Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

October 29, 2010

ETP: Malaysia jadi Pusat Hiburan/negara islam???

Artikel Berikut saya ambil dariapda blog YG Zulkifli Noordin utk perkongsian dan renungan semua
 


Salam 2 all.
Saya membantah keras tindakan Kerajaan untuk membangunkan hub hiburan semasa membenatangkan ETP - Program Tranformasi Ekonomi (Economic Transformation Program). Pembangunan ini disarankan hanya atas alasan untuk pembangunan ekonomi.
Saya ingin menegur keras kerana Kerajaan perlu ambil perhatian bahawa wang bukanlah segala-galanya, elemen keberkatan adalah sangat penting. Kalau tiada keberkatan, kekayaan tiadalah gunanya. Kita sepatutnya mengambil iktibar kehancuran ekonomi dan kewangan negara pada tahun 1998, setelah bertahun mengumpul kekayaan sehingga pernah digelar "Asian Tiger".
Selanjutnya terlalu banyak hiburan akan menggalakkan gejala maksiat dan mungkar. Makin banyaklah kegiatan samseng, bouncer, peminuman arak, perzinahan dan lain-lain. Bertambah banyaklah anak luar nikah. Saya pernah menulis didalam blog ini bagaiaman statistik yang dikeluarkan menunjukkan bagi tempoh 5 tahun lepas, pada setiap jam gadis Melayu melahirkan 2 orang anak luar nikah! Bermakna sebelum daripada itu sudah pasti ada dua pasang (4 orang maknanya) yang telah mekukan zina. Bayangkan tiap jam empat orang berzina melahirkan 2 anak luar nikah setiap jam!! Na'uzubillah min zalik.
Kita sudah dapat melihat bala yang sedang turun dinegara kita. Umat Islam berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Agama Islam dipermainkan sehingga nama ALLAH pun dijual beli. Pembunuhan semakin kejam. Anak bunuh ibubapa sendiri. Semalam kita dikejutkan dengan berita seorang anak menumbuk ibu kandungnya sehingga koma, hanya kerana gagal mengatur majlis perkahwinannya mengikut kehendaknya.
Saya mendesak Kerajaan supaya mengkaji semula rancangan membina hub hiburan ini dan membatalkannya daripada Program Tranformasi Ekonomi yang dibentangkan. Kegagalan nanti akan hanya mentransformasikan negara ini nkepada negara maksiat dan mungkar, dan yang bpaling kita khuatirkan akan mengundang bala ALLAH. Bala berkembar, tsunami dan letupan gunung berapi dinegara jiran sepatutnya menyedarkan kita bahawa bila ALLAH mahu mengahancurkan, dengan hanya satu "kun fayakun", maka hancurlah kita!
Moga ALLAH mengampuni kita semua.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
19 Zul Qaedah 1431
28 Okt 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
KENYATAAN AKHBAR: PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)

Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia
sebagai hub hiburan malam amat mengecewakan umat Islam arusperdana.
Setelah Festival Fesyen Islam yang mencetus polemik penghinaan kepada
agama Islam dan umat Islam di Malaysia, kedudukan Islam dan umat Islam
dilihat seolah-olah terus diganyang oleh pihak Kerajaan. Program ini
amat bertentangan dengan ikrar Perdana Menteri baru baru ini yang
mengatakan hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam di Malaysia
tidak perlu dipersoalkan lagi kerana ia terkunci kemas dan terpateri
di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malah menurut Perdana Menteri kunci tersebut disimpan selamat oleh
Raja Raja Melayu yang telah berikrar memelihara Islam pada setiap masa
seperti yang terdapat di dalam Jadual Keempat Perlembagaan
Persekutuan.

Menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam ada suatu cubaan untuk
menanam budaya asing di bumi Malaysia. Malah ianya tidak selari dengan
semangat Perlembagaan Persekutuan yang berteraskan Islam serta prinsip
Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Rakyat Malaysia khususnya orang Islam telah disogok dengan pelbagai
rancangan hiburan di dalam media elektronik dan bukan elektronik.
Sekarang budaya berhibur inimahu ditambahkan lagi dengan konsert-
konsert dan pertunjukan yang langsung tidak mencerminkan budaya
masyarakat timur. Berpeleseran di waktu malam hanya akan mengundang
lebih banyak keburukan dari kebaikan. Dengan kadar jenayah seperti
pembunuhan, rogol dan pembuangan bayi yang semakin meningkat,
kehadiran hub hiburan malam hanya akan menambahkan lagi statistik
jenayah ini sahaja.

Pelaksanaan undang-undang jenayah juga telah gagal menjadi factor
mengurangkan kadar jenayah di dalam negara kerana undang-undang
tersebut tidak menekankan aspek pencegahan dan naluri kerohanian
masyarakat negara.

Dengan membudayakan hub hiburan ini sudah pasti masyarakat Malaysia
akan terus pincang dengan kebejatan akhlak dan moral khususnya di
kalangan muda-mudi.

Kekayaan ekonomi negara sendiri akan punah sekiranya rakyat hanya mahu
berhibur dan tidak berusaha sepenuhnya mencapai kejayaan.

Tindakan kerajaan ini dilihat sebagai cuba mendekati masyarakat bukan
Islam dan masyarakat liberal tetapi mengenepikan kehendak masyarakat
Islam arusperdana yang merupakan majoriti rakyat Malaysia.

PPMM dengan tegas mendesak Perdana Menteri menarik balik Program ETP
tersebut dan menghormati kedudukan agama Islam di sisi Perlembagaan
Persekutuan. DYMM Yang Di Pertuan Agong juga mempunyai obligasi
beperlembagaan (constitutional obligation) pada setiap masa bagi
memelihara Islam dan tatabudaya orang Melayu. PPMM juga merafak
sembah kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong agar mempertahankan jatidiri
kebangsaan yang berteraskan kepada Islam di dalam setiap tindakan
kerajaan.

Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Bertarikh pada 27hb Oktober 2010

October 21, 2010

akh Aiman kemalangan


Hari ini 21/10/2010 sebaik membuka email, saya mendapat berita seorang ikhwah kemalangan di Penang.
Akh Aiman kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke Usrah semalam. Mohon doa semua agar beliau selamat dari kecederaan bahaya dan semoga cepat sembuh. Saya lampirkan email yang saya dapat beserta gambar sekali.


--- Forwarded Message ----
From: "hamidiabuzaki71@yahoo.com" <hamidiabuzaki71@yahoo.com>
To: ismapenang@yahoogroups.com
Sent: Wed, October 20, 2010 7:15:57 PM
Subject: [ismapenang] Keadaan Akh Aiman

Assalamualaikum.

Mohon ikhwah dan akhawat doakan Akh Aiman semoga cepat sembuh. Beliau terlibat dlm kemalangan di mengkuang mlm tadi dlm prjalanan dari Jitra, Usrah di sana, kedua2 tangan beliau patah dan akan dbedah mungkin esok d hspital k.batas, sekarang di wad 3 hspital k.batas, keadaannya stabil, tapi mengadu sakit pada kedua2 tangan yg cedera itu.
Semoga Allah mengganjari beliau dgn pahala yg besar dan menyembuhkannya utk terus menyemarakkan usaha dakwah.

Laporan dri Hspital K.Batas, Pulau Pinang

Us Hamidi Abu Hassan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

______________________________________________________________________________
Hadits Buat panduan/kongsi bersama Daripada Nabi kita tercinta


Dari Sa’ad, ia berkata: bahwa Rasulullah telah bersabda:
“Manusia yang paling berat ujiannya adalah para Nabi, kemudian orang-orang shalih yang meneladaninya. Seseorang akan diuji menurut kekuatan agamanya (imannya), apabila agamanya kuat maka makin berat ujiannya, apabila agamanya kurang kuat maka dia diuji menurut kadar kekuatannya, dia akan diuji terus , sehingga ia berjalan di muka bumi dalam keadaan bersih (tidak berdosa)”.

