February 26, 2011

Mahasiswa dan Al-Qur an

Perjalanan dalam dunia tarbiyah mengajarkan kita untuk sentiasa menjadikan Al-Quran teman rapat dalam hidup kita. Untuk benar-benar merealisasikannya, kita bukan sahaja dituntut untuk membaca Al-Quran setiap hari, membaca tafsir setiap kali usrah bahkan melaksanakan kandungannya dan tidak lupa juga menghafalnya agar tersemat indah dalam hati dan ingatan kita.
Apabila berbicara soal menghafal Al-Quran, Nabi Saw dan para sahabat telah menunjukkan contoh terbaik, tidak kurang juga lahirnya beberapa para profesional zaman kini yang hafal Al-Quran. 

Masih teringat saya ketika awal2 mengikuti tarbiyah, ketka di Matrik Perak. Ketika itu kami sangat jauh dari Al-Quran. Tarbiyah secara perlahan-lahan membawa kami masuk ke dalam dunia yang indah di mana kami sentiasa berdampingan dengan Al-Quran. Pertemuan setiap minggu sentiasa tidak mengecewakan kami dengan beberapa ayat Al-Quran yang di bacakan secara halus menusuk kalbu dan merubah cara fikir dan watak kehidupan kami menjadi watak yang sentiasa segar cengan cahaya iman. Hari-hari kami diajar agar sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai ubat bagi penyakit hati. Semua ini, apa yang kami lalui, bahkan apa yang kalian sedang lalui kini. Nikmat tarbiyah yang Allah kurniakan kepada kalian. Genggamlah ia sekuatnya agar kalian mampu melawan arus jahiliyah disekeliling yang sangat kuat daya tarikannya.
 

Untuk itu, salah satu bekalan yang amat penting ialah kalian dan saya harus berusaha untuk  menghafal Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Kerana kemuliaan para pembaca dan penghafaz Al-Quran sangatlah banyak. Antaranya ;
  1. Rasulullah S.A.W. bersabda,"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai keluarga di kalangan manusia." Lalu para sahabat bertanya,"Siapakan mereka ya, Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Para ahli al-Quran. Merekalah keluarga Allah dan pilihan-pilihanNYA.(HR Ahmad)
  2. "Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-quran dan mengajarkannya". (HR Bukhari dan Muslim)
  3. Rasulullah bersabda,"Bacalah al-quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat bagi para pembacanya (penghafalnya)". (HR Muslim)
  4. "Mereka yang membaca al-quran dan dia mahir di dalamnya, maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca al-Quran sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala". (HR Bukhari dan Muslim)
kita adalah orang muda, masih mempunyai akal yang cergas dan kuat ingatan. Setiap kita punya potensi untuk menghafal Al-Quran. Maka berhentilah dari beralasan. Berhentilah kita dari sikap lemah dan putus asa. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah mempelajari beberapa teknik  menghafal Al-Quran dan terus melaksanakannya. Sila rujuk web site ini untuk mempelajari teknik hafal Al-Quran. http://www.eramuslim.com/berita/tahukah-anda/bagaimana-menghafal-al-quran.htm

Saat saya menulis artikel ini, saya hanya mahu agar dapat memotivasikan diri saya dan juga kalian yang membaca artikel ini. Saya mengimpikan agar paling kurang apabila kita kembali kepada Allah kelak, kita sudah menghafal satu juz Al-Quran. Alangkah malunya seandainya jika kita menghadap Alllah dengan hanya beberapa surah-surah pendek. Sedangkan berjuta-juta ummat islam lainnya menghadap Allah dengan membawa hafalan yang banyak.

Kita mahu melahirkan generasi Al-Quran , maka yang pertama sudah tentu adalah bermula dengan diri kita. Kebangkitan ummat islam mestilah seiring dengan kualiti generasi yang dilahirkan. Justeru itu, Tiada gunanya seandainya berlaku revolusi besar-besaran tetapi jiwa-jiwa ummat itu kosong dari Ayat-ayat Al-Quran. Di sana perlunya ada segolongan ummat yang terdiri daripada para pemuda yang berjiwa Al-Quran. Barulah revolusi itu terjamin kerana dengan adanya mereka yang bertaqwa itu, barulah turunnya pertolongan Allah swt.

