Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

December 15, 2010

23 tahun HAMAS membawa obor perjuangan


Salam to all,



Tanggal 14 Dis 2010 merupakan tarikh sambutan ke-23 gerakan HAMAS. Sebuah gerakan yang sentiasa istiqamah membawa perjuangan mempertahankan bumi Palestin daripada penjajahan ISRAEL. Saya mula mengenali gerakan ini ketika mengikuti halaqah semasa di Matrik Perak. Ketika itu ikhwah UTP yang memberi pengisian sentiasa menceritakan tentang kejahatan zionis dan upaya mereka merosakkan umat islam dengan serangan pemikiran. Bahkan ikhwah sentiasa menceritakan tentang tokoh-tokoh HAMAS seperti sheikh ahmad yaasin, muhannad tahir dll. Kisah-kisah perjuangan mereka membuatkan saya semakin bersemangat untuk berubah menjadi muslim yang soleh dan dai yang bergerak. Masih teringat semasa kami mula berjinak-jinak untuk memboikot barangan israel. Memang agak susah pada peringkat awal. Kadang2 masa kat matriks saya x beli barang boikot, tapi bila balik rumah beli jugak. Namun semakin lama-semakin biasa dan akhirnya sampai sekrang masih lagi memboikot barangan israel.  

Saya, HAMAS dan PALESTIN


Saya mula mengambil berat soal palestin sejak mengikuti halaqah di matrik perak pada akhir tahun 2005. Masih segar dalam ingatan saya, setiap kali halaqah kami akan ada satu slot best, iaitu Akhbar Alam Islami. Dalam slot inilah setiap ikhwah akan berkongsi cerita/berita terkini umat islam seluruh dunia. Isu Palestin sentiasa menjadi berita yang utama dan panas. Ketika itu saya mendengar banyak cerita-cerita tentang kejahatan zionis membunuh, meroboh dan merampas harta saudara kita di Palestin. Semakin lama, semakin meluap dan merasa benci terhadap zionis semakin tinggi.  sehinggalah sekarang, saya masih lagi mengikuti berita-berita tentang Palestin bahkan saya juga mula aktif bersama-sama ikhwah-ikhwah di Sarawak ini memberi dan menyampaikan berita dan maklumat tentang isu Palestin kepada penduduk Sarawak bersama Aman Palestin Sarawak. Alhamdulillah Allah memberi kami peluang untuk sama-sama berjuang membantu Palestin,walaupun hanya kecil usaha ini dirasakan.


BOIKOT macam x berjaya je. Baik x yah buat.

  • umat islam banyak x faham. kita boikot sesebuah syarikat/barang bukan sebab dia israel, tetapi sebab dia sumbang duit kat zionis untuk bunuh ummat islam, maka itulah yang kita nak halang. 
  • bukan soal berjaya atau tidak boikot ini jatuhkan ekonomi israel. Soalnya kita ni bersaudara atau tidak? soalnya kita ni orang islam atau kafir? kalau  mengaku islam, mesti kena boikot. sebab mereka bunuh saudara kita. kalau jiran kita bunuh adik,ayah kita. rampas rumah kita, adakah kita masih nak berpura-pura x kisah? atau kita ni memang bodoh, pentingkan diri sendiri, buta, pekak dan x waras?



23 Tahun: Hamas Mengusung Obor Perlawanan


Damaskus – Infopalestina: Gerakan Perlawanan Islam Hamas menegaskan bahwa perlawanan adalah pilihan dan jalannya menuju kemenangan dan pembebasan. Jalan ini akan tetap menjadi projek senjatanya untuk melindungi al Quds, al Aqsha dan melindungi prinsip-prinsip nasional dan rakyat Palestina. Betapapun besarnya hambatan. Hamas menegaskan bahwa inilah alternatif konkrit bagi ilusi perundingan.

Hak Kembali dan Persatuan

Dalam pernyataan resmi yang dikeluarkan hari Selasa (14/12), berkenaan dengan peringatan 23 tahun berdirinya gerakan, Hamas kembali menegaskan janjinya kepada rakyat Palestina akan tetap berpegang teguh pada hak kembali rakyat, pembebasan seluruh tanah air Palestina dari penodaan penjajah Zionis dan pendirian negara Palestina dengan ibukota al Quds.