“Dari Aisyah ra., dia berkata: bahwa Rasulullah telah bersabda: “Sesungguhnya orang-orang shalih akan diperberat (musibah) atas mereka. Dan tidaklah seorang mukmin tertimpa suatu musibah, seperti tertusuk duri atau lebih ringan dari itu, kecuali akan dihapus dosa-dosanya dan akan ditingkatkan derajatnya”. (H.R. Ahmad, Ibnu Hibban, al-Hakim dan Baihaqi)

sekian dari,
mambi86
FK
UNIMAS



October 18, 2010

Jangan cari alasan tinggalkan dakwah



Sepanjang berada dijalan dakwah ini, saya menemukan berbagai-bagai alasan yang saya mahu gunakan untuk meninggalkan dakwah suatu masa dahulu. Terutama apabila saya berjauhan dengan ikhwah dan berkawan dengan kawan-kawan di kolej. Sebab duduk dengan lingkungan kawan-kawan yang tidak berdakwah, kita akan dapat merasakan nikmat kebebasan melayan hawa nafsu. Rasa senang nak buat apa sahaja.  Bisikan syaitan membuatkan kita terus larut tidur,tengok TV, main games,dll. Walaupun  sebelumnya kita giat berdakwah, pergi program dll. Antara alasan saya nak tinggalkan dakwah ialah
  • malas pergi halaqah setiap minggu, rasa jemu dan bosan
  • nak fokus blajar, assigment/tutorial banyak kena buat
  • banyak sangat program dakwah, kena pi uitm, unimas, sekolah, syura dll.
  • x nak pergi rehlah qiyadi, letih, seksa.
  • banyak lagi karat jahiliyah dlm diri x settle (movie,lagu,games,lepak dll), rasa cam munafiq je buat dakwah, tapi diri masih buat maksiat.
  • ada buah hati, kalau ikut halaqah kena clash/break up!!
Mujurlah Allah SWT masih mahukan kebaikan kepada saya lantas memberi kefahaman kepada saya yang membuatkan saya sedar saya adalah Pendakwah!! sekali lagi, saya adalah pendakwah!!

Kepada ikhwah dan akhwat yang masih di IPT, saya ingin berkongsikan kepada anda tentang satu prinsip yang kita mesti faham dalam dakwah.

Sayyid Qutb berkata,  

"Yakhtalitun walakin yatamayyazun, (bergaul/berbaur tetapi tidak sampai bercampur/tetap memiliki keistimewaan)."  

Inilah prinsip yang kita mesti pegang apabila tinggal dengan masyarakat kampus, kuliah dll. Inilah prinsip dakwah Rasulullah dan para sahabat yang tidak pernah bekerjasama dengan kebatilan.  Umpama ikan di laut, isinya tetap manis meskipun air laut itu masin. Seandainya kita tidak kuat berpegang dengan prinsip ini, maka kita akan mudah terpengaruh dengan suasana. Seorang yang digelar dai , pastinya  akan  sentiasa upgrade dirinya untuk menjadi unsur yang mampu mencorakkan/mengubah/mempengaruhi suasana tempat dia tinggal.

contoh: ikhwah/akhwat yang tinggal di kolej, rakan-rakan satu apartmen dengan dia pasti menghormati dia kerana,
  • dia tidak merokok dan tidak membenarkan kawannya hisap rokok dalam biliknya,
  • dia solat berjemaah dan selalu mengajak kawan2 skali
  • dia tidak couple dan selalu bagi nasihat dgn hikmah
  • dia tidak menonton movie barat yg tidak elok, tetapi menonton filem berunsur islam dll.
  • dia rajin belajar dan memberi motivasi
  • dia mesra, penyayang dan selalu memberi salam
Tetapi kalau sebaliknya yg berlaku, dia tidak akan dihormati dan perlu berubah segera. ya, segera!

