September 26, 2010

Yahudi diajar benci penduduk Palesti


Yahudi diajar benci penduduk Palestin
Wartawan dedah Netanyahu tipu proses damai

MUKA depan buku Levy yang mendedahkan penindasan Yahudi terhadap rakyat Palestin.


EDINBURGH: Wartawan akhbar Haaretz, Gideon Levy, yang mempromosi buku barunya bertajuk "The Punishment of Gaza"  menolak tanggapan umum Israel, mengamalkan demokrasi kerana menindas penduduk Palestin. Malah, dalam wawancara dengan akhbar The Independent, beliau mendedahkan taktik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menipu proses damai kerana pemimpin itu menolak perdamaian dengan Palestin.
“Hari ini, ada tiga jenis manusia yang diperintah Israel iaitu warga Yahudi Israel yang memiliki hak sivil sepenuhnya. “Warga Arab Israel yang diberi kewarganegaraan tetapi dikenakan diskriminasi teruk dan penduduk Palestin di wilayah  ditakluki yang tidak memiliki hak sivil mahupun hak asasi manusia. Adakah itu demokrasi?

“Bagaimanakah anda boleh kata ia demokrasi sedangkan dalam masa 62 tahun, tiada satu kampung Arab dibina.

Tak perlulah saya beritahu berapa banyak bandar dan kampung Yahudi dibina dalam masa itu. “Penyelidikan mendedahkan berulang kali hukuman berbeza kepada warga Yahudi dan Arab bagi jenayah sama. Adakah demokrasi apabila seorang pelajar Palestin tidak langsung dapat menyewa pangsapuri di Tel Aviv kerana loghat  dan namanya? 

Setiap bahagian dalam masyarakat Yahudi mengamalkan perkauman,” katanya. Levy berkata, perjuangan utamanya ialah membantu penduduk Palestin supaya dilayan seperti manusia tetapi ia sukar kerana sistem di Israel menyekatnya.

“Kami diajar beberapa perkara seperti manusia Palestin dilahirkan untuk membunuh dan kebencian mereka tidak rasional. Mereka bukan manusia seperti kami.

“Jadi, anda tinggal dalam masyarakat tanpa sebarang keraguan moral dan tiada perbahasan mengenainya secara terbuka. Sukar melawannya meskipun anda meninggikan suara,” kata Levy. Misi perjuangannya menyebabkan menteri Israel menuntut kerajaan memantaunya kerana dia kini dianggap ‘risiko keselamatan’ apabila mendedahkan apa yang berlaku di wilayah ditakluki setiap minggu sejak tiga dekad lalu menerusi Haaretz.

“Misi saya ialah menghalang ramai penduduk Israel berkata saya tidak tahu,” katanya dan mungkin itu menyebabkan pemerintah dan penyokongnya mahu Levy ‘didiamkan.’ Levy menggunakan teknik mudah dengan bertanya warga Israel perasaan mereka jika hidup di bawah telunjuk tentera. Dalam kejadian di Jenin, keretanya berada di belakang ambulans pada sekatan jalan selama sejam. Levy terlihat seorang wanita sakit dalam ambulans dan diberitahu pemandunya bahawa mereka selalu disuruh menunggu berjam-jam lamanya.

Beliau hilang sabar dan bertanya askar Israel apa perasaan jika ibu mereka berada dalam ambulans itu. Askar Yahudi itu mengacu senapang ke arahnya dan menyuruh Levy diam. Satu lagi contoh ialah ketika tentera Israel melancarkan ‘Operation Cast Lead’ membedil Gaza, dua tahun lalu.

“Seekor anjing milik penduduk Yahudi mati kena letupan roket Qassam dan berita itu disiarkan di muka depan akhbar paling laris di Israel. Pada hari yang sama, berpuluh-puluh penduduk Palestin mati di Gaza, beritanya di muka 16 dan ditulis dalam dua baris perkataan saja,” kata Levy.

Beliau juga memahami mengapa penduduk Palestin mengangkat senjata. Katanya, hanya selepas rundingan aman dibalas dengan keganasan oleh Israel menyebabkan warga Palestin menggunakan kekerasan. “Apa yang berlaku jika penduduk Palestin tidak melancarkan roket Qassam (ke bandar di selatan Israel)? Adakah Israel akan menamatkan sekatan ekonominya?

“Karutlah. Jika penduduk Gaza tidak berbuat apa-apa seperti dikehendaki Israel, kes mereka akan hilang daripada agenda, tiada siapa akan peduli dengan nasib penduduk Gaza jika mereka tidak bertindak,” katanya.

Bagi Levy, rundingan damai adalah satu penipuan sejak ia dilancarkan dan tidak akan berjaya. Bagaimana dia boleh tahu?