Hamas menegaskan bahwa al Quds adalah kebanggaan tanah Palestina dan kiblat pertama kaum muslimin. Hamas menolak melakukan tawar-menawar soal al Quds. Menurutnya, “Melindungi al Quds serta tempat-tempat suci Islam dan Kristen adalah adalah kewajiban nasional, Arab dan Islam. Bersama rakyat Palestina, kekuatan nasional dan Islam kami akan menghadang setiap upaya yahudisasi, pengusiran dan pengasingan warganya dan tokoh-tokoh nasionalnya.”

Hamas menegaskan sikapnya yang senantiasa berupaya mengembalikan persatuan nasional dan mengakhiri perpecahan serta merealisasikan rekonsiliasi pada landasan komitmen pada hak-hak dan prinsip-prinsip nasional, serta haknya dalam melakukan perlawanan sampai penjajah lenyap. Hamas menyerukan gerakan Fatah agar mendahulukan kepentingan nasional yang tinggi daripada kepentingan kelompok, bersama-sama bekerja untuk merealisasikan rekonsiliasi dan menolak campur tangan luar yang berusaha mempertahankan perpecahan demi kepentingan penjajah dan proyek-proyek permukimannya.

Hentikan Koordinasi Keamanan

Hamas menyerukan kelompok Oslo agar menghentikan perundingan sia-sia, berhenti dari bersandiwara di belakangan fatamorgana kompromi dan ilusi perundingan yang mandul, selanjutnya kembali ke pilihan perlawanan dan perjuangan. Karena hak-hak nasional Palestina hanya kembali dengan perlawanan dan jihad bukan dengan tunduk kepada pertolongan pihak luar.
Hamas menilai koordinasi keamanan antara dinas keamanan otoritas Abbas di Tepi Barat dengan pasukan Zionis Israel sebagai belati beracun di punggung rakyat Palestina. Untuk itu pihaknya menyerukan Mahmud Abbas agar mengambil keputusan berani segera menghentikan koordinasi ini, yang dinilai Hamas hanya membantu kepentingan Zionis Israel dan hanya merubah peran dinas keamanan secara konkrit dari melindungi rakyat Palestina berubah melindungi penjajah Zionis, serta merubah dinas keamanan ini sebagai alat di tangan musuh untuk memburu para pejuang perlawanan Palestina.

 Gerakan Hamas meminta Liga Arab menarik payung politiknya dari segala bentuk perundingan dengan Zionis Israel dan menarik inisiatif damai Arab, setelah terbukti berkali-kali dan berulang-ulang kesia-siaan perundingan serta keberpihakan dan persekongkolan pemerintah Amerika dengan penjajah Zionis dan proyek-proyek permukimannya.

Blokade dan Tahanan


Hamas menyerukan para pemimpin dan penguasa negara-negara Arab untuk segera bergerak membebaskan kepungan dzalim yang dilakukan terhadap warga Palestina di Jalur Gaza, yang didasarkan para keputusan-keputusan Liga Arab dan sebagai komitmen pada kewajiban agama dan kebangsaan terhadap isu Palestina.

Gerakan Hamas juga menegaskan bahwa masalah tahanan senantiasa hadir dalam benak dan pikirannya, bahkan menjadi prioritas nasional yang utama. “Kami tidak akan tenang sampai mereka dibebaskan dari penjara besi Zionis Israel,” tegasnya. Hamas menyatakan bahwa serdadu Israel yang disandera di Jalur Gaza, Gilad Shalit, tidak akan melihat cahaya selamanya kecuali melalui pertukaran sesuai dengan tuntutan perlawanan Palestina dengan pembebasan sebanyak mungkin tahanan Palestina dari penjara Zionis Israel. Menurutnya, Netanyahu dan pemerintahnya yang arogan bertanggung jawab penuh atas kacaunya pertukaran tahanan sampai sekarang. (asw).


Ikuti berita semasa Palestin di web site berikut
  • http://www.infopalestina.com
  • http://amanpalestin.net/
  • http://www.knrp.or
 website   boikot barang/sykt yg support zionis
  • http://www.inminds.com
sekian. terima kasih.

rujukan: 
http://www.infopalestina.com

Dakwah Kita adalah suatu amanah yang berat


Saya memetik kata-kata Imam Hasan Al Bana (semoga Allah merahmati beliau) dalam karyanya   " Antara semalam dan hari ini"
 
"Wahai saudara-saudara seIslamku, Allah menghendaki kita mewarisi peninggalan yang berat dengan bebanan tanggungjawab yang besar. Allah mahu sinar dakwah kamu ini menyinari segenap kegelapan. Allah telah memberi peluang kepada anda meninggikan kalimatNya dan syariatnya dengan mendirikan semula negara Islam yang baru. Firman Allah yang bermaksud;