Sesungguhnya dakwah dengan akhlak itu lebih berkesan dari kata-kata tanpa contoh real.  (rujuk sirah nabawiyah)

Orang akan melihat akhlak kita, baru mereka akan tertarik dgn dakwah. Betapa banyak dai gagal menarik mad'u kerana mereka tidak memperhatikan sisi-sisi ini dalam kehidupan mereka.  Inilah cabarannya. Tetapi saya yakin, seandainya kita istiqamah dalam tarbiyah, pastinya kita dapat merubah segala ini menjadi lebih baik.
Apa yang menjadi kebimbangan saya ialah, ikhwah/akhwat menjauhkan diri dari dakwah dan tarbiyah kerana apabila terlalu berlebihan bergaul dengan kawan-kawan satu kuliah/kolej sehingga menjadi bercampur hingga larutlah peribadi dai yang dibina selama ini. Lalu dia terpengaruh dengan suasana dan kembali ke zaman jahiliyahnya. lebih teruk lagi, dia mula tidak ikut program dakwah dan tidak menghadiri halaqah/usrah. Maka bagi saya itu satu kerugian amat besar kepada  dirinya dan ummat islam. Kepada mereka saya menasihatkan agar kembali kepada dunia tarbiyah, kerana anda adalah harapan ummat.

Iman kita naik turun

  • naik kerana ketaatan
  • turun kerana kemaksiatan
sebab itu apabila kita bergaul dan menjadi bercampur dengan lingkungan kawan-kawan yg bermaksiat, maka iman kita pun turun ,:
  • join aktiviti kolej, kita bergelak ketawa campur laki perempuan. ikhtilat x jaga.
  • dinner kolej ada majlis karoke, campur laki perempuan. sanggup pergi.
sikap kita mesti mencari alasan agar tidak menyertai aktiviti seperti ini, kerana natijahnya menyebabkan iman kita down kerana maksiat. biasanya penganjur (fakulti/ajk kelab) yg buat program maksiat ini akan bagi ancaman,
  •  pelajar tahun 1@ pelaj fk wajib hadir, kalau x hadir kena tindakan disiplin. [ikut pengalaman saya, atas kertas shj ancaman ini, ramai yg x dtg tapi tiada apa2 tindakan]. kalau benarpun hanya surat amaran, mustahil kena buang fakulti, gantung kuliah dll. 
  • saya ada lihat kadang-kadang kita yg beriya-iya nak pergi sedangkan ada program dakwah pada masa itu. Sanggup minta izin escape program dakwah semata-mata menghadiri program dinner dan sbgnya yang berunsur maksiat dalamnya. Bagi saya, mungkin mereka belum benar2 faham. maka itulah tugas kita memahamkan mereka.
fahamkan mereka.!! Jangan takut kepada manusia, tetapi takutlah kepada Allah. Firman Allah SWT,


"Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang- orang yang mendapat kemenangan[1046]. " (24:52)

[1046]. Yang dimaksud dengan takut kepada Allah ialah takut kepada Allah disebabkan dosa-dosa yang telah dikerjakannya, dan yang dimaksud dengan takwa ialah memelihara diri dari segala macam dosa-dosa yang mungkin terjadi.

saya akhiri tulisan ini dengan kata-kata seorang sahabat nabi, Umar bin Khattab  radhiyallah 'anhu berkata berkata, 

" kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan islam. Jika mencari kemuliaan di luar islam, kita akan dihinakan."