Apa yang merisaukan kita kini, Negara kita kekurangan generasi pemuda berjiwa Al-Quran. Berapa ramai mereka yang mampu membaca Al-Quran. Mereka yang khatam Al-Quran sekali pula terus meninggalkan bacaan mereka lantaran tiadanyanya pemahaman yang benar terhadap tuntutan beriman dengan Al-Quran. Bagi mereka yang sudah mampu membaca Al-Quran pula, akibat tiadanya dorongan daripada mana-mana pihak menyebabkan mereka tidak membacanya melainkankan ketika majlis-majlis khatam Al-Quran, bacaan yaasin ,bulan ramadhan dan tahlil arwah sahaja.

Lebih membimbangkan, generasi mahasiswa kini semakin jauh daripada Al-Quran. Generasi yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan negara kita. Bagi mereka yang mengikuti jurusan ijazah dalam bidang sains, kejuruteraan, teknologi, IT, sejarah dll lagi. Seandainya mereka tidak berusaha mencari sendiri kelas-kelas agama, ceramah, membaca buku-buku agama dll aktiviti keagamaan, nescaya mereka hanya akan menjadi robot-robot yang diprogramkan di  alam kampus mereka. Semakin lama-semakin jauh dari nilai kehidupan yang sebenarnya dan hidup mengikut arus jahiliyah. Ini kerana yang menjadi pendidik mereka di luar kuliah adalah internet, games, drama, filem dan berbagai-bagai pengaruh yang merosakkan. 

Sistem pendidikan di alam kampus/IPT kini cuba menyelesaikan masalah mahasiswa yang tidak berkualiti,  lemah, kurang keyakinan, tidak proaktif, malu bersuara dll dengan menerapkan kursus softskill yang diharapkan mampu membentuk mahasiswa dengan skill-skill ucapan, skill komunikasi, social life, nilai-nilai murni dll. Namun amat malang kursus ini tidak cuba untuk membawa mahasiswa kembali kepada asas agama itu sendiri. tujuannya baik dan bagus. tetapi alangkah lebih baik sekiranya kembali kepada solusi terbaik iaitu Islam. Atau kita sudah terpengaruh dengan islamophobia atau terlalu mengikut barat tanpa menyesuaikan dengan kepercayaan dan asas pegangan budaya kita. adakah di sana ada rasa takut, malu, kolot dll apabila diajak kepada asas agama? Atau para pemimpin kita kekurangan idea, kekurangan para cemdekiawan pemikir? tidak juga kerana di sana ramai pakar-pakar agama, ilmuan dll..  

Saya risau sekiranya mahasiswa hanya menghadiri slot-slot softskill ini semata-mata untuk memenuhi jam kredit mereka bagi melayakkan mereka tamat belajar di IPT. Adakah benar?

Langkah Kerajaan dan Kita

Selain itu kerajaan juga dilihat  sudah merangka beberapa usaha untuk melahirkan seberapa ramai para penghafal Al-Quran dan golongan agamawan untuk mengatasi masalah ini seperti Daru Qur'an, USIM, sekolah-sekolah Agama dll. Namun, usaha itu harus disokong oleh kumpulan-kumpulan NGO untuk melahirkan generasi Al-Quran sebagai memenuhi kaedah tsulbah. Inilah salah satu projek Islam yang perlu dilaksanakan untuk melahirkan bukan sahaja golongan ustaz bahkan di sana perlunya dilahirkan golongan profesional  ustaz. Protaz.

Pertumbuhan generasi jahiliyah menjadi cabaran kepada projek kebangkitan islam. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana yang haq akan berterusan melawan batil.  Suatu sunnah sejak zaman nabi adam sehingga zaman ummat Muhammad SAW.


Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan bukan mewakili pemikiran mana-mana NGO atau badan kerajaan.
Sekian.  Terima Kasih.

mun'aim idrus




February 23, 2011

Pertandingan Menulis Esei, Puisi dan Poster Sempena Hari Keluarga ISMA Sarawak


A. PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA HARI KELUARGA ISMA SARAWAK
  1. TEMA: UKHUWWAH ERAT, KELUARGA SEPAKAT, DAKWAH BERKAT
  2. Penyertaan terbuka kepada semua ahli ISMA berumur 18 tahun ke atas, samada pelajar atau pekerja.
  3. Esei hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.
  4. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Esei yang ditulis mestilah hasil penulisan sendiri, belum pernah disiarkan dalam mana-mana penerbitan dan tidak diciplak daripada mana-mana sumber. Karya ciplak, plagiat dan terjemahan tidak akan diterima.
  5. Segala kos yang terlibat untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta.
  6. Esei hendaklah ditaip dalam jarak langkau 1.5, menggunakan huruf Times New Roman atau Garamond bersaiz 12.
  7. Esei yang ditulis hendaklah antara 1000-2000 patah perkataan.
  8. Esei boleh dihantar melalui e-mel ke ismasarawak@gmail.com dan  menyerahkan satu salinan kepada Unit Pertandingan, Abdul Hafidz bin Yusoff di e-mel hafidzyusoff@penamujahid.com. Penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 15 MAC 2011.
  9. Penyertaan adalah percuma. Setiap penyertaan hendaklah mempunyai maklumat lengkap mengenai butiran peserta sebagaimana berikut:
    1. Nama
    2. Alamat
    3. Pekerjaan
    4. Institusi/Majikan
    5. No HP
10.  Setiap esei yang dihantar tidak akan dikembalikan dan pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei tersebut.
11.  Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan jika melanggar terma dan syarat.
12.  Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
13.  Pemenang akan diumumkan secara rasmi pada Sambutan Hari Keluarga ISMA Sarawak pada 20 Mac 2011.
B. PERTANDINGAN SAYEMBARA PENULISAN  PUISI SEMPENA HARI KELUARGA ISMA SARAWAK
  1. TEMA: UKHUWWAH ERAT, KELUARGA SEPAKAT, DAKWAH BERKAT. Peserta bebas mencerna maksud tema tersebut
  2. Penyertaan terbuka kepada semua ahli ISMA berumur 18 tahun ke atas, samada pelajar atau pekerja.
  3. Panjang puisi mestilah antara 25 hingga 40 baris.
  4. Peserta dikehendaki mengirim sekurang-kurangnya sebuah puisi dan tidak melebihi tiga buah puisi.
  5. Peserta dilarang sama sekali menulis nama pada teks puisi.
  6. Puisi mestilah asli, bukan karya terjemahan, saduran atau apa sahaja yang membawa maksud karya tersebut bukan karya asli serta tidak pernah tersiar dalam mana-mana media sama ada di media cetak atau media elektronik.
  7. Segala kos yang terlibat untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta.
  8. Puisi hendaklah ditaip dalam jarak langkau 1.0, menggunakan huruf Times New Roman atau Garamond bersaiz 12.
  9. Puisi yang ditulis boleh dihantar melalui e-mel ke ismasarawak@gmail.com atau menyerahkan satu salinan kepada Unit Pertandingan, Abdul Hafidz bin Yusoff di e-mel hafidzyusoff@penamujahid.com. Penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 15 MAC 2011.
10.  Penyertaan adalah percuma. Setiap penyertaan hendaklah mempunyai maklumat lengkap mengenai butiran peserta sebagaimana berikut:
  1. Nama
  2. Alamat
  3. Pekerjaan
  4. Institusi/Majikan
  5. No HP
11.  Setiap karya puisi yang dihantar tidak akan dikembalikan dan pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei tersebut.
12.  Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan jika melanggar terma dan syarat.
13.  Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
14.  Pemenang akan diumumkan secara rasmi pada Sambutan Hari Keluarga ISMA Sarawak pada 20 Mac 2011.
C. PERTANDINGAN MELUKIS POSTER  SEMPENA HARI KELUARGA ISMA SARAWAK
  1. TEMA: UKHUWWAH ERAT, KELUARGA SEPAKAT, DAKWAH BERKAT.Poster mestilah bertemakan dengan tema berikut
  2. Poster bertemakan “ukhwah erat, keluarga sepakat, ISMA berkat”
  3. Penyertaan terbuka kepada semua ahli ISMA berumur 18 tahun ke atas, samada pelajar atau pekerja.
  4. Saiz poster tidak ditetapkan, terpulang kepada kreativiti
  5. Peserta dikehendaki mengirim sekurang-kurangnya sebuah poster dan tidak melebihi tiga buah poster.
  6. Segala kos yang terlibat untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta.
  7. Poster yang siap dilukis boleh dihantar melalui e-mel ke ismasarawak@gmail.com atau menyerahkan satu salinan kepada Unit Pertandingan, Abdul Hafidz bin Yusoff di e-mel hafidzyusoff@penamujahid.com. Penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 15 MAC 2011.
  8. Penyertaan adalah percuma. Setiap penyertaan hendaklah mempunyai maklumat lengkap mengenai butiran peserta sebagaimana berikut:
    1. Nama
    2. Alamat
    3. Pekerjaan
    4. Institusi/Majikan
    5. No HP
    6. Hasil poster yang dihantar tidak akan dikembalikan dan pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan poster tersebut
10.  Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan jika melanggar terma dan syarat.
11.  Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
12.  Pemenang akan diumumkan secara rasmi pada Sambutan Hari Keluarga ISMA Sarawak pada 20 Mac 2011.

