August 30, 2010

Merdeka yang saya impikan?


Menjelang sambutan kemerdekaan,
aku adalah seorang pemuda berbangsa melayu
aku juga adalah seorang pemuda  islam,
aku adalah bangsa melayu yang hebat dan aku mulia kerana agama islam,
apa erti merdeka dalam hidupku?
aku hanya mahu melihat bangsaku kembali mulia dengan islam,
aku tidak sanggup lagi melihat bangsaku hina di tanah sendiri,
aku sudah bosan dengan perpecahan bangsaku,
aku sangat sedih melihat bangsaku rosak akhlaknya, rosak moralnya,
aku risau melihat bangsaku merempat di negara sendiri,
aku bimbang bangsaku hilang jatidirinya,
aku hairan bangsaku sudah takut mengaku dirinya adalah melayu, apatahlagi sebagai islam,
aku mahukan islam kembali menyatukan bangsaku, agar islam kembali berdaulat,


aku mengimpikan sebuah kehidupan yang penuh rahmat,
bangsaku kembali bersatu dan kuat,
Islam kembali berdaulat dan dihormati,
para pemuda dan pemudi bangsaku beraklak mulia dan merdeka jiwanya,
aku mahukan pemuda dan pemudi bangsaku bangkit dari tidur dan kelalaian,
menjadi hebat dan bertaqwa,
semua orang bahagia dan saling menghormati,
tiada lagi kata-kata benci, tiada lagi ayat-ayat fitnah,
aku mahukan semua pemimpin menjadi contoh kepada kami golongan muda,
agar dapat kami ikuti jalan mereka yang membawa kepada keredhaan Tuhan,
aku juga mahukan golongan agama kembali bersuara tegas, agar islam terpelihara maruahnya,


aku tidak mahu sambutan merdeka itu hanya slogan-slogan kosong,
dilaungkan hanya sekadar di bibir, tetapi aku mahu jiwa yang benar-benar merdeka,
jiwa-jiwa yang penuh dengan jati diri melayu dan islamnya, tersenyum megah penuh
bangga dan disegani oleh kaum lain.
aku mahu kaumku menjadi pemimpin yang kuat dan adil.
aku mahu merasai kehangatan cinta yang suci dan agung yang Tuhan ajarkan dalam ayat sepuluh surah al Hujurat,
aku mahu kaumku kembali kepada islam sepenuhnya, kerana hanya itu jalan untuk kembali mulia dan merdeka.

Kebangkitan bangsaku melayu bukanlah asabiyah jahiliyah yang ku maksudkan,
tetapi ia adalah kebangkitan yang membawa keadilan islam,
keadilan itu mengembalikan hak semua kaum dan bangsa,
Islam yang telah membawa kebahagiaan kepada rakyat Eropah, Andalus, Turki, dan negara arab suatu masa dahulu,
disinilah kita akan semai kembali dan pupuk dalam jiwa umat islam semuanya,
kerana islam itu adalah islam yang syumul yang  membawa rahmat kepada negaraku, Malaysia tercinta.

merdeka! merdeka! merdeka!

Aku hanya mahu bangsa melayu kembali sepakat, agar islam kembali berdaulat.

merdeka ini, aku berjanji dalam diriku. Untuk aku membantu bangsaku dan agamaku agar kembali merdeka dan mulia.
Aku mahu meneruskan langkah-langkah suci  Burhanuddin El Helmi, Syeikh Syed Al Hadi dan lain-lain ulama  untuk memartabatkan bangsa Melayu dan islam
Agar bebas merdeka
seperti burung hud-hud yang terbang melata di bumi Allah, terbang dengan membawa jatidirinya sebagai makhluk yang beriman dan pendakwah.

Ramadhan Kareem!!

yang benar,
mambi
kota samarahan, sarawak.


August 25, 2010

Gaza : Mesir rampas 3 terowong rakyat palestin




KNRP - Pasukan keamanan Mesir berhasil menemui 3 terowongan di selatan Rafah, selatan Jalur Gaza, yang digunakan untuk penyeludupan antara Mesir dan Jalur Gaza, termasuk terowongan untuk menyeludup kenderaan dan dua terowongan untuk menyelundupkan barang.


Mesir juga berhasil menggagalkan operasi penyeludupan sejumlah besar barang-barang ke Jalur Gaza melalui terowongan-terowongan yang berhasil dirampas, sehingga sejumlah besar pakaian raya dan peralatan elektrik serta suku cadang untuk mobil berhasil disita. Demikian seperti diberitakan paltimes. Senin (23/8)
.

