Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

November 25, 2010

Selamat bercuti wahai Pemuda!

Assalamualaikum.


Ana dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua ikhwah dan akhwat di seluruh Malaysia. Semoga antum semua berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Cuti semester merupakan waktu yang sangat ditunggu-tunggu rasanya, teringat semasa zaman ana belajar dahulu. Tidak sabar balik ke KL bertemu keluarga dan ikhwah.

Artikel kali ini sebagai perkongsian dengan semua ikhwah dan akhwat yang membawa halaqah/usrah.
 
Fenomena yang sering dihadapi para murabbi/murabbiyah dengan mutarabbinya (anak halaqah) setiap kali musim cuti
  1. anak halaqah iman down, teruk benor katanyer (contoh (qiam:0, subuh berjemaah:0, quran:1,mathurat :1/2,istighfar:0, dhuha:1)
  2. call dan sms tidak dijawab.
  3. tidak hadir ke program dakwah waktu cuti.
  4. anak halaqah minta izin mahu keluar halaqah selepa cuti.
Nasihat bagi para murabbi/murabiyah

ana menasihatkan kepada semua ikhwah dan akhwat yang punya mutarabbi agar jangan biarkan anak halaqah anda bebas sebebasnya dalam waktu cuti yang panjang ini. Berfikirlah bagaimana caranya agar anak halaqah antum dapat menghabiskan cuti dengan aktiviti bermanfaat, berikut adalah cadangan ana:
  1. sampaikan bahan halaqah terakhir  berobjektif agar dapat menjadikan cuti bermanfaat. Seperti bahan tarbiyah dzatiyah, dakwah keluarga, serangan pemikiran, kerosakan ummat dll. 
  2. sampaikan hadits dan ayat quran ttg masa spt:

‘’Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu yaitu nikmat sehat dan waktu lapang." (HR Bukhari)

"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa." (HR Tirmidzi).


"Manfaatkanlah lima kesempatan sebelum datang kesempitan. Manfaatkan usia mudamu sebelum kamu tua, manfaatkan sehatmu sebelum sakit, gunakan kekayaanmu sebelum kamu miskin, gunakan waktu lapangmu sebelum kamu sibuk dan manfaatkan hidupmu sebelum kamu mati." (HR al-Hakim)


"Laksanakan segera amal shaleh karena tujuh hal: sebelum datang kemiskinan yang membuatmu lupa, kekayaan yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan yang melumpuhkan, kematian yang mendadak, dajal sebagai makhluk terjahat yang senantiasa mengintip atau datangnya kiamat yang sangat pahit dan amat mengerikan." (HR Tirmidzi)
  1. beri panduan tentang aktiviti-aktivit bermanfaat yang mad'u perlu lakukan. juga beritahu masalah2 yang sering dihadapi ikhwah semasa cuti, agar mereka dapat belajar dari kesilapan itu.
  2. beri tugasan dakwah (bedah buku, buat note dan ziarah dll)
  3. sentiasa,kerap berhubung melalui sms, facebook, email dan chatting. (jgn putus komunikasi). biar dia rasa anda sangat ambil berat keadaan dia.
  4. ziarah mutarabbi, kenali keluarganya.
  5. buat jaulah, ajak ke program2 dakwah atau santai. (mandi laut, sungai, futsal dll).
  6. pantau mutabaah waktu cuti, minta laporan melalui sms/call setiap minggu.
Mad'u komitmen atau tidak

bagi para murabbi/atau murabbiyah, sebenarnya waktu cuti adalah waktu yang paling sesuai untuk kita menilai sejauh mana kefahaman dan komitmen anak halaqah kita terhadap dakwah, iaitu melalui beberapa perkara;
  1. kehadiran ke daurah/rehlah waktu cuti.
  2. kalau tidak dapat hadir ke program dakwah, dia akan minta izin dan nyatakan sebab.
  3. komitmen dia hantar laporan mutabaah melalui sms/call.
  4. kita call/sms dia jawab.
Hubungan kita rapat atau tidak 

waktu cuti juga antum boleh nilai sejauh mana rapatnya hubungan antum dengan mutarabbi. Sejauh mana dekatnya antum dengan mereka dalam hati mereka. Ada beberapa cara kita boleh nilai, antaranya dengan menjawab beberapa soalan ini;
  1. berapa kali mutaraabi call/sms kite?
  2. berapa kali kita call/sms dia?
  3. ada pergi ziarah rumah dia tidak (kalau dekat?
  4. adakah dia jawab call/sms kita?
  5. ada tidak dia ajak kita keluar makan/minum atau ajak pergi mana2 program?
  6. ada jumpa dia atau tidak dalam apa-apa program atau aktiviti?
kesilapan para murabbi/murabbiyah

Beberapa masalah yang timbul terhadap anak halaqah  semasa cuti sem sebenarnya banyak berpunca daripada kita sebagai para murabbi. Bila ana fikir balik, banyak kesilapan ditemui, antaranya:
  1. Terputus komunikasi sama ada melalui sms/call.
  2. kita tidak memantau mutabaah anak halaqah kerana kita sendiri  tidak pantau mutabaah kita. jadi pastikan kita jaga ibadah kita dahulu. barulah InsyaAllah kita dapat mudah pantau mutabaah anak halaqah kita. kita boleh terus bagi motivasi dan nasihat sekiranya didapati ibadahnya berkurang. minta mutarabbi sms mutabaah.
  3. tidak beri tugasan seperti bedah buku dll.
  4. tiada program dakwah waktu cuti.
  5. anak halaqah tidak hadir program dakwah, kita tidak tanya sebab tidak hadir dan biarkan shj. sepatutnya tanya sebab dia tidak hadir. Mungkin ada masalah. kalau dia tidak hadir kerana malas atau tiada alasan. Maka inilah masanya kita tegur dan marah dia secara lembut atau tegas. Sebab inilah proses tarbiyah. Rujuk kisah Kaab bin malik
  6. Tanya result exam dia bagaimana. kalau ok, beri ucapan tahniah dan lagi bagus bagi hadiah. kalau x ok, beri kata-kata motivasi dan semangat.
 Jangan biarkan ia berulang
  1. sebagai murabbi, kita mesti belajar daripada kesilapan.
  2. sentiasa berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan anak halaqah.
  3. banyakkan membaca buku2 tentang murabbi.
  4. sentiasa yakin semua anak halaqah antum punya potensi, cuma bezanya mereka ada yang cepat faham dan ada yang lambat faham.
 Akhir kata
 semoga artikel ini bermanfaat. Terima kasih kerana antum sudi membaca. Ana memohon maaf sekiranya ada salah dan silap.

    November 10, 2010

    Kereta dakwah Kita rosak ? Jom repair!!




    Hujan rahmat yang turun malam tadi ketika kami sedang berUsrah memainkan rentak muzik yang menenangkan jiwa. Jasadku merasai kesejukan yang dibawa oleh udara malam membuatkan ia makin tenang. Alhamdulillah sesi musykillah dan laporan dalam usrah kali ini agak banyak isu yang dibangkitkan. Dari laporan biasa sampailah kepada laporan luar biasa. Ustadz pula begitu konsentrasi dengan penuh tanggungjawab cuba memahami segala laporan dan masalah yang timbul untuk diselesaikan bersama.  Masih ingat lagi, agak lama juga usrah ini untuk sampai ke tahap hari ini. Dimana saat ini kami sudah semakin serasi dan memahami antara satu sama lain. Masing-masing merasai dan memahami rentak seni dakwah yang berbeza untuk disatukan menjadi gabungan mantap. Kerana disinilah nukleus dakwah kita. Kelancaran di sini akan menjamin kelancaran nuklues-nukleus yang lain.

