November 10, 2010

Kereta dakwah Kita rosak ? Jom repair!!




Hujan rahmat yang turun malam tadi ketika kami sedang berUsrah memainkan rentak muzik yang menenangkan jiwa. Jasadku merasai kesejukan yang dibawa oleh udara malam membuatkan ia makin tenang. Alhamdulillah sesi musykillah dan laporan dalam usrah kali ini agak banyak isu yang dibangkitkan. Dari laporan biasa sampailah kepada laporan luar biasa. Ustadz pula begitu konsentrasi dengan penuh tanggungjawab cuba memahami segala laporan dan masalah yang timbul untuk diselesaikan bersama.  Masih ingat lagi, agak lama juga usrah ini untuk sampai ke tahap hari ini. Dimana saat ini kami sudah semakin serasi dan memahami antara satu sama lain. Masing-masing merasai dan memahami rentak seni dakwah yang berbeza untuk disatukan menjadi gabungan mantap. Kerana disinilah nukleus dakwah kita. Kelancaran di sini akan menjamin kelancaran nuklues-nukleus yang lain.

Mungkin beberapa masalah yang timbul beberapa minggu ini boleh diumpamakan seperti  kisah sepasukan jurutera automobil yang sedang cuba memasang beberapa komponen kereta kancil ke dalam kereta proton perdana untuk memantapkan prestasinya dan membentuk model baru, dalam proses itu;
  • Ada beberapa komponen yang tidak muat, terpaksa diubah suai agar muat untuk dipasang
  • Ada komponen yang dipasang, tetapi warnanya tidak sesuai dengan warna body asal kereta, jadi ada beberapa jurutera yang tidak suka,
  • Ada komponen yang baru dibeli dan jurutera tidak pernah menggunakannya dipasang, jadi agak kelam kabut jurutera untuk belajar menggunakannya,
  • Setelah semua siap dipasang, jadilah ia model kereta baru yang siap untuk diguna,
  • tetapi ia perlu melalui beberapa siri ujian sebelum benar-benar boleh digunakan secara komersial untuk memastikan ia menepati semua ciri-ciri standard kereta di malaysia.
  • Makanya dalam tempoh ujian itu, macam-macam masalah dijangka timbul benar-benar berlaku sebagai lumrah alam dan pasukan jurutera terpaksa bekerja keras untuk memperbaiki setiap masalah mekanikal dan teknikal.
  • Semua jurutera begitu bekerjasama dan bersungguh-sungguh semasa melakukan kerja-kerja pembaikan, sehingga susah dan payah dikongsi bersama.
     
  • Tetapi ada juga jurutera yang tarik diri kerana tidak tahan dengan masalah yang timbul dan tidak yakin dengan kemampuan model baru itu lantaran masalah yang timbul.
  • disebalik kepayahan itu, apa yang mengkagumkan saya ialah kesungguhan dan ketabahan kumpulan jurutera itu bekerja sabagai satu pasukan. Tetap konsisten dan sabar. Saya yakin mereka akan berjaya kerana usaha dan kesabaran mereka.
Begitulah situasi kita. Mungkin gambaran cerita tadi agak simple, namun itulah realitinya.. Semoga ikhwah dan akhwat dapat sabar dan konsisten semasa proses perbaikan ini. Ana secara peribadinya sangat bersyukur apabila dalam dakwah ini, adanya generasi ikhwah dan akhawat yang sudah matang dan sayangkan dakwah ini. Mereka pantas memainkan peranan memberi nasihat dan cadangan apabila melihat ada kerosakan dan kelemahan pada model kereta dakwah yang kita mahu bawa ini. Mereka serius dan bersungguh-sungguh sehingga kami merasakan semakin cinta kepada mereka. Makanya kesungguhan mereka ini telah membuatkan kami dapat bangkit kembali. Merasakan adanya aura baru dan harapan baru untuk dijelmakan menjadi realiti dan bukannya lamunan mimpi sahaja.

Selesai usrah, kami singgah minum di Lot.1. Jam menunjukkan 1.30 am. Pagi itu menikmati air kopi dan french fries sambil berbincang hal-hal dakwah yang perlu diselesaikan. Tidak sangka rupanya sudah 5 tahun kami bersama sejak dari saat pertama kali menjejakkan kaki di Bumi Sarawak ini. Syukur Allah masih memberi nikmat iman dan tarbiyah ini. Saat itu, kami merasakan seakan segar kembali seperti saat kami awal-awal dahulu datang ke bumi bertuah ini. Bumi cinta.....Bumi dakwah... 

Ya Allah ampunkan lah segala dosa dan silap kami selama ini,
kami lemah dan tiada daya melainkan dengan hidayah dan rahmat-Mu,
Semoga ikhwah dan akhwat terus tsiqah dan tsabat bersama kami dalam memikul amanah-Mu ini,
Tiada yang kami harapkan kecuali redha-Mu Ya Allah Tuhan yang telah memberi kami nikmat iman, islam dan nikmat tarbiyah.
Satukanlah hati-hati kami agar dakwah ini terus subur membawa risalah agama-Mu.....


Sekian. terima kasih.
oleh :
mun'aim idrus

P/s: Tulisan ini adalah semata-mata sebagai luahan dan perkongsian penulis buat semua pembaca. Penulis memohon maaf sekiranya ada salah dan silap. Sebarang komen dan masukan amatlah dialu-alukan. Jzk

1 comment:

.sYaFiQ. said...

engineer automotif..bgs2..perumpamaan yg baik..moga penat lelah yang dilalui dengan berkat kesabaran dan keutuhan dalam dakwah ini, natijahnya mencapai daulah islamiyyah di Malaysia ini, bahkan mengembalikan dunia ini ke arah zaman pemerintahan khalifah..i.Allah..selamat berjuang akhi