February 16, 2011

Dasar ke-4





Alhamdulillah,
  1. Syukur kepada Allah swt kerana dengan izinnya dasar 4 berjalan lancar
  2. sejak daripada Dasar 1 sehingga Dasar 4 kita telah berprogram. Semoga para peserta yang hadir dapat manfaat. Seandainya tidak dapat banyak dapat sikit pun jadilah. Sebab dengan hadirnya antum sudah membuatkan hati ana gembira begitu juga ajk-ajk yg lain.
  3. Dasar dirangka untuk memenuhi keperluan ahli ISMA dari segi tsaqafah dan merapatkan ukhwah. Sebab itu antara bahan pengisian banyak yang berat dan ada juga yang ringan.
  4. Namun untuk Dasar 4 ini ada sedikit perbaikan dan perubahan kita buat, iaitu kurangkan bahan berat dan masukkan bahan yang sesuai dengan peserta. Mohon maaf atas kelemahan program.
  5. Saya lihat kita semakin serasi dan semakin gembira atas perubahan yang berlaku. Ini semua adalah atas usaha ikhwah dan akhwat.
  6. Satu perkara, sejak dari dasar 1-sampai Dasar 4, nampaknya jumlah peserta akhwat sentiasa melebihi jumlah peserta lelaki. Cuma saya harap kita akan dapat merapatkan jurang itu pada masa hadapan. Bukan bermaksud kita buat kuota. Tetapi dipihak lelaki nampaknya kita kena berfikir lagi bagaimana untuk memastikan jumlah yg lebih ramai dapat ditarik. Pasti ada beberapa kelemahan yg perlu dibaiki.
  7. Di pihak akhwat, jumlah yang ramai itu bermakna semakin banyak tanggungjawab perlu dilaksanakan. semoga kalian mampu menampung keperluan tarbiyah mereka.
  8. Akhir kata . Terima kasih kepada semua ajk dan peserta yang terlibat.




