Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

August 30, 2010

Merdeka yang saya impikan?


Menjelang sambutan kemerdekaan,
aku adalah seorang pemuda berbangsa melayu
aku juga adalah seorang pemuda  islam,
aku adalah bangsa melayu yang hebat dan aku mulia kerana agama islam,
apa erti merdeka dalam hidupku?
aku hanya mahu melihat bangsaku kembali mulia dengan islam,
aku tidak sanggup lagi melihat bangsaku hina di tanah sendiri,
aku sudah bosan dengan perpecahan bangsaku,
aku sangat sedih melihat bangsaku rosak akhlaknya, rosak moralnya,
aku risau melihat bangsaku merempat di negara sendiri,
aku bimbang bangsaku hilang jatidirinya,
aku hairan bangsaku sudah takut mengaku dirinya adalah melayu, apatahlagi sebagai islam,
aku mahukan islam kembali menyatukan bangsaku, agar islam kembali berdaulat,


aku mengimpikan sebuah kehidupan yang penuh rahmat,
bangsaku kembali bersatu dan kuat,
Islam kembali berdaulat dan dihormati,
para pemuda dan pemudi bangsaku beraklak mulia dan merdeka jiwanya,
aku mahukan pemuda dan pemudi bangsaku bangkit dari tidur dan kelalaian,
menjadi hebat dan bertaqwa,
semua orang bahagia dan saling menghormati,
tiada lagi kata-kata benci, tiada lagi ayat-ayat fitnah,
aku mahukan semua pemimpin menjadi contoh kepada kami golongan muda,
agar dapat kami ikuti jalan mereka yang membawa kepada keredhaan Tuhan,
aku juga mahukan golongan agama kembali bersuara tegas, agar islam terpelihara maruahnya,


aku tidak mahu sambutan merdeka itu hanya slogan-slogan kosong,
dilaungkan hanya sekadar di bibir, tetapi aku mahu jiwa yang benar-benar merdeka,
jiwa-jiwa yang penuh dengan jati diri melayu dan islamnya, tersenyum megah penuh
bangga dan disegani oleh kaum lain.
aku mahu kaumku menjadi pemimpin yang kuat dan adil.
aku mahu merasai kehangatan cinta yang suci dan agung yang Tuhan ajarkan dalam ayat sepuluh surah al Hujurat,
aku mahu kaumku kembali kepada islam sepenuhnya, kerana hanya itu jalan untuk kembali mulia dan merdeka.

Kebangkitan bangsaku melayu bukanlah asabiyah jahiliyah yang ku maksudkan,
tetapi ia adalah kebangkitan yang membawa keadilan islam,
keadilan itu mengembalikan hak semua kaum dan bangsa,
Islam yang telah membawa kebahagiaan kepada rakyat Eropah, Andalus, Turki, dan negara arab suatu masa dahulu,
disinilah kita akan semai kembali dan pupuk dalam jiwa umat islam semuanya,
kerana islam itu adalah islam yang syumul yang  membawa rahmat kepada negaraku, Malaysia tercinta.

merdeka! merdeka! merdeka!

Aku hanya mahu bangsa melayu kembali sepakat, agar islam kembali berdaulat.

merdeka ini, aku berjanji dalam diriku. Untuk aku membantu bangsaku dan agamaku agar kembali merdeka dan mulia.
Aku mahu meneruskan langkah-langkah suci  Burhanuddin El Helmi, Syeikh Syed Al Hadi dan lain-lain ulama  untuk memartabatkan bangsa Melayu dan islam
Agar bebas merdeka
seperti burung hud-hud yang terbang melata di bumi Allah, terbang dengan membawa jatidirinya sebagai makhluk yang beriman dan pendakwah.

Ramadhan Kareem!!

yang benar,
mambi
kota samarahan, sarawak.