Jadi, kesimpulannya. tiada alasan bagi kita meninggalkan dakwah dan tarbiyah. Kerana di sana ada kemuliaan dan kebahagiaan. Kita ikut tarbiyah untuk berubah daripada Zero menjadi Hero. 

sekian. terima kasih
oleh: mambi86@IbnuIdrus

p/s: penulis memohon maaf sekiranya tulisan ini ada mengganggu sensitiviti sesiapa yang membaca. semua artikel yang ditulis adalah bermaksud sebagai perkongsian sahaja. sebarang komen,nasihat dan masukan amatlah dialu-alukan ke alamat : mambi86@gmail.com





October 13, 2010

Jadilah Generasi Awal Dakwah




نحن دعاة قبل كل شئ

Nahnu du’aat qabla  kulli syay-in
"kami para pendakwah, sebelum, segala sesuatu”

inilah cogan kata yang mesti disemat dalam jiwa semua ikhwah dan akhwat dalam memahami bahawa kita adalah pendakwah. walau sesibuk manapun kita, tetap konsisten menyambut panggilan dakwah. Ruhul istijabah (semangat menyambut penggilan ) sentiasa membuatkan kita dalam bersedia. Kita sedia maklum, semua ikhwah/akhwat datang daripada berbagai latarbelakang pekerjaan, antaranya ialah:

a.pelajar IPT/IPTS
b.pekerja kerajaan/swasta
c.usahawan
d.cikgu/pensyarah dll.

Persoalan utama akan bermain dalam fikiran kita ialah masa agak terhad sekiranya kita bekerja dalam sektor swasta dan kerajaan ataupun sebagai pelajar IPT.  Hanya ada waktu malam dan hujung minggu. Maka sebab itulah kita harus sentiasa bersedia mengorbankan harta dan jiwa untuk dakwah? Ada ramai dai mengeluh, "akhi, ana ni kerja kerajaan, masa ana terhad, jadi hujung minggu sahaja ana boleh buat dakwah". benarkah kita sibuk. sebenarnya kesempatan masa itu harus diciptakan. Bukankah menjadi seorang dai itu satu kemuliaan buat kita. bukankah dakwah adalah tiket untuk  kita masuk syurga bersama para orang-orang terdahulu.

"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu
yang memberi kehidupan kepada kamu[605], ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya [606] dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan." (8:24)

[605]. Maksudnya: menyeru kamu berperang untuk meninggikan kalimat Allah yang dapat membinasakan musuh serta  menghidupkan Islam dan muslimin. Juga berarti menyeru kamu kepada iman, petunjuk jihad dan segala yang ada hubungannya  dengan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
[606]. Maksudnya: Allah-lah yang menguasai hati manusia.


Apabila kita berada dalam jemaah dakwah apa pun, kita akan sentiasa menerima tugasan dan pengarahan dakwah.  Maka perlunya ada kesediaan pada jundi untuk terus membantu para qiyadah dalam melaksanakan gerak kerja dakwah. dalam fasa-fasa awal pembinaan dakwah ini, setiap dai harus berebut untuk menyumbang kepada dakwah kerana nilaian  Allah terhadap generasi awal adalah sangat tinggi berbanding mereka yang  datang kemudian. Dakwah di fasa-fasa awal  tidaklah sama cabarannya apabila dakwah sudah kuat. Begitu juga pahala   yang Allah beri adalah darjat yang lebih mulia  di sisi-Nya ini terbukti apabila kita kembali kepada sirah Nabi,  Allah menyebut dalam Al-Quran tentang keutamaan generasi  awal islam: Bahkan keutamaan dan kemulian para sahabat telah disebutkan dalam kitab-kitab umat terdahulu.

"Muhammad itu adalah utusan Allah, dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda- tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat  mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu  menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada  orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. (QS. Al-Fath,48: 29)


Setelah tamat perang Tabuk (perang terakhir yang diikuti oleh Rasulullah SAW), turunlah ayat berikut ini:

Sesungguhnya Allah telah menerima tobat Nabi, orang-orang muhajirin dan orang-orang Ansar, yang mengikuti Nabi dalam  masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima tobat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka, (QS. At-Taubah,9: 117)

 Lebih khusus lagi, Allah memuji para sahabat yang ikut dalam Baiat Ridhwan:

"Sesungguhnya Allah telah rida terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon,  maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dengan memberi balasan  kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya). (QS. Al-Fath,48: 18)

 Juga para Asabiqunal Awwalun (yang paling awal Islamnya) dari kalangan Muhajirin dan Anshar.