Sumber-sumber keamanan Mesir mengatakan bahwa layanan keamanan di Rafah melancarkan operasi keamanan pada Minggu (22/8/2010) di daerah Dhaniyah di perbatasan di selatan Penyeberangan Rafah, dan berhasil menyita dua terowongan untuk menyelundupkan mobil, terowongan yang disita itu memiliki diameter sekitar 3 meter dan dilengkapi dengan pintu terowongan dalam bentuk sebuah landasan untuk mendaratnya mobil-mobil yang diselundupkan ke Jalur Gaza.


Terowongan yang berhasil ditemukan itu merupakan terowongan yang ketiga belas untuk penyelundupan,mobil yang berhasil ditemukan selama setahun ini, dan terowongan untuk mobil itu berjarak dari perbatasan dengan Jalur Gaza sekitar 250 meter.

Askar  Mesir juga terus melancarkan operasi di area terowongan- terowongan di perbatasan Rafah, di mana sekitar dua ribu meter dari penyeberangan darat rafah berhasil menemukan dua terowongan untuk menyelundupkan barang ke tanah pertanian di Jalur Gaza yang tidak berpenduduk, dimana di lahan kosong itu ada sebuah pohon yang tinggi dan lebat.

Sejumlah besar barang di dua terowongan itu berhasil disita dan diangkut dengan 10 truk pengangkut untuk disimpan di gudang pemerintah Mesir sebelum dilelang public.

Sumber-sumber keamanan Mesir mengatakan bahwa total terowongan yang berhasil dikuasai pemerintah Mesir selama tahun 2010 ini sekitar 550 terowongan, dan terowongan-terorongan telah dihancurkan.(milyas/aljzr)

sumber : http://www.knrp.or.id/berita/aktual/mesir-sita-3-terowongan-gaza-makin-sulit.htm

August 16, 2010

Bulan cinta: Daurah sarawak- 2


Alhamdulillah hari-hari kita di bumi cinta ini subur seiring kenyamanan udara pagi yang segar. Secerah langit yang membiru di Kota Samarahan ini,  rasa aman dan damai begitu menenangkan sesiapa sahaja  yang menjejakkan kakinya di sini. Seiring kebahagiaan di rasa maka hadirlah  Dasar-2 yang telah berlangsung dengan jayanya.


Setelah lama menanti akhirnya program ini berjalan di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Dengan menampilkan Ust. Aziziee Hassan sebagai penceramah jemputan daripada HRD ISMA pusat. Kehadiran peserta mencecah lebih kurang 100 ikhwah/akhwat dari kalangan mahasiswa/i IPT, para pendidik, peniaga, usahawan, doktor perubatan, asatizah, askar, jurutera serta anak-anak membuatkan program ini begitu meriah dan penuh rasa ukhwah. Mereka datang sejauh limbang, sibu, bintulu dan kuching hanya semata-mata kerana Allah s.w.t membuatkan rasa rahmat Allah s.w.t sentiasa turun dalam hari-hari kami di sini. Semoga segala pengisian daripada Ust.Aziziee memberi kita semua ilmu dan kefahaman berguna untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Kpd semua ajk terlibat jzk diucapkan. Semoga semua amal dan pengorbanan kita diterima Allah swt.

gambar sebahagian peserta yg hadir
Ust.Aziziee Hassan

Dalam Program ini, Ust Aziziee membentangkan topik yang amat penting dalam dakwah kita iaitu Ushul Isyirin (Usul 20 Hasan Al-bana). Topik ini amat penting untuk difahami dan diaplikasikan dalam kehidupan kita terutamanya dalam membawa risalah dakwah ini. Selain itu, Pengisian bertajuk "Antara ijazah dan risalah turut memberi pemahaman yang baik kpd ikhwah dan akhwat terutamanya  yang sedang belajar di dalam mengetahui tujuan dan matlamat berada di IPT ini.  Ternyata Ust.Aziziee merupakan seorang penceramah yang hebat dan menarik gaya penyampaiannya sehingga membuatkan semua para-peserta gembira. Selain itu, ust juga menyelitkan soalan-soalan kepada para peserta untuk menguji kefahaman mereka. Alhamdulillah, respon daripada semua peserta amat baik .

InsyaAllah, kita akan mengadakan DaSar ke-3 pada bulan hadapan. Nantikan kemunculannya..

  Akhir kata ......RAMADHAN KAREEM!!
SEKIAN.terima kasih

mambi86

August 13, 2010

ikhwah kemalangan : akhi Nukman dan akhi shahril

Makluman terkini



Kajang,12 Ogos 2010:  ikhwah KL melaporkan semalam dua orang ikhwah kita ,akhi Nukman dan akhi shahril kemalangan motorsikal berdekatan stesen komuter UKM. Difahamkan mereka sedang pulang daripada kerja di UKM ketika itu. Bagaimana kemalangan terjadi tidak dapat dipastikan kerana ketika itu tiada ikhwah di sana. Mereka di bawa ke Hospital kajang dan terus dimasukkan ke unit ICU sehingga hari ini.