February 15, 2011

Maulidur rasul mengajar erti cinta


salahkah aku bercinta
Cinta itu sungguh luar biasa. 
membuat aku sentiasa rindu, 
selalu menyebut namanya, 
membuat aku suka siapa sahaja yang disenanginya
membuat aku sanggup berkorban apa sahaja
membuat aku resah gelisah dan tidak senang duduk

siapa yang mengalami cinta akan menyerahkan segalanya demi cintanya
siapa yang mengalami cinta akan segera mengejar cintanya
semoga kita tidak salah memilih cinta
kerana antara dua cinta itu
akan membawa ke syurga atau neraka
  • sesiapa yang memahami cinta akan menjadi tuannya, bukan menjadi hambanya.
  • cinta itu membuat kita jadi buta dan tuli 
Pesan Khusus Nabi buat kita:

“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” 
[riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini membuat kita :
  1. kembali mengenali nabi
  2. merasainya betapa nabi mencintai kita
  3. insaf akan kealpaan yang lalu
  4. kembali mencintai nabi melebihi segalanya selepas cinta kepada Allah
  5. mentaati segala perintahnya
  6. meninggalkan segala larangannya
  7. meneruskan dakwah baginda.
Tanda-tanda kita cinta nabi
  1. mengetahui biodata nabi (tarikh lahir, tempat lahir, salasilah kelaurga nabi, kesukaan nabi dll)
  2. mengetahui rupa bentuk fizikal nabi (kacak, cara berjalan, badannya, rambutnya dll)
  3. selalu selawat keatas nabi
  4. selalu rasa rindu dan berimpian untuk bertemu nabi
  5. rasa disayangi nabi
  6. rasa marah apabila nabi dihina dan difitnah
  7. rasa suka bila nabi dipuji
  8. mendengar dengan teliti apabila seseorang membacakan hadits nabi
  9. berusaha meniru akhlak nabi dan menjauhi perkara yang nabi tidak suka
  10. meninggalkan maksiat yang nabi larang
  11. memgamalkan sunnah nabi
  12. menyampaikan islam walaupun satu ayat (berdakwah)
  13. dan banyak lg..
Cara-cara menambahkan cinta kepada nabi Muhammad s.a.w
  1. berusaha mengenali nabi dengan lebih dekat (baca buku sirah nabi)
  2. banyakkan selawat ke atas nabi
  3. fahamkan diri bahawa cinta kepada nabi adalah perintah Allah. Kerana cinta Nabi bermakna juga cinta kepada Allah
  4. banyak menyebut kenaikan nabi dan sampaikan kepada orang lain
  5. menyambut hari kelahiran nabi dengan berselawat dan mendengar ceramah maulidur rasul
  6. selalu membaca al-quran dan terjemahan al-Quran.
  7. jadikan nabi sebagai contoh ikutan terbaik dalam hidup kita
  8. jangan ambil artis barat yang tidak islam sebagai role model kita, sebaliknya jadikan nabi sebagai role model kita.
  9. beli buku-buku berkaitan nabi dan baca. Kita adalah apa yang kita baca.
  10. dengar lagu-lagu tentang nabi
  11. menonton filem kisah nabi (muhamamd the last prohet, jejak rasul, qamar bani hasyim dll)
akhir kata,

Semoga sambutan maulidur rasul menjadikan  kita 
  1. selalu ingat, rindu, sayang, ingin bertemu di syurga,sanggup berkorban kerana cinta kepada nabi
  2. jaga solat 5 waktu dan amalan sunat
  3. menjaga maruah diri
  4. berjuang untuk agama , bangsa dan negara.

February 6, 2011

Kebangkitan Mesir dan kebangkitan Malaysia

Apabila melihat dalam berita, Kebangkitan rakyat Mesir menuntut Mubarak dan kroni-kroninya letak jawatan. Saya teringat ucapan Tun Mahathir semasa perhimpunan agung UMNO. Beliau berkata, arwah mak dia berpesan, kalau makan, elok berhenti sebelum kenyang, berhenti semasa di puncak kenikmatan dan kelazatan. Maka Tun Mahathir pun berkata selepas itu, elokklah beliau berundur dari kepimpinan negara semasa ketika itu beliau berada di puncak kejayaan. Sebelum orang lain minta dia berundur.Selepas itu terus dia nyatakan hasrat untuk berundur secara terhormat tanpa dipaksa dan demonstrasi seperti di Mesir ketika ini.
Saya fikir Mubarak pasti tengah menyesal sekarang sebab beliau tidak mahu berundur cepat2 selepas Presiden Ben Ali dijatuhkan di Tunisia.

