February 10, 2010

Ada Apa dengan Usrah/Halaqah

KANDUNGAN USRAH


Apakah yang perlu dilakukan dalam setiap pertemuan mingguan usrah yang menepati maksud, rukun dan peringatan di atas? Jawapannya mudah: kita mempunyai banyak kewajipan sedangkan masa kita terlalu sedikit. Oleh itu pertemuan mingguan hendaklah dipenuhkan dengan perkara-perkara yang berikut:


Ø         Membentangkan kesulitan/masalah/kemusykilan
Setiap anggota membentangkan kesulitan masing-masing. Bagi perhatian terhadap kesulitan yang diluahkan oleh rakan kita dan berusahalah mengatasinya. Lakukan hal ini dalam suasana ukhuwwah sejati dan dengan niat kerana Allah. Dengan demikian daapatlah diperkuatkan lagi asas saling percaya mempercayai dan tali hubungan ukhuwwah dapat diperkukuhkan.


Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermkasud, Orang Mukmin itu cermin bagi saudaranya. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam lagi yang bermaksud, Perbandingan orang mukmin dalam erti kata timbang rasa simpati mereka adalah laksana badan yang satu, iaitu apabila mana-mana anggota mengadukan hal, turut menangguhkan seluruh anggota badan dengan berjaga malam dan merasai demam.



Ø         Bermuzakarah

      Anggota usrah hendaklah bermuzakarah iaitu bertukar-tukar fikiran dalam urusan Islam. Teliti risalah yang diedarkan oleh pucuk pimpinan kepada seluruh cawangan usrah. Elakkan pertengkaran atau bertikam lidah kerana semuanya itu adalah haram menurut undang-undang usrah. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar batas sopan santun yang sempurna dan dengan cara harga-menghargai buah fikiran yang datang daripada semua pihak dalam muzakarah itu. Apabila hendak ditutup satu-satu perbincangan, atau hendak dibuat keputusan mengenai apa-apa cadangan, atau hendak diberi penjelasan lanjut mengenai cadangan yang hendak ditimbangkan, maka perkara itu hendaklah diserahkan kepada naqib supaya beliau lebih sempat terlebih dahulu mengemukakan kepada pucuk pimpinan.

Jangan buat keputusan dengan cara terburu-buru. Allah mencela ummat manusia yang bersikap terburu-buru dengan firmanNya yang bermaksud: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu perkara tentang keamanan atau ketakutan maka mereka pun terus mencanangkannya. Setelah  Allah Subhaanahu wa Taaala mencela mereka yang berperangai begitu maka Allah tunjukkan pula apa-apa yang mesti dilakukan apabila tersua dengan suasan seperti itu dengan firmaNya yang bermaksud: Kalaulah mereka kembali kepada Rasul dan pihak berkuasa antara mereka sendiri nescaya orang-orang yang menimbangkannya itu mengetahui hakikatnya

Ø         Kajian buku


Adakan studi (penilitian) terhadap sebuah kitab yang bermutu. Jelmakan studi dalam kehidupan harian walaupun hanya sekadar mengamalkan bermuka manis. Panduan daripada buku boleh disampaikan dalam taklimat sesuatu projek seperti menziarahi orang sakit, menolong orang-orang yang berhajat (walaupun sekadar dengan kata0kata yang baik), mencari dan bertanyakan hal tentang bebanan anggota yang terputus rezeki. Semua itu dapat mengukuhkan algi tali ukhuwwah dan melipatgandakan perasaan kasih sayang dalam hati masing-masing

Ø         Aktiviti sokongan





Untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama sendiri, kita hendaklah mengadakan rehlah, lawatan, aktiviti lasak seperti mendayung sampan, main bowling, renang dan berbasikal. Kita hendaklah mengadakan aktiviti khusus seperti berpuasa (seminggu sekali atau dua kali), solat subuh berjamaah dan qiyamullail.