May 22, 2010

ketika cinta berbunga

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha  Penyayang,

Minggu lepas turun ke KL memberi banyak erti dalam hidup ini. Pertemuan dengan sahabat-sahabat yang masih istiqamah dalam perjuangan memberi semangat baru dalam diri.
 Daripada pembentangan Multinas,  kita sedar bahawa masih panjang lagi jalan yang kita pilih ini. Masih ada perkara-perkara belum selesai yang kita perlu secara bersama memberi masukan dan idea secara telus dan berterus terang. Melalui saluran yang ada, kita mesti pastikan segala masalah dihadapi diselesaikan secara bersama. InsyaAllah dapat diselesaikan. Satu perkara ana teringat,

 Prestasi masa lalu bukanlah penentu kejayaan dakwah esok hari. Apa yang kita buat hari inilah penentu dakwah kejayaan dakwah ini hari esok. 


"Kejayaan dakwah di masa depan, ditentukan oleh tindakan dan amal gerak kerja  kita sekarang, bukan bersandarkan prestasi masa lalu. Jangan terlena dan terbuai dengan kejayaan masa lalu, sehingga membuatkan kita rasa senang dan jadi lambat dalam gerak kerja."

Tahniah diucapkan kepada semua ikhwah dan akhwat yang sudah bekerja bersungguh-sungguh demi memastikan tarbiyah dan dakwah berjalan sepanjang semester lepas. Segala pengorbanan pasti Allah SWT membalas-Nya dengan pahala berganda. Amin.

Seterusnya semoga Allah memberi peluang sekali lagi untuk kita beramal dakwah  bagi semester depan. Mari tanamkan azam untuk bersungguh-sungguh berdakwah mulai saat ini dan seterusnya. Yakinlah setiap harta, setiap detik masa dan setiap buah fikir yg kita curahkan pasti Allah membalasnya.

Kata Imam Hasan al-Banna (Dakwatuna): “Dakwah ini tidak menerima kompromi kerana dakwah ini adalah satu. Orang yang menerima dakwah ini akan hidup bersama dakwah dan dakwah ini akan hidup bersamanya. Orang yang tidak bersedia menanggung tanggungjawab ini akan kehilangan ganjaran para mujahid dan berada sebaris di barisan orang-orang yang tercicir bersama orang yang berpeluk tubuh. Justeru Allah akan menggantikan mereka dengan orang lain yang akan mendukung dakwah ini.

Selanjutnya pulang ke KL pastinya ana tidak akan sia-siakan waktu yang ada untuk menziarahi bonda tercinta. walau sekejap dapat menatap wajahnya itu sudah cukup rasanya. Pulang ke Wangsa Maju pada pukul 11 pm ahad malam dan kembali ke airport pukul 12 Tgh esoknya memang sangat singkat waktunya. Tetapi begitulah tarbiyah islamiyah ini mengajarkan kita bahawa redha ibu ayah itu sangat penting. Alhamdulillah segalanya sihat termasuk abah. Alhamdulillah dari wajah bonda ternyata beliau gembira dengan kunjungan singkat anakandanya ini.Bonda sangat merindui anakanda dari sambutannya, begitu juga anakanda yang kesunyian ini. merindukan bonda yang sangat hebat dan sangat berjasa dalam hidup ini. Dari titik perpisahan, sempat mencium dahi bonda memberi rasa tenang dan bahagia dalam diri ini. Semoga selagi ada hayat, kita semua dapat berbakti dan membalas jasa bonda. Walau kita dipisahkan oleh laut cina selatan, tetapi hati kita sentiasa dekat selagi kita dekat dengan Allah SWT. Begitulah nasihat bonda.


dan minggu ini dan minggu seterusnya perkhabaran gembira juga , sahabat2 seperjuangan bakal mendirikan bahtera kebahagiaan berturut-turut datang menyinggah nampaknya. Alhamdulillah kami semua tumpang gembira dengan khabar manis ini. Kepada akh alif, akh hisyam dan akh zainizam semoga perkahwinan antum diberkati dan diberkahi Allah SWT. Beginilah suratan takdir Allah yang kita yakin akan menambahkan lagi bilangan baitul muslim di bumi malaysia ini.

Tak lupa juga kepada akh ghafar semoga cepat sembuh daripada kecederaan tulang belakang akibat kemalangan yang menimpa semasa dalam perjalanan ke Halaqah. Mudah-mudahan Allah mengampunkan segala dosa dan meninggikan darjat antum di sisi-Nya dengan ujian ini. Amin.
salam penuh cinta,buat kamu yang aku cintai
dari hamba Allah
mambi