Doktor melaporkan:
akhi Nukman : cedera di bahagian perut, ada kesan koyak di limpa. pembedahan perlu dilakukan segera.

akhi shahril  : kritikal, kerana masih koma sejak semalam. Dihantar ke HKL untuk scan dan diagnos bahagian kepala.Disyaki ada pendarahan di bahagian kepala.

13 Ogos 2010 [ masih dalam ICU]

Pagi ini, akhi Amzar melaporkan bahawa keadaan ikhwah masih dalam ICU. keluarga sudah dimaklumkan. akhi nukman sudah jalani pembedahan. akhi shahril masih dalam kritikal. 

Mohon Doa dan sokongan moral

Kami memohon semua ikhwah dan akhwat agar mendoakan supaya mereka selamat dan kembali sihat.
Juga kepada akhwat, diharapkan dapat memberikan sokongan dan semangat kepada zaujah akhi shahril , iaitu ukhti Nad melalui ziarah, sms dan telefon , kerana dalam keadaan begini, pastinya beliau memerlukan akhwat semua di sisi.

Semoga Allah menyembuhkan ikhwah kita yang sudah banyak jasa kepada dakwah ini.  Mereka adalah antara ikhwah yang sangat komitmen dan dikagumi dalam dakwah dan tarbiyah. Bahkan, akhi shahril sekarang merupakan murabbi kepada adik ana sekarang di matrik banting. Akhi Nukman pula, kini menghidupkan dakwah di KL dan sekitarnya.

Kami yang berada jauh di Sarawak ini turut menyatakan rasa sedih dan dukacita atas berita ini, InsyaAllah akan sentiasa mendoakan agar Allah membantu ikhwah kita ini.agar diselamatkan dariapda apa-apa kecederaan serius. Apa yang terjadi ini pastinya ada hikmah disebaliknya. Kerana segalanya adalah ketentuan Allah swt. Bahkan ia punya hikmah buat semua kita.

Semoga keluarga akhi nukman dan akhi shahril sabar dengan ujian dari Allah ini.

“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    “Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Beginilah Allah memilih hamba-Nya untuk menghuni syurga-Nya di akhirat nanti, dengan memberi ujian sama ada kecil atau besar. Hanya orang yang kuat imannya saja yang layak mendapat kesejahteraan yang abadi.


 sumber rujukan :  daripada akhi Amzar.

mambi86 from FK,UNIMAS.

August 12, 2010

Cinta terus bersemi : JKP ISMA ziarahi akhi Aizam

Terima kasih kepada JKP ISMA kerana telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan derma daripada semua ikhwah dan akhwat seluruh Malaysia.

 gambar 1: saudara hafidz (isma sarawak), Ust Mad, akhi Aizam dan Ust wan.

Dua orang ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) ISMA iaitu Ustaz Mohamad Ismail dan Ustaz Wan Hisham Wan Embong daripada Sekretariat Dakwah & Sosial ISMA baru-baru ini telah mengadakan kunjungan ziarah ke atas seorang aktivis ISMA di Sarawak, saudara Nuraizam bin Idris.

Saudara Nuraizam kini sedang terlantar di Hospital Umum Sarawak setelah terlibat dalam satu kemalangan pada 18 Julai 2010 yang lepas. Beliau merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Sebagai tanda keprihatinan dan bantuan bagi meringankan ujian yang menimpa saudara Nuraizam dan keluarga, Ustaz Mohamad juga telah menyampaikan sedikit sumbangan yang diperolehi menerusi kempen derma kilat di kalangan ahli-ahli ISMA.

ISMAWeb mendoakan agar Saudara Nuraizam dan seluruh keluarga mereka dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini. Didoakan juga semoga beliau akan segera sembuh dan dapat meneruskan amal-amal dakwah dengan lebih bersemangat insya Allah.

Saudara Nuraizam boleh dihubungi di talian      013-8254023     atau   013-8073201  

Pembedahan telah berjaya dilaksanakan pada Isnin   9 Ogos 2010

Alhamdulillah, pembedahan telah berjaya dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar Hospital Umum Sarawak dalam masa lebih kurang 4 jam setengah. Sekarang ini akhi Aizam masih lagi lemah dan di kawal rapi oleh kakitangan Hospital selepas menjalani pembedahan yang penting itu. Beliau kehilangan banyak darah dan tekanan darah lemah selepas pembedahan. Semoga beliau cepat sembuh dan kembali cergas . 
Syukur kpd Allah swt diatas segala bantuan dan kasih sayang-Mu.


sekian. mambi86.