Followers

December 2, 2010

Sebiru hari Ini

Hari yang Sunyi kembali ceria

Suasana subuh yang dingin menyegarkan sesiapa sahaja yang bangun awal. Indahnya pagi ini, kabus tebal tiba2 menguasai ruang memulakan hidupnya dengan menyembah Allah swt yang Maha Esa. Hari ini aku bangun dan baru terasa dan sedar bahawa 2 orang ikhwah telah kembali ke semenanjung semalam. Bukan aku yang balik rupanya, tetapi mereka.

Ikhwah yang istimewa dalam hidupku. Selalunya dalam hidup ini, apabila aku merasakan manisnya ukhwah, maka tiba-tiba mereka akan pergi jauh. Walau hanya berpisah tempat. Terasa sunyi dan sepi menguasai diriku apabila kembali ke Kolej Allamanda. Sebaik membuka laptopku, terpapar tarikh di skrin 2/12/2010. Tidak sangka rupanya sudah 5 tahun aku berada di Bumi Sarawak. Bumi yang subur dan nyaman buat sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki di sini.

Saat sayup memandang ke luar jendela sambil melayan hembusan angin cinta tasik UNIMAS, teringat kata-kata Ustaz Nazri pada malam jamuan perpisahan,

"Ana belum puas berdakwah di sarawak, terasa sangat sedikit kerja-kerja dakwah yang ana lakukan selama berada di sini".

Dari jendela tingkapku, aku merenung melihat tangki air UNIMAS masih teguh berdiri menampung beban yang berat. Aku tertanya-tanya, apakah rahsia tangki air itu, sehingga boleh kukuh berdiri menampung beban yang berat itu. Sedang aku, hari ini terasa lemah dan beban. Selalunya apabila rasa lemah menguasai diriku, aku akan segera mencari jalan agar motivasi diriku kembali utuh. Bangkit dari kelemahan menjadi hebat! Agar tidak melemahkan motivasi dan semangat ikhwah lain.

Aku dan kamu yang membaca artikel ini ingin menjadi seperti sebuah bangunan yang kukuh, seperti menara tangki air yang kukuh. Menyalurkan air buat semua warga UNIMAS. Menjadi orang yang memberi manfaat buat ummat. Agar ummat kembali bangkit menjadi hebat dengan ISLAM. Ya, setiap hari terus memberi dan terus memberi tanpa meminta balasan. Segalanya demi redha Allah swt.

Ini kerana hidup mesti diteruskan. Aku dan kamu harus memahami tidak pernah ada pertemuan yang tidak ada perpisahan di dunia ini. 

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. " (3:139)
  • Buat Ust Nazri jzk atas segala tunjuk ajar dan bimbingan selama ini. Syukur kepada Allah swt kerana mempertemukan kita di Bumi Sarawak. Bumi cinta dan dakwah.  
  • Buat akhi ibrahim, selamat menempuh medan baru, alam baru yang lebih mencabar. terus istiqamah dalam dakwah dan tarbiyah.
video

Apa yang ana peroleh bersama Ust Nazri
  • Dakwah adalah core bisnes hidup kita, kedua baru pekerjaan kita.
  • Dimana sahaja kita diletakkan, disitulah tempat dakwah kita. Walau kita seorang sahaja. 
  • Kalau kita berada jauh dari ikhwah, kita kena usaha menghubungi ikhwah dan hadiri program dakwah.
  • selain dakwah di IPT, dakwah ke Masyarakat adalah sangat penting kerana mereka adalah penyokong dakwah.
  • beliau cepat dan tidak bertangguh dalam urusan dakwah. Serta bijak menguruskan hal keluarga dan dakwah.
  • taat dengan pengarahan dakwah meskipun berat untuk dilaksanakan.
  • dan ada banyak lg yg tidak dapat ana tuliskan disini.
sebaik  sahaja aku hampir tamat menaip artikel ini, kabus yang tebal tadi sudah hilang bermandikan cahaya sang matahari yang cerah dan indah. cahaya yang kuning-kuning sejuk membawa sinar harapan.  Ah!!Subhanallah..indahnya...aku faham sekarang..

Setelah kabus tebal, ketika segalanya nampak tiada harapan, insyaAllah cahaya kemenangan dan kebahagiaan akan tiba.



Mari kita melihat kepada mafhum hadis – 

Suatu ketika Rasulullah sedang duduk bersama sahabatnya lalu rasulullah bersabda “Aku rindukan saudaraku” maka sahabat pun pelik dan bertanya bukankah kami saudaramu? Rasulullah menjawab “Tidak. Kamu adalah sahabatku,saudaraku adalah mereka yang datang selepasku, mereka beriman kepadaku tetapi mereka tidak pernah melihat aku sebelum ini.” [1]

Sekian. terima kasih. Ini hanyalah sebagai perkongsian penulis buat sesiapa sahaja yang sudi membaca. semoga bermanfaat. Mohon maaf seandainya ada salah dan silap.

yang benar,

mun'aim idrus@mambi        2/12/2010  6.35 am
Kota Samarahan, Sarawak.

rujukan:
[1] http://muscom.iluvislam.com/?p=1909

No comments:

Popular Posts