    Mungkin beberapa masalah yang timbul beberapa minggu ini boleh diumpamakan seperti  kisah sepasukan jurutera automobil yang sedang cuba memasang beberapa komponen kereta kancil ke dalam kereta proton perdana untuk memantapkan prestasinya dan membentuk model baru, dalam proses itu;
    • Ada beberapa komponen yang tidak muat, terpaksa diubah suai agar muat untuk dipasang
    • Ada komponen yang dipasang, tetapi warnanya tidak sesuai dengan warna body asal kereta, jadi ada beberapa jurutera yang tidak suka,
    • Ada komponen yang baru dibeli dan jurutera tidak pernah menggunakannya dipasang, jadi agak kelam kabut jurutera untuk belajar menggunakannya,
    • Setelah semua siap dipasang, jadilah ia model kereta baru yang siap untuk diguna,
    • tetapi ia perlu melalui beberapa siri ujian sebelum benar-benar boleh digunakan secara komersial untuk memastikan ia menepati semua ciri-ciri standard kereta di malaysia.
    • Makanya dalam tempoh ujian itu, macam-macam masalah dijangka timbul benar-benar berlaku sebagai lumrah alam dan pasukan jurutera terpaksa bekerja keras untuk memperbaiki setiap masalah mekanikal dan teknikal.
    • Semua jurutera begitu bekerjasama dan bersungguh-sungguh semasa melakukan kerja-kerja pembaikan, sehingga susah dan payah dikongsi bersama.
       
    • Tetapi ada juga jurutera yang tarik diri kerana tidak tahan dengan masalah yang timbul dan tidak yakin dengan kemampuan model baru itu lantaran masalah yang timbul.
    • disebalik kepayahan itu, apa yang mengkagumkan saya ialah kesungguhan dan ketabahan kumpulan jurutera itu bekerja sabagai satu pasukan. Tetap konsisten dan sabar. Saya yakin mereka akan berjaya kerana usaha dan kesabaran mereka.
    Begitulah situasi kita. Mungkin gambaran cerita tadi agak simple, namun itulah realitinya.. Semoga ikhwah dan akhwat dapat sabar dan konsisten semasa proses perbaikan ini. Ana secara peribadinya sangat bersyukur apabila dalam dakwah ini, adanya generasi ikhwah dan akhawat yang sudah matang dan sayangkan dakwah ini. Mereka pantas memainkan peranan memberi nasihat dan cadangan apabila melihat ada kerosakan dan kelemahan pada model kereta dakwah yang kita mahu bawa ini. Mereka serius dan bersungguh-sungguh sehingga kami merasakan semakin cinta kepada mereka. Makanya kesungguhan mereka ini telah membuatkan kami dapat bangkit kembali. Merasakan adanya aura baru dan harapan baru untuk dijelmakan menjadi realiti dan bukannya lamunan mimpi sahaja.

    Selesai usrah, kami singgah minum di Lot.1. Jam menunjukkan 1.30 am. Pagi itu menikmati air kopi dan french fries sambil berbincang hal-hal dakwah yang perlu diselesaikan. Tidak sangka rupanya sudah 5 tahun kami bersama sejak dari saat pertama kali menjejakkan kaki di Bumi Sarawak ini. Syukur Allah masih memberi nikmat iman dan tarbiyah ini. Saat itu, kami merasakan seakan segar kembali seperti saat kami awal-awal dahulu datang ke bumi bertuah ini. Bumi cinta.....Bumi dakwah... 

    Ya Allah ampunkan lah segala dosa dan silap kami selama ini,
    kami lemah dan tiada daya melainkan dengan hidayah dan rahmat-Mu,
    Semoga ikhwah dan akhwat terus tsiqah dan tsabat bersama kami dalam memikul amanah-Mu ini,
    Tiada yang kami harapkan kecuali redha-Mu Ya Allah Tuhan yang telah memberi kami nikmat iman, islam dan nikmat tarbiyah.
    Satukanlah hati-hati kami agar dakwah ini terus subur membawa risalah agama-Mu.....


    Sekian. terima kasih.
    oleh :
    mun'aim idrus

    P/s: Tulisan ini adalah semata-mata sebagai luahan dan perkongsian penulis buat semua pembaca. Penulis memohon maaf sekiranya ada salah dan silap. Sebarang komen dan masukan amatlah dialu-alukan. Jzk

