Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

August 16, 2010

Bulan cinta: Daurah sarawak- 2


Alhamdulillah hari-hari kita di bumi cinta ini subur seiring kenyamanan udara pagi yang segar. Secerah langit yang membiru di Kota Samarahan ini,  rasa aman dan damai begitu menenangkan sesiapa sahaja  yang menjejakkan kakinya di sini. Seiring kebahagiaan di rasa maka hadirlah  Dasar-2 yang telah berlangsung dengan jayanya.


Setelah lama menanti akhirnya program ini berjalan di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Dengan menampilkan Ust. Aziziee Hassan sebagai penceramah jemputan daripada HRD ISMA pusat. Kehadiran peserta mencecah lebih kurang 100 ikhwah/akhwat dari kalangan mahasiswa/i IPT, para pendidik, peniaga, usahawan, doktor perubatan, asatizah, askar, jurutera serta anak-anak membuatkan program ini begitu meriah dan penuh rasa ukhwah. Mereka datang sejauh limbang, sibu, bintulu dan kuching hanya semata-mata kerana Allah s.w.t membuatkan rasa rahmat Allah s.w.t sentiasa turun dalam hari-hari kami di sini. Semoga segala pengisian daripada Ust.Aziziee memberi kita semua ilmu dan kefahaman berguna untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Kpd semua ajk terlibat jzk diucapkan. Semoga semua amal dan pengorbanan kita diterima Allah swt.

gambar sebahagian peserta yg hadir
Ust.Aziziee Hassan

Dalam Program ini, Ust Aziziee membentangkan topik yang amat penting dalam dakwah kita iaitu Ushul Isyirin (Usul 20 Hasan Al-bana). Topik ini amat penting untuk difahami dan diaplikasikan dalam kehidupan kita terutamanya dalam membawa risalah dakwah ini. Selain itu, Pengisian bertajuk "Antara ijazah dan risalah turut memberi pemahaman yang baik kpd ikhwah dan akhwat terutamanya  yang sedang belajar di dalam mengetahui tujuan dan matlamat berada di IPT ini.  Ternyata Ust.Aziziee merupakan seorang penceramah yang hebat dan menarik gaya penyampaiannya sehingga membuatkan semua para-peserta gembira. Selain itu, ust juga menyelitkan soalan-soalan kepada para peserta untuk menguji kefahaman mereka. Alhamdulillah, respon daripada semua peserta amat baik .

InsyaAllah, kita akan mengadakan DaSar ke-3 pada bulan hadapan. Nantikan kemunculannya..

  Akhir kata ......RAMADHAN KAREEM!!
SEKIAN.terima kasih

mambi86

No comments: