January 6, 2010

tanda-tanda dekatnya kiamat



Salam, ikhwah/akhwat semua.
hari ini ana petik salah satu part dalam hadits arbain kedua riwayat ibnu umar tentang hari kiamat.

Dia berkata, “Khabarkan kepadaku tentang hari kiamat?”

Beliau bersabda, “Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui dari yang bertanya.”

Dia berkata, “Kalau begitu, khabarkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya?”

Beliau bersabda, “Budak wanita akan melahirkan tuannya, dan engkau akan melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang lagi miskin, para penggembala kambing saling berlomba-lomba membuat bangunan yang tinggi.”

Dia berkata, “Kemudian orang itu pergi. Lalu aku tidak bertemu (dengan Rasullah) beberapa waktu.

Kemudian Rasulullah berkata kepadaku, “Ya ‘Umar, tahukah engkau siapa yang bertanya tadi?”

Aku menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”

Rasulullah bersabda, “Dia adalah Jibril, dia datang kepada kalian untuk mengajarkan urusan agama kepada kalian.” (HR. Muslim)

wahai ikhwah dan akhwat,

berdasarkan hadits ini..ada satu part Nabi sebut tentang tanda-tanda kiamat. Orang berlumba-lumba membina bangunan tinggi. kalau kita baca berita minggu lepas. sekarang ni telah dirasmikan sebuah bangunan tertinggi di dunia....itulah....Burj Khalifa di dubai...zaman dahulu kan pak arab ni semuanya miskin-miskin sahaja..dan pengembala kambing. Nah sekarang mereka dok buat bangunan paling tinggi pulak. dasyat.. tapi yang tak bestnya depa pun banyak hutang la.. inilah bukti tanda-tanda dekatnya kiamat. sekarang benarlah kata-kata Nabi saw.

bangunan tertinggi di dunia ini baru sahaja di buka pada 4 jan 2010. walaupun hakikatnya negara Dubai ni terbelit dengan hutang million dolar AS. Aduh! banyak tu...