Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

March 22, 2010

TARBIYAH dan PALESTIN


Tarbiyah ini seharusnya menjadikan ikhwah dan akhwat sentiasa haus  mengerjakan amal kebaikan. Sentiasa dahaga mencari ruang dan peluang untuk membantu ikhwah dan akhwat yang dalam kesusahan.

Bukan sahaja prihatin akan kesusahan saudaranya bahkan prihatin akan isu-isu umat islam seluruh dunia. Khususnya permasalahan palestin.



kisah pertama,
Suatu kisah di Mesir. Seorang ikhwah datang lewat ke usrah. Diketahui sebabnya kerana basikalnya telah dijual untuk diinfaqkan buat dakwah.  Tahukah antum kesinambungan kisah ini?  Sebenarnya selepas hari itu, ikhwah telah kumpul duit lalu membelikan basikal yang baru buat ikhwah tadi.Subhanallah. begitulah hidup nilai ukhwah di sana.



 kisah kedua.
Di Indonesia.seorang ikhwah dari malaysia yang belajar di sana. sudah punya anak dan isteri. Suatu saat dia dilanda kesusahan. tiada wang ketika krisis suharto. Ikhwah ini kemudiannya meluahkan kepada murabbinya akan bebanan yang ditanggungnya dengan niat bukan untuk mendapatkan simpati . Cuma kerana dia merasa perlukan seseorang untuk dikongsi deritanya. Itu sahaja maksudnya. Tiba-tiba suatu malam, Ramai ikhwah sehalaqahnya datang ziarah lalu ketika pulang, mereka menghulurkan sebuah sampul surat. Bila dibuka, ternyata wang RM550. Tahukah antum ikhwah kita ketika itu hanya punya RM 5- 7 sahaja katanya. Peristiwa itu benar-benar memberi kesan terhadap ikhwah itu. Rasa terharu dan sehingga ke hari ini dia masih teringat akan saat manis itu. baginya bukanlah wang yang utama. Cuma rasa nikmat ukhwah itu terlalu manis dari madu rasanya dan lebih mahal dari emas dalam hidupnya.


Inilah yang ingin kita hidupkan. suasana ukhwah itu hadir dan mewarnai kehidupan kita. Sesiapa sahaja yang memasuki dunia tarbiyah dia akan merasai nikmat ukhwah islamiyah itu. 

Saudara kita di palestin umpamanya, mereka tidak pun mengharapkan kita pergi ke sana dan berjihad di sana. Kerana  hakikatnya sememangnya kita tidak mampu. Mereka hanya mahu kita prihatin, menunjukkan rasa sokongan, mendoakan mereka, menyisihkan sebahagian sahaja harta kita untuk bekalan jihad mereka. Mereka mengharapkan kita menyebarkan perkembangan perjuangan mereka kepada saudara kita. Mereka mahu kita membantu mereka  dalam usaha memberitahukan kepada umat islam bahawa al-Aqsa dalam bahaya.  Tanah palestin telah terjajah.

"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap
Allah, supaya kamu mendapat rahmat." (49:10)



 Ayuh!! membangkitkan kembali ruh persaudaraan islam yang merentasi sempadan jarak dan tempat.