Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

September 5, 2010

10 hari terakhir Ramadhan

Pecutan akhir 10 malam terakhir Ramadhan

Firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr?  Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera)  malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Malam-malam yang kita lalui sungguh indah nilainya apabila dihiasi dengan amalan-amalan bernilai ibadah. segalanya kita lakukan hanya kerana Allah swt. Oh indahnya pemandangan di langit UNIMAS pada waktu tengah malam, bintang-bintang berkerlipan dengan sekali-sekala dibuai angin sejuk bumi kenyalang memang membahagiakan sesiapa sahaja yang bergelar manusia. Alhamdulillah kita telah diberi peluang sekali lagi untuk memasuki fasa terakhir di bulan ramadhan. Hari ini, kita bertekad untuk melipatgandakan amalan, bahkan memohon ampun setiap malam agar dijauhkan daripada azab api neraka. Semua orang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar malam lailatul Qadar, maka seandainya kita tidak menyertai mereka amatlah menghairankan kerana apakah ada lagi perkara yang lebih bernilai selain daripada mendapat keampunan daripada Allah swt dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya.  

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" (3:185) 

 Menurut Ust Halim, Mukmin sejati akan semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut  digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut  untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada  Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra.
 
Maka bagi kita para dai, mari rebut peluang ini, ber'tikaf dan menghidupkan malam dengan dzikir,tilawah,solat sunat dan amalan-amalan lain bernilai ibadah. Tidak lupa juga agar ikhwah dan akhwat mendoakan agar dakwah kita akan terus maju dan umat islam akan kembali bangkit di Malaysia dan dunia amnya.
 
Realiti di sekeliling kita

Dalam kesibukan kita mengejar malam terhebat Lailatul Qadar, ada juga kawan-kawan kita disibukkan dengan perkara sia-sia sehingga meninggalkan solat berjemaah, terawikh dan qiamullail, antara yang saya nampak ialah:
  1. main games komputer (DOTA, PS3,)
  2. menonton wayang (dipawagam/laptop)
  3. melayan facebook
  4. berdating (couple)
Sangat menyedihkan kerana fenomena ini berlaku di pusat kecermerlangan ILMU, Universiti atau menara gading di negara kita. Tidak dinafikan tidak semua mahasiswa terjebak. Tetapi majoriti mereka lalai dengan perkara-perkara sia-sia begini. Inilah kesan serangan pemikiran oleh musuh-musuh islam. Umat dalam bahaya!

Apa harus kita lakukan
  
Selalunya saya terus sahaja memegang bahu mereka dan mengajak untuk ke surau. Sekiranya mereka tidak mahu. Lantas saya terus memberi nasihat secara hikmah agar mengisi masa di bulan ramadhan ini dengan amal ibadah. Di sini selalunya saya berjumpa dengan sahabat yang leka bermain game komputer. Sedih rasanya bila diajak mereka sebut insyaAllah (tandanya x datang). Sebenarnya bagi para dai, ini adalah mad'u kita dan menuntut kita untuk memuhasabah diri sejauh mana kita telah berbuat untuk menyedarkan para pemuda islam agar bangkit dari kelalaian dan tidur. Bulan ramadhan adalah juga bulan untuk kita evaluasi usaha dakwah kita setahun yang lepas. Agar satu syawal nanti kita mendapat semangat baru untuk lebih menggandakan usaha dakwah. Ingatlah! Masih banyak kerja dakwah kita perlu lakukan dan ia akan semakin bertambah dari hari ke hari. justeru, kita memahami hanya jalan tarbiyah sahaja mampu membina satu generasi harapan ummat, meskipun ia jalan yang panjang dan penuh rintangan. Itulah sunnah perjuangan. Tidak ada kebangkitan dan kejayaan suatu umat, melainkan ia hadir setelah adanya pengorbanan dan kerja yang berterusan.

Firman Allah swt;
"Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (94:5-6)

Gembira rasanya

Apabila melihat golongan pemuda menghabiskan malam-malam terakhir ramadhan dengan ber'tikaf dan beribadah. Semoga kita juga tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang terpilih untuk mendapat malam lailatul qadar. Agar diampunkan dosa-dosa kita dan dikabulkan segala impian dan cita-cita mulia kita.


Buat ikhwah dan akhwat, Selamat beri'tikaf dan beramal soleh.

mambi86