January 24, 2010

perasaan ini terhadap ummat

Ya Allah, semalam jiwa ini perlahan melangkah dan memerhati jiwa-jiwa sekitarku. sayu dan sedih hatiku..melihat umatmu . mengapa mereka sudah hilang identiti islam yang mulia. bILA merenung ke sejadah cinta yang mulia. mengapa satu saff pun tidak penuh? mengapa di bawah sana penuh?

Apa yang telah kita lakukan selama ini? Adakah ini semua kerana lemahnya usaha dan iman kami selama ini. sehingga kami tidak dapat membawa cahaya-Mu menerangi alam kerdil ini.

jiwa-jiwa hebat itu, masih tidur nyenyak. Harus, bagaimana aku mengejutkan mereka. Api kian marak. sahabat-sahabatku yang lain juga bingkas bangun dan cuba mengejutkan. ternyata ada yang bangun. tetapi sikitnya mereka.

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (66:6)

jauh dalam aku renungi. Bukankah gelap itu tiada daya. Apabila cahaya datang, pasti alam ini akan diterangi. Ibarat sebatang lilin yang ibuku beri. ia diletakkan di dalam bilik yang gelap. bilik itu banyaknya jiwa-jiwa mati. lalu jiwasuci itu ambil pencucuh api, perlahan-lahan ia menyalakan lilin. Sekejap sahaja cahaya lilin bersinar dan menerangi bilik yang gelap itu.

" Hai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(57:28)

Begitulah dakwah seharusnya,maknanya harus kita giatkan usaha lagi. Kerana dakwah itu bila dilakukan semaksimal mungkin, pasti bila kebenaran itu datang, kebatilan akan lenyap.

"Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gulita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.(24:40)

"Katakanlah: "Kebenaran telah datang dan yang batil itu tidak akan memulai dan tidak (pula) akan mengulangi[1246]." (34:49)

[1246]. Maksudnya ialah apabila kebenaran sudah datang maka kebatilan akan hancur binasa dan tidak dapat berbuat sesuatu untuk melawan dan meruntuhkan kebenaran itu.