Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

June 24, 2010

beli Motor baru RM4000


 Gambar 1:  Mohamet tengah fikir, nak beli ke tak nak motor ni.23jun2010

 Semalam, menemankan seorang kawan baru beli motor baru, dia merupakan pelajar dari turki yang akan megambil jurusan bisnes/ekonomi di UNIMAS. Semasa awal perkenalan dengan dia adalah di surau kolej alamanda. ketika itu ingatkan dia orang arab saudi, rupa-rupanya bila taaruf, dia asal turki, mak dia orang arab. namanye mohamet shahabattin.

Banyak cerita ana dapat tentang turki daripada dia. Terutama tentang Erdogan. Memang bagus dan dia juga antara orang yang menyokong Erdogan. Dia kata, seronok duduk Malaysia sebab harga minyak murah, makan murah, sewa kolej murah, muslimah boleh bebas pakai tudung, senang nak cari masjid untuk sembahyang dan agama islam begitu hidup dan nampak diamalkan di sini.
Berbanding negara Turki, dia kata sekular begitu kuat, sehingga Islam begitu asing di sana. bahkan di universiti, tidak boleh pakai tudung.

Satu lagi ana begitu malu apabila dia tegur perempuan islam kita. dia kata , pelik perempuan muslim malaysia ni,ramai  pakai tudung, tapi pakai seluar ketat. aduh!! ana jawab je..depa ikut budaya barat, semua ni pengaruh media massa.  Dia kata kalau kat Turki, semua perempuan muslim yang pakai tudung, tidak pakai seluar ketat, mereka akan pakai seluar longgar atau jubah labuh.

Dia ni banyak duit, sebab ayah dia seorang pedagang batu marmar Turki. So, semalam dia bawa cash RM4500 nak beli motor. Ana cadang dia beli motor Hond Wave. Tawar-punyer tawar dengan tokei kedai dari harga asal RM4500, dapat kurang RM4000. Alhamdulillah. 

Gambar 1: bergambar depan motor yg baru beli. mohamet yg tgh, yg kiri skali tokey kedai (senyum dia dapat duit cash) 23jun2010

Satu lagi, untuk pengetahuan antum, nenek dia merupakan antara salah seorang sukarelawan yang mengikuti ekspedisi Gaza flotilla, menaiki kapal Marvi Marvara. kagum dibuatnya. Nenek dia antara aktivis Turki yang kuat memperjuangkan Palestin. Hebat. dia ni kiranya antara pemuda yang mendapat sentuhan tarbiyah parti AKP. Soleh dan baik orangnya. Mudah-mudahan ukhwah kami terus bertaut. Dia ada ajak pi rumah dia di Turki, tapi kos kapal terbang sahaja dalam RM2000 ke atas. Mahhal tu...maknanya..kirim salam je la buat masa ni  ..he..he..


akhir kata, sekadar perkongsian bersama. 

"Bangkitlah menjadi orang yang hebat "
mambi86@hakcipta terpelihara.