June 30, 2010

Panji Kebaikan


Dakwah bisa dilakukan tanpa bendera...tetapi zaman kini..betapa banyak bendera jahiliyah diangkat dan dilaungkan setinggi-tingginya. Maka perhatian manussia lalu tertumpu padanya meskipun ia membawa kepada kelalaian dan dosa serta maksiat.

 Dakwah zaman kini, menghadapi cabaran amat kuat kerana tentangan unsur serangan pemikiran kepada umat islam. Para pendakwah seharusnya sudah boleh menerima konsep dakwah dengan nama, atau lebih tepat lagi dakwah yang dibawa harus dikenali oleh masyarakat.

Dakwah secara underground kini dilihat sudah kurang relevan kerana masyarakat sudah mula intelek dan memerlukan kepada fakta dan hujah serta nama. Begitu juga dalam menyeru kepada Islam, nama jemaah sebagai sarana adalah amat penting dalam usaha menarik perhatian masyarakat. Jika tidak, kita akan kalah kepada jahiliyah. Bahkan boleh dicop sebagai jemaah tanpa nama. lagi bahaya dicop sebagai sesat dan ekstrem.  Sebagai contoh isu JI dan pengganas yang merupakan propaganda barat dalam menyekat pergerakan islam dan kebangkitannya.



Kibarkan Panji Kebaikan

Di dalam sebuah buku bertajuk "Al-Munthalaq" Karangan : Muhammad Ahmad al- Rasyid. Beliau mengatakan.
"Tetapi, bagaimanakah tajammu’ umat Islam dapat berlaku tanpa ada seseorang yang baik memulakannya?
Perlu ada yang memulakannya.. kadangkala dengan takbir yang menyedarkan. Kadangkala pula dengan nyalaan api yang menarik perhatian. Adakalanya pula dengan mengibarkan bendera kebaikan yang dapat dilihat oleh orang yang baik, lalu mereka berkumpul di sekelilingnya. 

Apa yang kurang pada umat Islam hari ini ialah bendera dan panji ini. Bilangan mereka sudah ramai, pengetahuan mereka tinggi, imej tinggi tetapi perpecahan dan hampasnya mereka telah melemahkan mereka. Abdul Wahab Azam Rahimahullah telah melawat sebahagian besar dunia Islam. Beliau telah menjelajah dunia Arab, Turki, India, Pakistan dan lain-lain
untuk mengkaji realiti umat Islam dari dekat. Akhir beliau membuat kesimpulan bahawa umat Islam tidak kekurangan apa-apa, kecuali perpaduan. Lalu beliau memanggil umat Islam yang baik-baik:


“Janganlah kamu merasa tertipu dengan kerosakan yang zahir dan kejahatan yang melata di sana-sini di antara umat Islam. Janganlah kamu gentar mendengar berita si polan itu dan si polan ini adalah puak rosak dan merosakkan. Sesungguhnya terdapat ramai lagi umat Islam yang baik tetapi kamu anggap mereka orang jahat. Tetapi, golongan jahat mengibarkan panji mereka lalu orang yang jahat dan pengikut mereka berhimpun di bawahnya naungannya. Golongan yang baik lalu lari, tidak bersama-sama golongan jahat ini dan suara mereka tidak kedengaran. Sekiranya panji kebaikan dikibarkan, tentu mereka yang baik-baik itu berkumpul di bawahnya. Golongan jahat tentu akan diam dan mereka tidak akan glamour lagi."

Seandainya jika mengangkat bendera dan mengibarkannya dianggap taasub dan fanatik. Maka itulah salah faham dan perasaan yang harus dihindari. Sebaliknya saling menghormati dan berlapang dada serta bekerja sama dalam hal-hal yang disepakati adalah yang seharusnya menjadi akhlak semua umat islam. keberadaan berbagai jemaah bukanlah untuk saling memburuk-burukkan, menabur fitnah dan sebagainya. Namun yang bisa wujud sebenarnya ialah saling berlumba-lumba dalam kebaikan dan ketaqwaan. Maka kebangkitan islam akan bisa dibangun dengan kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh semua jemaah. wake-up!

"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. " [2:148]



Wallahu A’lam.

rujukan: "Al-Munthalaq" , Muhammad Ahmad al- Rasyid.

hakcipta terpelihara@mambi86