 "Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang muhajirin dan Ansar dan  orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah rida kepada mereka dan mereka pun rida kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya  selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar. (QS. At-Taubah,9: 100)

 Kendatipun kita diperintahkan untuk mengikuti para sahabat, akan tetapi tingkat kemuliaan mereka tidaklah sama, melainkan berbeda antara sahabat dengan sahabat lainnya. Tidaklah sama antara para sahabat yang dijamin oleh Rasulullah SAW  akan masuk surga dengan yang tidak. Tidak sama pula antara mereka yang selalu ikut berjihad bersama Rasulullah SAW,  menjadi utusan beliau untuk berdakwah ke negeri-negeri lain, dengan yang tidak. Namun mereka semua masuk ke dalam golongan Ashabul Yamin (golongan kanan) yang disebutkan dalam Al-Quran:

"Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk surga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam surga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, dan segolongan kecil  dari orang-orang yang kemudian."  (QS. Al-Waqi’ah,56: 10-14)

"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian  dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha  Penyayang." [59:10]

Dalam fasa-fasa dakwah belum kuat sekarang. Inilah peluang keemasan buat kita  merebut peluang menjadi generasi pemula yang akan mendapat saham pahala apabila dakwah sudah besar nanti. Tidak mahukah kita?

“Allah memberi hidayah kepada seseorang melalui usahamu, itu adalah lebih baik bagimu dari dunia dan seisinya”  (Maksud hadis Nabi saw)

"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir,  dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah  orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain;
dan mereka tidak akan seperti kamu ini." (47:38) 

Adakah sikap melarikan diri dari dakwah akan membawa manfaat kepada ummat ataupun diri kita?  
sekian. 


p/s: penulis memohon maaf sekiranya tulisan ini ada mengganggu sensitiviti sesiapa yang membaca. semua artikel yang ditulis adalah bermaksud sebagai perkongsian sahaja. sebarang komen,nasihat dan masukan amatlah dialu-alukan ke alamat : mambi86@gmail.com
oleh : mambi86

October 8, 2010

Renungan tentang Ukhuwah, Tajarrud dan Tsiqah

Renungan tentang Ukhuwah, Tajarrud dan Tsiqah 

Oleh  Prof. DR. Mohammed Badi’ – Mursyid Am Ikhwanul Muslimin

Penerjemah : Abu ANaS

Tsiqah terhadap janji Allah dan dukungannya… apakah sudah bergeser rukun ini?! Marilah kita bangkit untuk memeliharanya dan memperbaiki apa yang telah terjadi..

Tsiqah terhadap perlindungan Allah pada jamaah yang penuh berkah ini yang mana kita hidup di dalamnya dengan penuh keberkahan dan keikhlasan, sehingga tumbuh benih di dalamnya diiringi doa bagi siapa yang mencintainya, dan kita bahagia berada di bawah naungannya, dan kita telah menyaksikan dan mendengar akan pengorbanan para penerusnya baik laki-laki maupun wanita, yang belia maupun yang dewasa; mereka mengorbankan harta dan jiwa mereka di jalan Allah dan sama sekali mereka tidak merasa lemah dan tidak pernah menyerah

“Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya”. (Ali Imran:195).

Bukankah ada sebagian dari jamaah ikhwanul Muslimin yang hijrah dan diusir dari rumah dan tempat tinggal mereka?

Bukankah ada diantara mereka yang disiksa dan dihukum mati?

Bukankah diantara mereka ada yang berjihad melawan penjajahan, pendudukan zionis dan pasukan salib, lalu ada yang berhasil membunuh dan terbunuh?

Bukankah ada diantara mereka yang mati syahid dibawah pecutan penyiksaan? Ada yang digantung diatas tiang gantungan? Sama sekali tidak ada kesalahan yang mereka lakukan kecuali hanya mengatakan Tuhan kami adalah Allah?!

