Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

September 21, 2010

Takziah atas pemergian Ust. Dahlan, pengasas Haluan



Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bahagian sarawak ingin  merakamkan ucapan takziah kepada ahli-ahli keluarga Ustaz Dahlan Mohd Zain di atas pemergian beliau ke rahmatullah pada hari Sabtu, 18 September 2010, jam 9.55 pagi. Takziah juga buat Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) di atas pemergian Allahyarham yang juga merupakan pengasas HALUAN.
 
Saya masih ingat lagi, ketika masih menuntut dalam ijazah di UNIMAS. Sering kali saya mendengar nama beliau di sebut-sebut ketika dalam program - program dakwah sebagai antara salah seorang tokoh dakwah yang terkenal dengan kerja-kerja dakwahnya yang memberi impak besar dalam masyarakat. Malah, ketika saya sedang belajar ilmu dakwah dan tarbiyah dengan guru saya Dr Hizul dahulu, Dr selalu menceritakan tentang kebaikan-kebaikan Ust Dahlan  dalam membawa dakwah sehinggalah beliau menubuhkan Haluan yang sinonim dengan nama Ust. Dahlan. Malah saya juga meminati majalah Haluan yang diterbitkan oleh mereka. Sejak dahulu lagi apabila mendengar nama Ust Dahlan saya telah memasang impian agar dapat bertemu dengan beliau. Namun, nampaknya tidak kesempatan.

Sesungguhnya pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan yang amat besar buat umat Islam terutamanya di kalangan mereka yang bergiat dalam lapangan dakwah. Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga Allah SWT menempatkan roh beliau bersama para anbiya’, siddiqeen, syuhada’ dan solihin. Al-Fatihah.

Semoga kita juga dapat mengikuti jejak langkah beliau dalam menjadikan seluruh hidup ini untuk berdakwah sehinggalah nyawa terakhir. Sebuah seni kematian paling indah, mati dijalan dakwah. Allahuakbar!
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

rujukan : http://www.ismaweb.net/v4/perutusan-takziah-atas-pemergian-ustaz-dahlan-mohd-zain/