“Ada satu ujian mudah bagi setiap rundingan damai. Satu keperluan ialah Israel membubarkan penempatan Yahudi di Tebing Barat.

“Jadi, jika anda akan bubarkannya, anda tentu henti membinanya sekarang, betul? Cuma, mereka terus membinanya sejak proses damai Oslo lagi. Seperti pemimpin berhaluan kiri termasuk Ehud Barak dan Tzipi Livni, Netanyahu sentiasa menentang rundingan damai termasuk mendabik dada mahu memusnahkan proses damai Oslo.

Pada 1997, Netanyahu tidak sedar pita rakaman masih berjalan apabila berkata: “Mengapa itu (dasar anti damai) penting? Kerana mulai saat itu saya menghentikan perjanjian Oslo.” “Jika dia boleh mendakwa dan mengugut akan menghentikan proses damai, mengapa anda fikir yang terbaru ini akan berjaya? Selain itu, bagaimana anda boleh berdamai dengan separuh penduduk Palestin? Bagaimana anda boleh singkirkan Hamas dan Gaza,” tanya Levy lagi. – Agensi

artikel ini saya jumpa dalam akhbar berita harian online bertarikh 26 september 2010

sekian: mambi86

September 25, 2010

ikhwah sume ape khabar?



Sungguh, siapa saja yang diberi kebaikan dan keberkahan, maka kebaikan dan keberkahan akan mengiringinya dari waktu ke waktu. Syaikh ibnu Taimiyah menyebutkan bahwa kebaikan yang kedua lantaran kebaikan yang pertama. Oleh karena itu, jangan engkau jadikan perpisahan dengan bulan Ramadhan sebagai akhir dari ketaatan dan kebaikan.

Bersegeralah untuk menunaikan shaum sunnah seperti puasa 6 hari bulan syawal –setelah melakukan qadha jika ada- dan  peliharalah qiyamullail, tilawah Qur’an, sedekah, berbuat baik dan bermanfaat selama hayat masih dikandung badan. begitu juga dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah. Semoga ruhul istijabah (semangat menyambut panggilan dakwah) terus  berkorbar dalam diri setiap ikhwah dan akhwat. Jangan kerana sibuk dengan raya dan bercuti, kita leka dan lalai dalam melaksanakan amanah dakwah. Dakwah ini akan akan terus berjalan kerana ia milik Allah  swt dan kita adalah selamanya hamba-Nya dan kuli dakwah.

Kita memohon kepada Allah SWT, semoga Allah SWT. memberikan akhir hidup kita dengan amal-amal kebaikan, husnul khatimah. Ya Allah SWT terimalah amal ibadah kami seluruhnya. Amin


sumber:
-al-ikhwan.net
-mambi86

September 21, 2010

Takziah atas pemergian Ust. Dahlan, pengasas Haluan



Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bahagian sarawak ingin  merakamkan ucapan takziah kepada ahli-ahli keluarga Ustaz Dahlan Mohd Zain di atas pemergian beliau ke rahmatullah pada hari Sabtu, 18 September 2010, jam 9.55 pagi. Takziah juga buat Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) di atas pemergian Allahyarham yang juga merupakan pengasas HALUAN.
 
Saya masih ingat lagi, ketika masih menuntut dalam ijazah di UNIMAS. Sering kali saya mendengar nama beliau di sebut-sebut ketika dalam program - program dakwah sebagai antara salah seorang tokoh dakwah yang terkenal dengan kerja-kerja dakwahnya yang memberi impak besar dalam masyarakat. Malah, ketika saya sedang belajar ilmu dakwah dan tarbiyah dengan guru saya Dr Hizul dahulu, Dr selalu menceritakan tentang kebaikan-kebaikan Ust Dahlan  dalam membawa dakwah sehinggalah beliau menubuhkan Haluan yang sinonim dengan nama Ust. Dahlan. Malah saya juga meminati majalah Haluan yang diterbitkan oleh mereka. Sejak dahulu lagi apabila mendengar nama Ust Dahlan saya telah memasang impian agar dapat bertemu dengan beliau. Namun, nampaknya tidak kesempatan.

Sesungguhnya pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan yang amat besar buat umat Islam terutamanya di kalangan mereka yang bergiat dalam lapangan dakwah. Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga Allah SWT menempatkan roh beliau bersama para anbiya’, siddiqeen, syuhada’ dan solihin. Al-Fatihah.

