Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

October 18, 2010

Jangan cari alasan tinggalkan dakwah



Sepanjang berada dijalan dakwah ini, saya menemukan berbagai-bagai alasan yang saya mahu gunakan untuk meninggalkan dakwah suatu masa dahulu. Terutama apabila saya berjauhan dengan ikhwah dan berkawan dengan kawan-kawan di kolej. Sebab duduk dengan lingkungan kawan-kawan yang tidak berdakwah, kita akan dapat merasakan nikmat kebebasan melayan hawa nafsu. Rasa senang nak buat apa sahaja.  Bisikan syaitan membuatkan kita terus larut tidur,tengok TV, main games,dll. Walaupun  sebelumnya kita giat berdakwah, pergi program dll. Antara alasan saya nak tinggalkan dakwah ialah
  • malas pergi halaqah setiap minggu, rasa jemu dan bosan
  • nak fokus blajar, assigment/tutorial banyak kena buat
  • banyak sangat program dakwah, kena pi uitm, unimas, sekolah, syura dll.
  • x nak pergi rehlah qiyadi, letih, seksa.
  • banyak lagi karat jahiliyah dlm diri x settle (movie,lagu,games,lepak dll), rasa cam munafiq je buat dakwah, tapi diri masih buat maksiat.
  • ada buah hati, kalau ikut halaqah kena clash/break up!!
Mujurlah Allah SWT masih mahukan kebaikan kepada saya lantas memberi kefahaman kepada saya yang membuatkan saya sedar saya adalah Pendakwah!! sekali lagi, saya adalah pendakwah!!

Kepada ikhwah dan akhwat yang masih di IPT, saya ingin berkongsikan kepada anda tentang satu prinsip yang kita mesti faham dalam dakwah.

Sayyid Qutb berkata,  

"Yakhtalitun walakin yatamayyazun, (bergaul/berbaur tetapi tidak sampai bercampur/tetap memiliki keistimewaan)."  

Inilah prinsip yang kita mesti pegang apabila tinggal dengan masyarakat kampus, kuliah dll. Inilah prinsip dakwah Rasulullah dan para sahabat yang tidak pernah bekerjasama dengan kebatilan.  Umpama ikan di laut, isinya tetap manis meskipun air laut itu masin. Seandainya kita tidak kuat berpegang dengan prinsip ini, maka kita akan mudah terpengaruh dengan suasana. Seorang yang digelar dai , pastinya  akan  sentiasa upgrade dirinya untuk menjadi unsur yang mampu mencorakkan/mengubah/mempengaruhi suasana tempat dia tinggal.

contoh: ikhwah/akhwat yang tinggal di kolej, rakan-rakan satu apartmen dengan dia pasti menghormati dia kerana,
  • dia tidak merokok dan tidak membenarkan kawannya hisap rokok dalam biliknya,
  • dia solat berjemaah dan selalu mengajak kawan2 skali
  • dia tidak couple dan selalu bagi nasihat dgn hikmah
  • dia tidak menonton movie barat yg tidak elok, tetapi menonton filem berunsur islam dll.
  • dia rajin belajar dan memberi motivasi
  • dia mesra, penyayang dan selalu memberi salam
Tetapi kalau sebaliknya yg berlaku, dia tidak akan dihormati dan perlu berubah segera. ya, segera!

Sesungguhnya dakwah dengan akhlak itu lebih berkesan dari kata-kata tanpa contoh real.  (rujuk sirah nabawiyah)

Orang akan melihat akhlak kita, baru mereka akan tertarik dgn dakwah. Betapa banyak dai gagal menarik mad'u kerana mereka tidak memperhatikan sisi-sisi ini dalam kehidupan mereka.  Inilah cabarannya. Tetapi saya yakin, seandainya kita istiqamah dalam tarbiyah, pastinya kita dapat merubah segala ini menjadi lebih baik.
Apa yang menjadi kebimbangan saya ialah, ikhwah/akhwat menjauhkan diri dari dakwah dan tarbiyah kerana apabila terlalu berlebihan bergaul dengan kawan-kawan satu kuliah/kolej sehingga menjadi bercampur hingga larutlah peribadi dai yang dibina selama ini. Lalu dia terpengaruh dengan suasana dan kembali ke zaman jahiliyahnya. lebih teruk lagi, dia mula tidak ikut program dakwah dan tidak menghadiri halaqah/usrah. Maka bagi saya itu satu kerugian amat besar kepada  dirinya dan ummat islam. Kepada mereka saya menasihatkan agar kembali kepada dunia tarbiyah, kerana anda adalah harapan ummat.

Iman kita naik turun

  • naik kerana ketaatan
  • turun kerana kemaksiatan
sebab itu apabila kita bergaul dan menjadi bercampur dengan lingkungan kawan-kawan yg bermaksiat, maka iman kita pun turun ,:
  • join aktiviti kolej, kita bergelak ketawa campur laki perempuan. ikhtilat x jaga.
  • dinner kolej ada majlis karoke, campur laki perempuan. sanggup pergi.
sikap kita mesti mencari alasan agar tidak menyertai aktiviti seperti ini, kerana natijahnya menyebabkan iman kita down kerana maksiat. biasanya penganjur (fakulti/ajk kelab) yg buat program maksiat ini akan bagi ancaman,
  •  pelajar tahun 1@ pelaj fk wajib hadir, kalau x hadir kena tindakan disiplin. [ikut pengalaman saya, atas kertas shj ancaman ini, ramai yg x dtg tapi tiada apa2 tindakan]. kalau benarpun hanya surat amaran, mustahil kena buang fakulti, gantung kuliah dll. 
  • saya ada lihat kadang-kadang kita yg beriya-iya nak pergi sedangkan ada program dakwah pada masa itu. Sanggup minta izin escape program dakwah semata-mata menghadiri program dinner dan sbgnya yang berunsur maksiat dalamnya. Bagi saya, mungkin mereka belum benar2 faham. maka itulah tugas kita memahamkan mereka.
fahamkan mereka.!! Jangan takut kepada manusia, tetapi takutlah kepada Allah. Firman Allah SWT,


"Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang- orang yang mendapat kemenangan[1046]. " (24:52)

[1046]. Yang dimaksud dengan takut kepada Allah ialah takut kepada Allah disebabkan dosa-dosa yang telah dikerjakannya, dan yang dimaksud dengan takwa ialah memelihara diri dari segala macam dosa-dosa yang mungkin terjadi.

saya akhiri tulisan ini dengan kata-kata seorang sahabat nabi, Umar bin Khattab  radhiyallah 'anhu berkata berkata, 

" kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan islam. Jika mencari kemuliaan di luar islam, kita akan dihinakan."

Jadi, kesimpulannya. tiada alasan bagi kita meninggalkan dakwah dan tarbiyah. Kerana di sana ada kemuliaan dan kebahagiaan. Kita ikut tarbiyah untuk berubah daripada Zero menjadi Hero. 

sekian. terima kasih
oleh: mambi86@IbnuIdrus

p/s: penulis memohon maaf sekiranya tulisan ini ada mengganggu sensitiviti sesiapa yang membaca. semua artikel yang ditulis adalah bermaksud sebagai perkongsian sahaja. sebarang komen,nasihat dan masukan amatlah dialu-alukan ke alamat : mambi86@gmail.com