January 25, 2011

kewajipan berdakwah


Alhamdulillah Saya masih ingat sebuah pengisian yang disampaikan oleh Ust Fauzi Asmuni, naib presiden ISMA semasa dalam sebuah program di Selangor pada tahun 2010. Tajuk berkenaan Kewajipan berdakwah. Sekarang suatu kewajipan pula untuk dikongsikan bersama anda semua. Bahan ini ringkas dengan isi-isinya menerangkan kepada kita kenapa kita wajib berdakwah, menyeru manusia kepada islam.

Beberapa sebab kita kena berdakwah

1.   Fitrahnya,

binatang seperti semut bila melihat kaumnya terancam dengan kedatangan tentera nabi sulaiman, maka pemimpinnya segera memberi amaran utk menyelamatkan diri daripada bahaya. Kucing juga selamatkan anaknya bila dalam bahaya. Alangkah malunya orang islam jika tiada sensitiviti untuk selamatkan kaumnya yang sedang rosak masa kini. Bila lihat org buat maksiat, kita rasa sayang dan kesian lalu beri nasihat. Bukan biarkan tanpa perasaan. Selemah-lemah iman, bila lihat maksiat/munkar kita benci dalam hati.

"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut,masuklah   ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari";. (27:18)

2.   Semua orang berkata-kata setiap hari

Logiknya setiap hari kita akan berkata-kata.  Agaknya berapa patah perkataan keluar dari mulut kita? rugilah kalau x berdakwah. kalau seribu patah perkataan sehari. cukuplah 10 atau 20 patah perkataan menyeru kepada islam, kebaikan dll daripada takde langsung. tidaklah sia-sia hari-hari yang kita lalui. Jadikanlah ia sebuah ketaatan.

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"(41:33) 

3. Hukum wajib

Ulama hanya khilaf tentang kewajipan dakwah pada fardhu ain atau fardhu kifayah. Tidak pada sunat atau harusnya dakwah. Rujuk (3:104)

4. Mendapat pahala tidak putus-putus

Kalau orang yang kita seru kepada amal kebaikan, setiap amal dia lakukan lantaran dakwah kita, akan mengalir kepada kita pahala dia tanpa kurangkan pahala dia. Untung tu. 

"Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, sabdanya : "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dari dosa-dosa mereka." (HR Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)


5.   Kesolehan

kita tersilap andai menganggap dengan kuat ibadah tanpa amal dakwah kita sudah termasuk dalam golongan orang soleh. sedangkan Allah berfirman tentang ciri-ciri kesolehan salah satunya adalah berdakwah dalam surah 3 ayat 113-114. Imam Ghazali mengulas ayat ini, Allah swt tidak mengiktiraf/mengakui kesolehan seseorang beriman itu, hanya dengan dia beriman kepada Allah dan hari akhirat sehingga dia menambah dengan melakukan amar makruf nahi munkar dalam keimanan dia. Masyarakat kita salah faham makna soleh. nampak org tu rajin beribadah, kita kata soleh. pergi haji pula banyak kali, sedangkan kewajipan haji hanya sekali. lebih baik duit itu digunakan utk bantu pejuang islam di palestin dan negara islam yang lain. atau infaq utk dakwah.

"Mereka itu tidak sama; di antara Ahli Kitab itu ada golongan yang berlaku lurus, mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari, sedang mereka juga bersujud (sembahyang). Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang saleh." (3:113-114)

6.   Awas. kita dalam bahaya kalau x berdakwah.

Daripada Nu’man bin Basyir r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan mereka yang berada dalam batasan sempadan (agama) Allah dan mereka yang terjerumus ke dalamnya adalah seperti kaum yang mengundi untuk mendapatkan tempat masing-masing dalam sebuah kapal, antara mereka ada yang dapat di tingkat atas kapal dan sebahagian lain beroleh di tingkat bawah. Mereka yang berada di bawah akan melalui yang berada di bahagian atas untuk mengambil air, mereka berkata sekiranya kita tebuk saja tempat kita ini kita tidak perlu mengganggu mereka (yang di atas) lagi. Sekiranya dibiarkan mereka laksanakan cadangan tersebut, maka akan binasalah sekalian penumpang, dan kalau dicegah rancangan itu akan selamatlah mereka dan penumpang semuanya.” (Riwayat Bukhari)

7. Laknat Allah keatas kaum/org x berdakwah. 

Allah laknat kaum yahudi sebab x saling mencegah munkar sesama mereka. 5:78-79. Sama juga, keatas kita kalau x saling amar makruf nahi munkar.

"Telah dila'nati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan munkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu." (5:78-79)
 

8.   Bantuan Allah 

 hanya akan sampai kepada org yang menolong agama Allah. Kalau kita nak islam menang,  kena usaha buat dakwah. 22:40-41.

"(yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: "Tuhan kami hanyalah Allah." Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa," (22:40)

9.   Dakwah kalimat yg baik, umpama pohon yg baik.

"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik[786] seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit," (14:24)
[786]. Termasuk dalam kalimat yang baik ialah kalimat tauhid, segala ucapan yang menyeru kepada kebajikan dan mencegah dari kemungkaran serta perbuatan yang baik. Kalimat tauhid seperti laa ilaa ha illallaah.

