Followers

November 25, 2010

Selamat bercuti wahai Pemuda!

Assalamualaikum.


Ana dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua ikhwah dan akhwat di seluruh Malaysia. Semoga antum semua berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Cuti semester merupakan waktu yang sangat ditunggu-tunggu rasanya, teringat semasa zaman ana belajar dahulu. Tidak sabar balik ke KL bertemu keluarga dan ikhwah.

Artikel kali ini sebagai perkongsian dengan semua ikhwah dan akhwat yang membawa halaqah/usrah.
 
Fenomena yang sering dihadapi para murabbi/murabbiyah dengan mutarabbinya (anak halaqah) setiap kali musim cuti
  1. anak halaqah iman down, teruk benor katanyer (contoh (qiam:0, subuh berjemaah:0, quran:1,mathurat :1/2,istighfar:0, dhuha:1)
  2. call dan sms tidak dijawab.
  3. tidak hadir ke program dakwah waktu cuti.
  4. anak halaqah minta izin mahu keluar halaqah selepa cuti.
Nasihat bagi para murabbi/murabiyah

ana menasihatkan kepada semua ikhwah dan akhwat yang punya mutarabbi agar jangan biarkan anak halaqah anda bebas sebebasnya dalam waktu cuti yang panjang ini. Berfikirlah bagaimana caranya agar anak halaqah antum dapat menghabiskan cuti dengan aktiviti bermanfaat, berikut adalah cadangan ana:
  1. sampaikan bahan halaqah terakhir  berobjektif agar dapat menjadikan cuti bermanfaat. Seperti bahan tarbiyah dzatiyah, dakwah keluarga, serangan pemikiran, kerosakan ummat dll. 
  2. sampaikan hadits dan ayat quran ttg masa spt:

‘’Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu yaitu nikmat sehat dan waktu lapang." (HR Bukhari)

"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa." (HR Tirmidzi).


"Manfaatkanlah lima kesempatan sebelum datang kesempitan. Manfaatkan usia mudamu sebelum kamu tua, manfaatkan sehatmu sebelum sakit, gunakan kekayaanmu sebelum kamu miskin, gunakan waktu lapangmu sebelum kamu sibuk dan manfaatkan hidupmu sebelum kamu mati." (HR al-Hakim)


"Laksanakan segera amal shaleh karena tujuh hal: sebelum datang kemiskinan yang membuatmu lupa, kekayaan yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan yang melumpuhkan, kematian yang mendadak, dajal sebagai makhluk terjahat yang senantiasa mengintip atau datangnya kiamat yang sangat pahit dan amat mengerikan." (HR Tirmidzi)
  1. beri panduan tentang aktiviti-aktivit bermanfaat yang mad'u perlu lakukan. juga beritahu masalah2 yang sering dihadapi ikhwah semasa cuti, agar mereka dapat belajar dari kesilapan itu.
  2. beri tugasan dakwah (bedah buku, buat note dan ziarah dll)
  3. sentiasa,kerap berhubung melalui sms, facebook, email dan chatting. (jgn putus komunikasi). biar dia rasa anda sangat ambil berat keadaan dia.
  4. ziarah mutarabbi, kenali keluarganya.
  5. buat jaulah, ajak ke program2 dakwah atau santai. (mandi laut, sungai, futsal dll).
  6. pantau mutabaah waktu cuti, minta laporan melalui sms/call setiap minggu.
Mad'u komitmen atau tidak

bagi para murabbi/atau murabbiyah, sebenarnya waktu cuti adalah waktu yang paling sesuai untuk kita menilai sejauh mana kefahaman dan komitmen anak halaqah kita terhadap dakwah, iaitu melalui beberapa perkara;
  1. kehadiran ke daurah/rehlah waktu cuti.
  2. kalau tidak dapat hadir ke program dakwah, dia akan minta izin dan nyatakan sebab.
  3. komitmen dia hantar laporan mutabaah melalui sms/call.
  4. kita call/sms dia jawab.
Hubungan kita rapat atau tidak 

waktu cuti juga antum boleh nilai sejauh mana rapatnya hubungan antum dengan mutarabbi. Sejauh mana dekatnya antum dengan mereka dalam hati mereka. Ada beberapa cara kita boleh nilai, antaranya dengan menjawab beberapa soalan ini;
  1. berapa kali mutaraabi call/sms kite?
  2. berapa kali kita call/sms dia?
  3. ada pergi ziarah rumah dia tidak (kalau dekat?
  4. adakah dia jawab call/sms kita?
  5. ada tidak dia ajak kita keluar makan/minum atau ajak pergi mana2 program?
  6. ada jumpa dia atau tidak dalam apa-apa program atau aktiviti?
kesilapan para murabbi/murabbiyah

Beberapa masalah yang timbul terhadap anak halaqah  semasa cuti sem sebenarnya banyak berpunca daripada kita sebagai para murabbi. Bila ana fikir balik, banyak kesilapan ditemui, antaranya:
  1. Terputus komunikasi sama ada melalui sms/call.
  2. kita tidak memantau mutabaah anak halaqah kerana kita sendiri  tidak pantau mutabaah kita. jadi pastikan kita jaga ibadah kita dahulu. barulah InsyaAllah kita dapat mudah pantau mutabaah anak halaqah kita. kita boleh terus bagi motivasi dan nasihat sekiranya didapati ibadahnya berkurang. minta mutarabbi sms mutabaah.
  3. tidak beri tugasan seperti bedah buku dll.
  4. tiada program dakwah waktu cuti.
  5. anak halaqah tidak hadir program dakwah, kita tidak tanya sebab tidak hadir dan biarkan shj. sepatutnya tanya sebab dia tidak hadir. Mungkin ada masalah. kalau dia tidak hadir kerana malas atau tiada alasan. Maka inilah masanya kita tegur dan marah dia secara lembut atau tegas. Sebab inilah proses tarbiyah. Rujuk kisah Kaab bin malik
  6. Tanya result exam dia bagaimana. kalau ok, beri ucapan tahniah dan lagi bagus bagi hadiah. kalau x ok, beri kata-kata motivasi dan semangat.
 Jangan biarkan ia berulang
  1. sebagai murabbi, kita mesti belajar daripada kesilapan.
  2. sentiasa berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan anak halaqah.
  3. banyakkan membaca buku2 tentang murabbi.
  4. sentiasa yakin semua anak halaqah antum punya potensi, cuma bezanya mereka ada yang cepat faham dan ada yang lambat faham.
 Akhir kata
 semoga artikel ini bermanfaat. Terima kasih kerana antum sudi membaca. Ana memohon maaf sekiranya ada salah dan silap.

    No comments:

    Popular Posts