai-bagai insentif dll. Supaya tidak hilang kuasa. Terima kasih kepada semua rakyat Tunisia dan Mesir. Rasanya ketika ini bukan sahaja ada aksi demo di Mesir, malah di Jordan dan Yaman juga ada. Cuma sebab Mesir ni sangat penting, sebab tu semua media bertumpu di sana.
sekian terima kasih.
yang benar: mun'aim idrus

1 comment:

Anonymous said...

Salam. Apa pendapat abang mengenai kenyataan bawah ini...

Link di sini

http://allangkati.blogspot.com/2011/02/menyikap-sikap-syeikh-azhar-dan-mufti.html#more