Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

April 8, 2010

Anwar Ibrahim : Perisik Israel Wujud Dalam PDRM

Anwar Ungkap Ada Agen Zionis di Markas POLIS Malaysia



Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM). Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman. Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu. Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel. Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing. 


Bahaya!!! Bahaya!!!! 
 apa akan jadi kalau semua maklumat negara terlepas ke tangan zionis????



Bukti APCO Zionis Dan Anti-Islam


Laman web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan “strategi komunikasi” dan “membina imej” negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata – mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu. ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yang berkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet – David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth – anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan – termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Tidak membimbangkan ke, Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?
Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng – seorang bekas polis Singapura. Continue reading ‘Bukti APCO Zionis Dan Anti-Islam’


Rakyat tak redha kerajaan bersama Apco, zionis-Israel
Dzulfikar Mashoor  

KUALA LUMPUR, 7 April: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Rami (gambar) berkata, rakyat tidak meredai kerajaan Umno/BN yang menggunakan dana rakyat untuk membayar khidmat rundingan komunikasi pada firma perunding antarabangsa Apco Worldwide kerana firma tersebut dikaitkan dengan jaringan zionis-Israel.

"Kita sebagai rakyat Malaysia tidak reda dengan apa jua hubungan (kerajaan) sama ada langsung atau tidak yang membabitkan zionis-Israel.

"Mengapa perlu (Bajet) Tambahan sebanyak RM28,350,000 untuk membiayai projek Global Strategic Communications Campaign antara Kerajaan Malaysia dengan FBC Media (UK) Limited bagi tahun 2009," ujar beliau sambil menunjukkan dokumen rasmi kerajaan berkaitan Bajet Tambahan di Dewan Rakyat malam tadi.

Berdasarkan salinan dokumen sulit Apco Worldwide sendiri, beliau mempersoalkan transaksi kerajaan dengan FBC Media (UK) Limited yang dibuat pada pertengahan tahun 2008 lagi.

Beliau yang juga Bendahari PAS Pusat berkata, transaksi yang bernilai USD70 ribu tersebut turut membabitkan Apco World yang berpangkalan di United Kingdom kerana Apco merupakan firma bersama FBC Media (UK) Limited.

Berdasarkan dokumen transaksi yang membabitkan FBC Media itu, menurut beliau, sekaligus menjelaskan kepada rakyat bahawa hubungan tidak langsung kerajaan dengan firma pro zionis-Israel itu dibuat sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak dimahsyurkan sebagai Perdana Menteri lagi.

Implisitnya, Dr Hatta mendesak Dewan Rakyat supaya menolak Bajet Tambahan kerana dengan berbuat demikian menghalang kerajaan menggadaikan kedaulatan negara secara tidak langsung pada pengaruh zionis-Israel.

Menyambut desakan Dr Hatta itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa Majlis Raja-Raja Malaysia mengadakan mesyuarat tergempar menggagalkan tindak-tanduk Umno/BN tersebut.

Ini kerana, menurut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Mesyuarat Raja-Raja Melayu yang dijadualkan pada Jun depan dianggap lewat sedangkan inisiatif meluluskan Bajet Tambahan tersebut seolah-olah mempercepatkan kedaulatan negara dan Raja-Raja Melayu digadaikan secara tidak langsung kepada firma pro zionis-Israel.

mari kita menyeru kepada semua pemimpin kerajaan agar menjawab isu ini demi keselamatan negara Malaysia tercinta...

sebagai rakyat biasa..wahai pemimpin yang kami lantik..
selamatkan Malaysia daripada kejahatan Yahudi!!!


sumber: 
http://anwaribrahimblog.com
http://www.harakahdaily.net