    November 7, 2010

    Perbaiki kesilapan dan jgn lupakan kebaikan mereka


    Hari-hari dalam bahtera dakwah sememangnya penuh ranjau dan rintangan yang datang. kerana itu Hasan al bana menyebut kita perlukan :
    1. iman yang mendalam
    2. tarbiyah yang tersusun
    3. usaha berterusan
    Setiap manusia punya kelemahan dan kebaikan. Setiap gerakan dakwah/jemaah punya kelebihan dan kelemahan. Tidak ada yang sempurna, kerana ia bukan jemaah malaikat. Namun  seringkali orang lupa akan kebaikan dan nikmat yang Tuhan beri apabila hanya melihat keburukan dan kelemahan. 
    • jangan kerana 10% kelemahan/kesilapan yang dilakukan, kita lupa 90% kebaikan seseorang itu.
    • jangan melahirkan rasa benci terhadap seseorang itu hanya kerana dia lemah satu sisi, sedang orang itu sudah menyumbang banyak perkara.
    sama juga apabila kita melihat pada diri sendiri. Jika kita hanya melihat kelemahan diri. Lalu kita lupa pada potensi hebat dalam diri kita yang lain. Maka kita akan tetap tidak berjaya. kerana kita hanya nampak kelemahan dan kesilapan. Kita harus memecahkan benteng penghalang yang sentiasa membuat kita rasa benci, marah dan mahu lari. 
    Pengalaman ana sendiri dalam dakwah,
    • ikhwah punya berbagai-bagai sisi kelebihan dan ada juga kelemahan. (begitu juga diri ana)
    • jangan kita melihat kpd kelemahan /kesilapan ikhwah sehingga kita lupa jasa dan potensi yg dia ada.
    • saya pernah berjumpa dengan seorang dai, dia menjauhkan diri malah tidak hormat/benci terhadap seorg ikhwah itu hanya kerana dia tidak disiplin dan buat kesilapan. Ikhwah itu saya lihat sebenarnya sudah menyumbang banyak kpd dakwah, cuma waktu itu dia sedang hadapi masalah/lemah iman. Sikap yg ana perlu tegur ikhwah itu. Jangan krn satu/sepuluh kesilapannya kita lupa 90 kebaikan dia.
    • atau kita rasa kita lebih baik, dan org lain semuanya tidak baik, tidak komitmen dll.
    Sama juga apabila kita berdakwah bersama ISMA. Sebuah gerakan dakwah yang kita baru kenali, dan ana yakin kita belum kenali pun seratus peratus. Kita hanya kenali ISMA dalam lingkungan dakwah di Medan kita dan melalui media web dan blog shj. Maka di sana kalau kita tidak setting pemikiran kita agar tidak jumud dan tidak sedia berubah menerima perkara-perkara baru  dalam kamus dakwah hidup kita, maka kita akan nampak banyak masalah dan kelemahan sahaja. Sedangkan dalam ISMA punya banyak kelebihan dan kebaikan kalau kita fikirkan,
    • Isma di Sarawak baru hendak mula bertapak. Jumlah ustadz pun tidak ramai. Tetapi Alhamdulillah dengan seorang ustadz itu yang kita ada telah mampu memberi sumbangan terbaik yang beliau mampu.
    • Apakah kita tidak bersyukur? Allah swt telah menghantar seorang ustadz kpd kita. Alhamdulillah..
    • apakah beliau punya kelemahan dan kelebihan. Ya sebagai manusia tentu ada. Maka apakah kita mahu melihat kpd kelemahan atau kelebihan dan menggunakan kelebihan. Setelah menggunakan kelebihannya, adakah kita mengharapkan dia memberi ikut standard kita yang dulu, atau kita fleksibel dan adaptif.?
    • Ana rasa betapa bersyukur kerana Ust begitu terbuka dan berusaha untuk memenuhi semua kehendak ikhwah/akhwat dalam gerak dakwah. Malah bersedia menerima nasihat dan cadangan. 
    • bayangkan seandainya Ust pulang ke semenanjung? Ust manakah yang mahu membantu dakwah kita? Mabit bersama , main futsal bersama, jaulah bersama, daurah bersama, rehlah bersama dan makan bersama?  
    • dakwah di kampus, mad'u mudah  tsiqah dengan dakwah kerana ada nya ustadz yang membimbing, jika tiada? memang sukar bukan? ya.
    • ISMA di Sarawak, Allah beri kita nikmat untuk menjadi generasi awal dakwah. Subhanallah. Besar ganjarannya. Rugilah buat sesiapa yang meninggalkan fasa-fasa awal dakwah ini. Dia boleh bersenang lenang. Tetapi rugi yang amat besar di sisi Allah swt. Tidaklah sama seorang ahli ibadah dengan seorang  dai yang beribadah.
    Alhamdulillah semua ikhwah dan akhwat begitu sayangkan dakwah ini, sehingga apa-apa masalah yang timbul segera mereka sampaikan agar dapat diperbaiki. Sikap inilah yang ana harus puji kerana sebagai satu pasukan :
    • saling memberi nasihat
    • saling menampung kelemahan 
    • saling tsiqah dan ada nilai ukhwah
    Semua kita mahukan yang terbaik buat dakwah ini. Yakinlah Allah swt pasti akan memberi terbaik buat kita selagi kita yakin dan tsiqah dengan jalan ini. Ana juga memohon maaf diatas segala kelemahan dan kesilapan diri ana dan ikhwah yang lain. Semoga antum semua terus tsiqah dan mencintai kami sebagai mana kami sentiasa mencintai antum kerana Allah swt. Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa kami dan antum semua. Mari kita jadi satu pasukan yang mantap. Saling mengenali + saling memahami + saling menguatkan. (3SM)