"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang menolong (agamanya), sesungguhnya Allah benar-benar maha kuat lagi maha perkasa" (al-Hajj:40)

Semalam, alhamdulillah selesai beberapa perbincangan dengan ikhwah untuk menyelesaikan beberapa perancangan dakwah. Agak terasa sunyi kerana beberapa ikhwah tiada kerana masih bercuti di Semenanjung. Rasanya lebih sunyi bila teringat gurau senda Ustaz Nazri yang kini sudah berpindah ke KL. Namun kita semua insyaAllah tetap meneruskan kerja-kerja dakwah ini.  Kerana kita yakin ini adalah amanah dan tugas kita semua. Walau dimana sahaja kita berada, disitulah medan dakwah kita.  

Apabila berjauhan daripada PUSAT
 
Ada beberapa perkara yang ana belajar apabila kita berada di medan yang jauh daripada pusat Dakwah dan agak susah untuk dipantau oleh ikhwah;
  • harus mandiri (berdikari). Tetap dakwah di susun dan berjalan.
  • proaktif, dan tidak menunggu arahan semata-mata.
  • tidak menunggu pusat, sebaliknya kita yang perlu aktif melapor kepada pusat.
  • yang penting faham misi dan visi dakwah.
  • tarbiyah tzatiyah harus kuat.
  • jangan terputus komunikasi dengan ikhwah (zaman canggih skrg, hp,facebook dll)

Mesyuarat PEMBINA

Hujung minggu lepas, Alhamdulillah berkesempatan menghadiri syura PEMBINA. Kelihatan ikhwah dan akhwat sudah mula memahami dan dalam usaha mengaplikasikan rentak seni dakwah Thullab IPT. Sungguh indah apabila melihat mereka bersungguh-sungguh untuk melakukan sebuah perubahan dalam gerak kerja demi memastikan dakwah terus gencar. Mudah-mudahan tahun hadapan menjadi tahun kebangkitan dakwah ISMA yang insyaAllah yang digerakkan hasil 2 gabungan seni dakwah. Cukup indah semua ini. Semoga Allah sentiasa merahmati semua usaha-usaha dakwah ini.

Alhamdulillah kita sedang memahami bahawa sebenarnya matlamat kita dalam jalan dakwah dan usaha-usaha yang kita lakukan ini adalah sebenarnya telah jelas. Bukanlah kemasyuran, kekayaan, wanita dan dunia yang kita mahukan, melainkan kita ada tujuan yang lebih besar dari itu.

Bukan tujuan kita mahu menjadikan diri kita ahli ibadah semata-mata, atau seorang penceramah yang hebat semata-mata. Tetapi ingatlah kita 2 matlamat am yang utama iaitu;

a) Membebaskan tanahair Islam dari sebarang kuasa asing. Ini adalah hak semula jadi setiap insan dan tidak boleh ditolak kecuali orang zalim atau bersifat kuku besi.

b) Menegakkan sebuah negara Islam yang bebas mengamalkan undang-undang Islam, melaksanakan sistem Islam dalam masyarakat, mengiklankan prinsip-prinsipnya dan menyampaikan dakwahnya kepada manusia. Selagi ia tidak tertegak, seluruh umat Islam adalah berdosa dan bertanggungjawab di hadapan Allah 'azza wa jalla atas kecuaian dan kelemahan mereka. Menjadi suatu kezaliman kepada seluruh manusia dalam keadaan sekarang ini bila tertegaknya negara-negara yang berdiri atas prinsip-prinsip zalim dan melaungkan slogan-slogan jahat tetapi tidak ada di kalangan manusia ini orang yang berusaha untuk menegakkan sebuah negara yang hak, adil dan sejahtera. Kita mahu melaksanakan 2 matlamat ini di Lembah Nil, Negeri-negeri Arab dan di setiap bumi yang beraqidah Islam iaitu kerana agama, nasionaliti dan aqidah telah menyatukan seluruh mereka.

Teringat kata-kata  Akh Muhannad Tahir (Syuhada Palestin) ,

"Islam adalah agama yg hebat, ia hanya dapat dipikul oleh orang yang hebat, maka jadilah kamu orang yang hebat"

Sekian.terima kasih.

Oleh : mun'aim Idrus@mambi86

Rujukan: ANTARA SEMALAM DAN HARI INI. oleh: Imam As-syahid Hassan Al-Banna