Tumpuan dunia ketika ini ialah Mesir. Yang jelas ada 2 pihak sedang bertarung. Pertarungan ini sebenarnya telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad. Pertarungan antara yang Haq dan batil. 

komentar saya,
  1. Bagaimana rakyat Mesir mampu berdemonstrasi selama berhari-hari? kekuatan semangat apa yang mampu membuatkan mereka berdiri di Dataran Tahrir walaupun adanya peluru2 sesat ditembakkan. Saya yakin di sana ada segolongan pemuda beriman yang menjadi tulang belakang dalam aksi demo itu. Adakah mereka pemuda-pemuda yang ditarbiyah ikhwan? kalau aksi demo di Malaysia, saya kira sehari pun tidak dapat bertahan, bila lapar terus balik kot. kecuali konsert-konsert hiburan atau perlawanan bola sepak, mungkin ada yg sanggup beratur berjam-jam untuk beli tiket.
  2. Apabila semua rakyat mesir mempunyai agenda yang satu, maka itulah hasil yang kita dapat lihat hari ini. Mereka mampu berhimpun, seluruh lapisan masyarakat bersatu padu menjadi satu kekuatan hebat. Malaysia kenapa lemah, Kerana kita berpecah belah. Bangsa Melayu berpecah belah, akibatnya Islam kelihatan lemah. Kita perlu ada agenda bersama.
  3. Mesir sebenarnya sangat berjasa kepada negara Malaysia. Bukan Pemimpinnya seperti Mubarak. tetapi berjasanya Mesir kerana di sana bermulanya kebangkitan umat islam sejak Hasan Al bana memulai dakwah dan fikrah ikhwannya. Ramai rakyat Malaysia yang belajar di sana, pulang ke Malaysia menjadi pendakwah yang membawa perubahan dalam masyarakat Malaysia. Tidak kurang juga ada yang duduk rileks shj makan gaji.
  4. Kalau saya berada di mesir, Saya pasti tidak mahu pulang. Saya mahu menjadi sebahagian daripada sejarah negara Mesir samada syahid atau menang. Bukan menjadi sejarah orang yang lari @ pulang Tetapi menjadi pemuda berani ikut berdemo bersama-sama rakyat Mesir. Kalau ada 11 ribu rakyat Malaysia yang pulang, biarlah saya menjadi seorang shj yg tidak pulang mewakili rakyat Malaysia. Namun apa boleh buat, saya berada di Sarawak sekarang.
  5. Mesir berada di Sempadan Israel haram dan Palestin (GAZA). Jika Rejim Mubarak jatuh, itu sebenarnya berita baik buat Gaza  terutama selepas bebasnya salah seorang pemimpin Hamas iaitu Aiman Naufal yang telah dipenjara selama 3 tahun di Mesir dan berita buruk pastinya buat Israel haram.
  6. Kebangkitan Rakyat Mesir akan mengubah senario politik dunia kerana di sana ada ikhwanul muslimin. Sebuah gerakan dakwah islam yang terbesar saat ini. Ikhwan juga kena rangka strategi secara berhati-hati supaya revolusi rakyat ini akan mendukung mereka sehingga mereka mampu berada di dalam pemerintahan Mesir.
  7. Apabila semua pemimpin islam yang bersekongkol dengan Barat dan zionis telah tumbang, maka inilah petanda kebangkitan islam. Kerana di sana akan lahir kepimpinan yang membawa agenda perubahan islam. tetapi mereka perlu lakukan perubahan secara perlahan dan mendapat sokongan rakyat. baru akan berhasil. Kita telah belajar seperti yang berlaku di Sudan dan Somalia. Kebangkitan islam bukanlah bermaksud keganasan akan meningkat seperti yang diracuni oleh media barat, sebaliknya ia membawa rahmat dan keadilan kepada semua.
  8. Apabila ikhwan di ajak oleh pemerintah Mesir untuk berunding saat aksi demo semakin hebat. Saya kira itu sudah menunjukkan betapa kekuatan ikhwan bukan calang-calang dan digeruni oleh pemerintah. 
  9. Saat ini, rasanya semua pemimpin negara arab yang zalim seperti Mubarak pasti tidur tak lena  dan makan tak kenyang. Segera buat agenda perubahan dan hebahkan kepada rakyat berbagai-bagai insentif dll. Supaya tidak hilang kuasa. Terima kasih kepada semua rakyat Tunisia dan Mesir. Rasanya ketika ini bukan sahaja ada aksi demo di Mesir, malah di Jordan dan Yaman juga ada. Cuma sebab Mesir ni sangat penting, sebab tu semua media bertumpu di sana.
sekian terima kasih.
yang benar: mun'aim idrus

February 2, 2011

Catatan ke KEMM (Wakil ISMA Sarawak)

Pada 29 Jan 2011 : Saya bersama Dr Khairol dan 2 akhwat telah pergi ke Konvensyen Sempena 500 Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka di Universiti Teknikal Melaka (UTEM). Konvensyen ini telah dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Persatuan Belia Islam Malaysia (Pembina). Seramai 3600 peserta telah hadir menyertai konvensyen ini. Berikut saya sertakan sekali gambar kenang-kenangan.
 Di dalam Dewan Utama UTEM
Makan malam di Restauran nasi lemak Antarabangsa, Dataran Pahlawan, Melaka.

Bersama akhi Alif, Dr.K, Muzamil dan Juan
 
 Jejak kasih , bertemu dengan ikhwah2.

Bertemu dengan akh Shahril, Amzar dan Amar
 
Bersama Dr. Zainurrashid Zainuddin, Perunding Aman Palestin
 
 Bersama Setiausaha Agung ISMA Sdr.Aminudin dan Ust azizie YDP ISMA N9

 Bersama Murabbi pertama

Bersama Akh Ibrahim
  1. keseluruhan Kos perjalanan kami lebih kurang RM1000 +-. Banyak juga kos tetapi pemgalaman dan peluang berjumpa ikhwah sebenarnya lebih bernilai kerana duit tidak mampu menyatukan hati2 kami melainkan Allah SWT.
  2. Pengalaman pertama pergi konvensyen ISMA
  3. Paling best dapat bertemu dengan ikhwah-ikhwah dan bergambar dengan para JKP, kecuali Ust Lah. Puas cari, x jumpe pulak.
  4. Daripada pembentangan kertas kerja dan reaksi masyarakat umum dan orang lama semasa konvensyen, menunjukkan "Slogan Melayu sepakat, Islam berdaulat"  boleh diterima oleh orang melayu. PR? x pasti. Tidak kira NGO, Parti, Persatuan dan apa-apa perkumpulan sekalipun, yang penting mereka membawa agenda bersama yang memberi kebaikan kepada orang melayu dan islam itu sendiri. Kini yang berlaku adalah, masing-masing pihak ada agenda sendiri, tetapi agenda bersama tiada. Maka, sekarang adalah masa kebangkitan!! Menguatkan jatidiri orang melayu berpaksikan islam kerana ia secara automatiknya akan menguatkan islam itu sendiri.
  5. Konvensyen ini diadakan tidak bermakna kita mengabaikan tarbiyah, sebaliknya ia adalah sebahagian daripada sarana tarbiyah.
  6. Tahniah kepada semua AJK dan sukarelawan yang telah bertungkus lumus menjayakan Konvensyen ini. Sangat berjaya dan nampak profesional. Daripada promosi dan perjalanan program. Sangat berjaya. Kagum ana.
  7. Terima kasih kepada semua ikhwah dan akhwat yang telah membeli kek lapis sarawak. Alhamdulillah jualan kek habis dan dapat menampung separuh kos perjalanan ana dan Dr.K.
  8. Semoga kita semua terus istiqamah dalam perjuangan membina generasi harapan.

Sekian. Terima Kasih.
Oleh: mun'aim idrus