    Sekian. Terima kasih.
    penulis memohon maaf sekiranya ada kelemahan/kesilapan/menyentuh perasaan mana-mana pihak. Semua penulisan dalam blog ini adalah untuk perkongsian sahaja.

    Yg benar: mambi86

    Motivasi dakwah : Berhenti merungut !

    Dalam melalui bahtera dakwah ini, bagaimana antum merasai momentum gerak kerjanya?
    • dakwah makin slow?
    • ikhwah sudah mulai tidak komitmen ?
    • ziarah sudah jarang2
    • mutabaah sudah tidak diperhatikan lagi
    • sudah mula tidak rasa nilai ukhwah?
    • gerak kerja dakwah tidak tersusun, saya tidak serasi dengan gerak kerja dakwah baru? banyak amal am dll.
    saya katakan mudah sahaja, berhenti daripada merungut dan membuang masa
    • apa sumbangan anda untuk dakwah setakat ini?
    • untuk melakukan perubahan mestilah bermula dari diri kita, bukan orang lain. Sudah mulai belum?
    • kalau kita mahu ikhwah komitmen dan disiplin, maka kita yang perlu komitmen dahulu. Anda?
    • kalau mahu rasa nilai ukhwah, kita yang perlu menunaikan hak-hak ukhwah.
    • kalau mahu gerak kerja dakwah tersusun dan serasi dengan gerak kerja dakwah, maka kita yang perlu fleksibel dan menyesuaikan diri.
    • kalau mahu ziarah gencar, anda yang perlu memulai dan menunjukkan contoh.
    Cukup!!  Jangan salahkan keadaan. Buat Perubahan.  Fahamilah, kita perlu berubah menjadi hebat!
    • kita berada di fasa-fasa awal dakwah, maka wajar merasa susah dan banyak masalah.
    • justeru dengana adanya rintangan dan masalah, itulah tandanya dakwah berjalan dan hidup mencari rentak.
    • bacalah sirah nabawiyah dan belajarlah dari kesabaran dan kesungguhan mereka.
     
    1. Jangan pernah lemah, kita adalah apa yang kita fikirkan. Maka berfikirlah seperti seorang Juara.
    2. orang yang ragu-ragu dan tidak yakin dengan dakwah hanya akan melambatkan dakwah dan menjadi masalah. Akhirnya dia tidak mampu komitmen dan berbuat.

      "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar. " (49:15)


    sekian.
    mambi86

    November 1, 2010

    Gambar terbaru (Okt 2010)

     Alhamdulillah sepanjang bulan Oktober 2010, sempat juga merakam beberapa kenangan dalam program dakwah. Semoga menjadi kenangan buat semua ikhwah.
    BBq jamuan akhir sem Asasi unimas
    lunch bersama ikhwah kolej cempaka
    pengisian Dr.Khairol (Mabit perdana,unimas)
    Kuliah Subuh Ust.Nazri (Mabit Perdana)
    Riadah perdana (Futsal)
    Team futsal ikhwah
    Bersama YDP Isma DHL ,Ust Anuar Soleh

    Menerima kunjungan YDP ISMA Shah Alam Dr.Amiruddin



    riadah
    Sarapan Pagi selepas riadah (Akh Hisyam masak)


    Ust. Nazri YDP ISMA Sarawak bersarapan bersama ikhwah unimas


    sekian terima kasih.