10.   Kelebihan org berdakwah. 

Mendapat syurga Firdaus. Bersama para nabi dan syuhada.9:111-112. dakwah adalah tiket ke syurga.Abdul kadir al kailani berkata "martabat yg tertinggi didunia ialah martabat "Ad-dakwah ilallah".

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat[662], yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.(9:111-112)

11. Tanda/ciri Keimanan. 

Dakwah membezakan sifat org beriman dan sifat org munafik. 9:71 (org beriman). 9:76 (org munafik). Dr. Yusoff Qardhawi berkata rukun iman kalau boleh tambah , dia nak tambah 2 lagi iaitu amar makruf nahi munkar dan jihad. sebab dalil hadits 1. Hadits amar makruf 2. Hadits iman ada 75 cabang, paling tinggi kalimat "lailahaillah".

Al-Qurthubi berkata dalam tafsirnya, "Amar ma'ruf nahi munkar pembeda org beriman dan org munafik.
12. Sunnah Alam. 

Haq dan batil akan sentiasa bertembung sejak zaman nabi Adam a.s sehingga nabi zaman ummat Nabi Muhammad saw.lagi.

Sedikit pesanan Ust fauzi.

Bekalan hidup. 
Dakwah umpama telephone. semakin aktif dakwah , semakin banyak kita kena perlu cas. (Taqarrub kepada Allah).

Dai adalah generasi pewaris.


maka jadilah

1. seperti lebah atau setidak-tidaknya semut.
2. jangan jadi seperti labah-labah. hidup sendiri dan buat sampah sahaja. rumahnya lemah.

Sekian. terima kasih. 
Oleh: mun'aim idrus

p/s: sekiranya ada kesilapan, mohon dibetulkan. email kpd : mambi86@gmail.com

January 19, 2011

Pelancaran Website ISMA Sarawak

Pada 16 Jan 2011 laman web ISMA Cawangan Sarawak (Kuching) telah berjaya dilancarkan. Diahrapkan dengan adanya web ini, dapat memberi manfaat buat semua ahli ISMA dan masyarakat umum untuk lebih mengenali ISMA dengan lebih dekat, terutamanya masyarakat di negeri sarawak. Disamping dapat memberi informasi terkini mengenai aktiviti dan berita terkini ISMA Sarawak.


sila klik untuk ke website > http://ismasarawak.com


 

January 10, 2011

Tetap bersama Dakwah ini



Kita dan dakwah

Ingatkan diri kalian bahawa dakwah yang kita bawa ini muncul ketika banyak  manusia tidak lagi berminat dengan fikrah islam, masyarakat hari ini telah larut dalam dunia yang memperdayakan. Mereka terpengaruh dengan fikrah dan fahaman barat yang ternyata menjauhkan mereka daripada fikrah islam yang suci itu. Dalam situasi ini, maka dakwah ini tetap harus berjalan dengan tujuan dan objektifnya yang jelas. Mencari jiwa-jiwa baru untuk dibina dengan fikrah islam lalu menjadikan mereka sebahagian daripada saff dakwah ini. Janganlah kita lalai dan termasuk dalam golongan yang tercicir. (47:38). 
Perlu diingat oleh setiap Akh bahawa dakwah ini memerlukan seseorang akh untuk sentiasa bersedia mengorbankan dan memberikan waktu, harta, tenaga, nyawa dan segala yang dimiliki di dunia ini untuk membina masa depannya di akhirat kelak. bukanlah sia-sia, tetapi ini adalah sebuah perniagaan dengan Allah

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (9:111)

 Memang terasa lelah dan meletihkan, kerana saat terasa lelah dan letih itulah tandanya dakwah ini hidup dan bergerak menuju visi dan misinya.

Buat mereka yang memisahkan diri daripada jemaah

Sepanjang berada dijalan dakwah ini, banyak dai menghadapi konflik dalam hidup mereka untuk meninggalkan dakwah, sama ada atas sebab internal mahupun eksternal. Syabas dan tahniah buat mereka yang berjaya mengatasi konflik itu. Ini kerana dakwah yang kita yakini ini hakikatnya akan tetap berjalan, sama ada dengan kita atau dengan orang lain. Saff dakwah ini tidak perlukan simpati sesiapa kerana ia adalah milik Allah, tetapi kita kesian kepada diri kita sendiri. Rugilah kerana kita akan kehilangan keberkatan dan kebaikan bersama jemaah 

Imam Al Bana pernah berkata: "Jika kamu tidak bersamanya,- iaitu dakwah - maka kamu tidak akan bersama selainnya. dan dakwah pula jika tidak bersama kamu , maka ia akan bersama selain kamu".
Rujuk al-quran (47:38)

Akhir kata, semoga Allah menetapkan kita berada di atas jalan dakwah ini bersama jemaah yang kita yakini ini.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (2:286)

Sekian.
oleh : mun'aim idrus

Rujukan: MPI (ISMA)