Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

June 19, 2010

Pesan seorang da'i

Alhamdulillah,

figure1: Halaqah asasi sains



Semalam selepas isyak, sempat menemankan ikhwah berhalaqah bersama adik2 asasi sains. Melihat mereka teringat zaman semasa mula-mula ikut halaqah di matriks dulu. Begitulah semasa melihat semangat mereka hadir dan melaksanakan tugasan masing-masing membuatkan  kenangan dulu menerpa kembali. Justeru ini semua membuatkan kita terus bersyukur dalam hidup. Ketika sampai saat evaluasi mutabaah, mereka begitu semangat ingin meningkatkan ibadah. Sampai-sampai, mereka tidur di masjid setiap malam agar dapat subuh berjemaah. cume qiam mereka sikit. bile ditanya, mereka bangun saat azan. Tidak mengapa, asalkan  terus berusaha.Subhanallah! selepas itu, sampai saat ibadah puasa, mereka puasa setiap hari isnin sampai khamis. kalah ana. dgn akh kimi.  Dalam tarbiyah, inilah yang membuatkan kita semakin bersemangat untuk buat halaqah, apabila kita berjumpa dengan mad'u yang benar-benar ingin berubah, sehingga membuatkan kita untuk menjadi lebih baik daripada mereka.



Teringat kata-kata akh A"a Gym, seorang pendakwah terkenal daripada Indonesia, dia berkata " Yang terpenting dalam hidup ini hanya 2 perkara , satu: perbaiki diri terus-menerus , setiap kejadian harus buat kita perbaiki diri terus menerus dan yang kedua, berikan yang terbaik dalam hidup kita dengan ikhlas dan istiqamah. Jangan berharap apa pun kecuali ingin ikhlas dan konsisten "

Dalam dakwah kita berharap begitulah, agar terus perbaiki diri dengan tarbiyah dan terus ikhlas dan istiqamah dalam melaksanakan dakwah serta berusaha memberikan terbaik apa yang kita mampu.


figure2: bersama ikhwah selepas halaqah asasi sains

Selepas itu, ana dengan akh fariz ke kuching pula bersama ikhwah medic first year mabit di rumah baru akh ruduan. Alhamdulillah dapat qiam bersama-sama. Pada paginya semasa sarapan bersama ikhwah medic di pasar satok, kami dapat tahu ayah akh aizat IP rajang sudah kembali ke rahmatullah pagi semalam. Semoga ditempatkan dikalangan orang soleh. Amin. kami terus call, dan mengucapkan takziah kepada akh aizat. Ayah beliau meningggal kerana sakit buah pinggang  menurut dia. Kami semua harap akh aizat terus tabah dalam menghadapi ujian ini. Akh aizat merupakan junior ana semasa di sekolah teknik gombak dahulu.

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. "(3:185)

No comments: