Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

August 12, 2010

Cinta terus bersemi : JKP ISMA ziarahi akhi Aizam

Terima kasih kepada JKP ISMA kerana telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan derma daripada semua ikhwah dan akhwat seluruh Malaysia.

 gambar 1: saudara hafidz (isma sarawak), Ust Mad, akhi Aizam dan Ust wan.

Dua orang ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) ISMA iaitu Ustaz Mohamad Ismail dan Ustaz Wan Hisham Wan Embong daripada Sekretariat Dakwah & Sosial ISMA baru-baru ini telah mengadakan kunjungan ziarah ke atas seorang aktivis ISMA di Sarawak, saudara Nuraizam bin Idris.

Saudara Nuraizam kini sedang terlantar di Hospital Umum Sarawak setelah terlibat dalam satu kemalangan pada 18 Julai 2010 yang lepas. Beliau merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Sebagai tanda keprihatinan dan bantuan bagi meringankan ujian yang menimpa saudara Nuraizam dan keluarga, Ustaz Mohamad juga telah menyampaikan sedikit sumbangan yang diperolehi menerusi kempen derma kilat di kalangan ahli-ahli ISMA.

ISMAWeb mendoakan agar Saudara Nuraizam dan seluruh keluarga mereka dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini. Didoakan juga semoga beliau akan segera sembuh dan dapat meneruskan amal-amal dakwah dengan lebih bersemangat insya Allah.

Saudara Nuraizam boleh dihubungi di talian      013-8254023     atau   013-8073201  

Pembedahan telah berjaya dilaksanakan pada Isnin   9 Ogos 2010

Alhamdulillah, pembedahan telah berjaya dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar Hospital Umum Sarawak dalam masa lebih kurang 4 jam setengah. Sekarang ini akhi Aizam masih lagi lemah dan di kawal rapi oleh kakitangan Hospital selepas menjalani pembedahan yang penting itu. Beliau kehilangan banyak darah dan tekanan darah lemah selepas pembedahan. Semoga beliau cepat sembuh dan kembali cergas . 
Syukur kpd Allah swt diatas segala bantuan dan kasih sayang-Mu.


sekian. mambi86.