Bukankah ada diantara mereka yang menjadi orang yang lemah, menjanda, dan yatim, dan ada diantara mereka yang tetap bersabar baik laki-laki maupun wanita berada di dalam penjara dan penangkapan sepanjang pertikaian antara yang hak dan bathil di semua tempat?!

Inilah jamaah kita… dan begitulah kemuliaannya… Demikianlah sejarah kita… apakah masih ada keraguan akan tsiqahmu terhadap jamaah ini?

Apakah masih ada keraguan akan tsiqahmu terhadap manhaj dan uslub jamaah ini?

Bahwa kami senantiasa mengikuti manhaj yang bersih sebagai undang-undang yang paten untuk merubah politik dan mengembalikan hak dan kemerdekaan.

Apakah masih ada keraguan terhadap tsiqah pada inti perubahan –dan juga terhadap saran-sarana eksternal- ketahuilah bahwa ini merupakan sarana perubahan internal yang ada dalam jiwa; untuk memperbaiki apa yang ada padanya dengan Allah SWT, terhadap dirinya dengan ikhwannya, terhadap dirinya dengan umat manusia seluruhnya bahkan terhadap dirinya dengan alam semesta sehingga menjadikannya sebagai kebenaran sebagaimana yang dimiliki oleh Rasululullah saw sebagai pembawa rahmat bagi semesta alam?!

Marilah kita bangkit memelihara rukun ini dan memperbaiki apa yang telah terjadi.

Kemudian tsiqah terhadap qiyadahmu.. marilah kita berikan nasihat untuk mereka karena ia merupakan agama; karena agama adalah nasihat, dan dapat dimulai pada para pemimpin umat Islam.. seluruh pemimpin umat Islam dan masyarakat secara umum..seluruh masyarakat umum. Karena itu tsiqah bukan berarti pengkultusan dan bukan berarti tidak ada nasihat, bukan berarti ada keraguan dan tuduhan yang tidak mendasar, bukan berarti tidak berfikir pada sesuatu yang lebih baik, karena kita akan diberikan ganjaran terhadap pemikiran yang lebih baik, bahkan sekalipun dihadapan Rasulullah saw seperti yang terjadi pada perang Badr.

Adapun tajarrud adalah timbangan internal yang sangat sensitive sekali, membersihkan jiwa dari hawa nafsu dan tidak cenderung pada sisi kanan atau sisi kiri…
 

“Hai Daud, Sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, Maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah”. (Shad:26)

Tajarrud dalam mengeluarkan hukum (kebijakan)..

Apakah anda telah mencobanya saat menghadapi berbagai permasalahan pada dirimu? Bagaimanakah pertimbanganmu? Apakah anda mendengar dua sisi permasalahan dengan logika seorang jaksa yang memegang tegus prinsip keadilan?

Apakah andan menyadari bahwa jika terjadi kesalahan dalam suatu kebijakan maka kembali pada pertimbangan untuk memperbaikinya adalah solusi yang tepat?

“Perintahkan saya untuk selalu baik menunaikannya, dan perintahkan pada dirinya untuk selalu baik dalam menuntut”

Itulah wasiat Rasulullah saw, tahukah engkau untuk siapakah wasiat tersebut? Itu adalah untuk Umar bin Al-Khattab, khalifah yang adil. Maka bagaimanakah dengan kita?!

Ya Allah anugrahkanlah kepada kami kejujuran dalam berkata-kata, keikhlasan dalam beramal, kebenaran pada saat marah dan ridha, berjihad di jalan Allah, tidak takut karena Allah terhadap celaan orang yang mecela sampai kami dapat berjumpa dengan Tuhan kami dalam berukhuwah yang saling mencintai, bukan dalam kesesatan dan menyesatkan, tidak dalam kehinaan dan penyesalan, tidak berubah, tidak memfitnah dan membawa fitnah. Amin, amin ya rabbal alamin.