Semoga kita juga dapat mengikuti jejak langkah beliau dalam menjadikan seluruh hidup ini untuk berdakwah sehinggalah nyawa terakhir. Sebuah seni kematian paling indah, mati dijalan dakwah. Allahuakbar!
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

rujukan : http://www.ismaweb.net/v4/perutusan-takziah-atas-pemergian-ustaz-dahlan-mohd-zain/

September 14, 2010

Selamat Hari Raya


Selamat hari raya dan mohon maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini. Semoga kehadiran bulan syawal ini menjadikan kita insan yang baru kembali kepada fitrah menjadi hamba Allah yang bertaqwa di dalam menjalani kehidupan yang penuh mencabar ini.


mambi86

September 5, 2010

10 hari terakhir Ramadhan

Pecutan akhir 10 malam terakhir Ramadhan

Firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr?  Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera)  malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Malam-malam yang kita lalui sungguh indah nilainya apabila dihiasi dengan amalan-amalan bernilai ibadah. segalanya kita lakukan hanya kerana Allah swt. Oh indahnya pemandangan di langit UNIMAS pada waktu tengah malam, bintang-bintang berkerlipan dengan sekali-sekala dibuai angin sejuk bumi kenyalang memang membahagiakan sesiapa sahaja yang bergelar manusia. Alhamdulillah kita telah diberi peluang sekali lagi untuk memasuki fasa terakhir di bulan ramadhan. Hari ini, kita bertekad untuk melipatgandakan amalan, bahkan memohon ampun setiap malam agar dijauhkan daripada azab api neraka. Semua orang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar malam lailatul Qadar, maka seandainya kita tidak menyertai mereka amatlah menghairankan kerana apakah ada lagi perkara yang lebih bernilai selain daripada mendapat keampunan daripada Allah swt dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya.  

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" (3:185) 

 Menurut Ust Halim, Mukmin sejati akan semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut  digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut  untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada  Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra.
 
Maka bagi kita para dai, mari rebut peluang ini, ber'tikaf dan menghidupkan malam dengan dzikir,tilawah,solat sunat dan amalan-amalan lain bernilai ibadah. Tidak lupa juga agar ikhwah dan akhwat mendoakan agar dakwah kita akan terus maju dan umat islam akan kembali bangkit di Malaysia dan dunia amnya.
 
Realiti di sekeliling kita

Dalam kesibukan kita mengejar malam terhebat Lailatul Qadar, ada juga kawan-kawan kita disibukkan dengan perkara sia-sia sehingga meninggalkan solat berjemaah, terawikh dan qiamullail, antara yang saya nampak ialah:
  1. main games komputer (DOTA, PS3,)
  2. menonton wayang (dipawagam/laptop)
  3. melayan facebook
  4. berdating (couple)
Sangat menyedihkan kerana fenomena ini berlaku di pusat kecermerlangan ILMU, Universiti atau menara gading di negara kita. Tidak dinafikan tidak semua mahasiswa terjebak. Tetapi majoriti mereka lalai dengan perkara-perkara sia-sia begini. Inilah kesan serangan pemikiran oleh musuh-musuh islam. Umat dalam bahaya!

Apa harus kita lakukan
  
Selalunya saya terus sahaja memegang bahu mereka dan mengajak untuk ke surau. Sekiranya mereka tidak mahu. Lantas saya terus memberi nasihat secara hikmah agar mengisi masa di bulan ramadhan ini dengan amal ibadah. Di sini selalunya saya berjumpa dengan sahabat yang leka bermain game komputer. Sedih rasanya bila diajak mereka sebut insyaAllah (tandanya x datang). Sebenarnya bagi para dai, ini adalah mad'u kita dan menuntut kita untuk memuhasabah diri sejauh mana kita telah berbuat untuk menyedarkan para pemuda islam agar bangkit dari kelalaian dan tidur. Bulan ramadhan adalah juga bulan untuk kita evaluasi usaha dakwah kita setahun yang lepas. Agar satu syawal nanti kita mendapat semangat baru untuk lebih menggandakan usaha dakwah. Ingatlah! Masih banyak kerja dakwah kita perlu lakukan dan ia akan semakin bertambah dari hari ke hari. justeru, kita memahami hanya jalan tarbiyah sahaja mampu membina satu generasi harapan ummat, meskipun ia jalan yang panjang dan penuh rintangan. Itulah sunnah perjuangan. Tidak ada kebangkitan dan kejayaan suatu umat, melainkan ia hadir setelah adanya pengorbanan dan kerja yang berterusan.

Firman Allah swt;
"Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (94:5-6)

Gembira rasanya

Apabila melihat golongan pemuda menghabiskan malam-malam terakhir ramadhan dengan ber'tikaf dan beribadah. Semoga kita juga tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang terpilih untuk mendapat malam lailatul qadar. Agar diampunkan dosa-dosa kita dan dikabulkan segala impian dan cita-cita mulia kita.


Buat ikhwah dan akhwat, Selamat beri'tikaf dan beramal soleh.

mambi86