Followers

December 15, 2010


Dakwah Kita adalah suatu amanah yang berat


Saya memetik kata-kata Imam Hasan Al Bana (semoga Allah merahmati beliau) dalam karyanya   " Antara semalam dan hari ini"
 
"Wahai saudara-saudara seIslamku, Allah menghendaki kita mewarisi peninggalan yang berat dengan bebanan tanggungjawab yang besar. Allah mahu sinar dakwah kamu ini menyinari segenap kegelapan. Allah telah memberi peluang kepada anda meninggikan kalimatNya dan syariatnya dengan mendirikan semula negara Islam yang baru. Firman Allah yang bermaksud;

"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang menolong (agamanya), sesungguhnya Allah benar-benar maha kuat lagi maha perkasa" (al-Hajj:40)

Semalam, alhamdulillah selesai beberapa perbincangan dengan ikhwah untuk menyelesaikan beberapa perancangan dakwah. Agak terasa sunyi kerana beberapa ikhwah tiada kerana masih bercuti di Semenanjung. Rasanya lebih sunyi bila teringat gurau senda Ustaz Nazri yang kini sudah berpindah ke KL. Namun kita semua insyaAllah tetap meneruskan kerja-kerja dakwah ini.  Kerana kita yakin ini adalah amanah dan tugas kita semua. Walau dimana sahaja kita berada, disitulah medan dakwah kita.  

Apabila berjauhan daripada PUSAT
 
Ada beberapa perkara yang ana belajar apabila kita berada di medan yang jauh daripada pusat Dakwah dan agak susah untuk dipantau oleh ikhwah;
  • harus mandiri (berdikari). Tetap dakwah di susun dan berjalan.
  • proaktif, dan tidak menunggu arahan semata-mata.
  • tidak menunggu pusat, sebaliknya kita yang perlu aktif melapor kepada pusat.
  • yang penting faham misi dan visi dakwah.
  • tarbiyah tzatiyah harus kuat.
  • jangan terputus komunikasi dengan ikhwah (zaman canggih skrg, hp,facebook dll)

Mesyuarat PEMBINA

Hujung minggu lepas, Alhamdulillah berkesempatan menghadiri syura PEMBINA. Kelihatan ikhwah dan akhwat sudah mula memahami dan dalam usaha mengaplikasikan rentak seni dakwah Thullab IPT. Sungguh indah apabila melihat mereka bersungguh-sungguh untuk melakukan sebuah perubahan dalam gerak kerja demi memastikan dakwah terus gencar. Mudah-mudahan tahun hadapan menjadi tahun kebangkitan dakwah ISMA yang insyaAllah yang digerakkan hasil 2 gabungan seni dakwah. Cukup indah semua ini. Semoga Allah sentiasa merahmati semua usaha-usaha dakwah ini.

Alhamdulillah kita sedang memahami bahawa sebenarnya matlamat kita dalam jalan dakwah dan usaha-usaha yang kita lakukan ini adalah sebenarnya telah jelas. Bukanlah kemasyuran, kekayaan, wanita dan dunia yang kita mahukan, melainkan kita ada tujuan yang lebih besar dari itu.

Bukan tujuan kita mahu menjadikan diri kita ahli ibadah semata-mata, atau seorang penceramah yang hebat semata-mata. Tetapi ingatlah kita 2 matlamat am yang utama iaitu;

a) Membebaskan tanahair Islam dari sebarang kuasa asing. Ini adalah hak semula jadi setiap insan dan tidak boleh ditolak kecuali orang zalim atau bersifat kuku besi.

b) Menegakkan sebuah negara Islam yang bebas mengamalkan undang-undang Islam, melaksanakan sistem Islam dalam masyarakat, mengiklankan prinsip-prinsipnya dan menyampaikan dakwahnya kepada manusia. Selagi ia tidak tertegak, seluruh umat Islam adalah berdosa dan bertanggungjawab di hadapan Allah 'azza wa jalla atas kecuaian dan kelemahan mereka. Menjadi suatu kezaliman kepada seluruh manusia dalam keadaan sekarang ini bila tertegaknya negara-negara yang berdiri atas prinsip-prinsip zalim dan melaungkan slogan-slogan jahat tetapi tidak ada di kalangan manusia ini orang yang berusaha untuk menegakkan sebuah negara yang hak, adil dan sejahtera. Kita mahu melaksanakan 2 matlamat ini di Lembah Nil, Negeri-negeri Arab dan di setiap bumi yang beraqidah Islam iaitu kerana agama, nasionaliti dan aqidah telah menyatukan seluruh mereka.

Teringat kata-kata  Akh Muhannad Tahir (Syuhada Palestin) ,

"Islam adalah agama yg hebat, ia hanya dapat dipikul oleh orang yang hebat, maka jadilah kamu orang yang hebat"

Sekian.terima kasih.

Oleh : mun'aim Idrus@mambi86

Rujukan: ANTARA SEMALAM DAN HARI INI. oleh: Imam As-syahid Hassan Al-Banna

No comments:

Popular Posts