June 18, 2010

hidup bersama dakwah

Merenung betapa jalan dakwah ini sayangnya kita padanya. Betapa banyaknya kenangan indah dan pahit dirasai bersama sahabat-sahabat yang setia. Betapa nikmat Allah itu tidak pernah akan mampu kita hitung selamanya.

Dan sekarang adalah masanya untuk terus berjalan dengan langkah berani, membangkitkan kembali semangat dakwah dalam diri sendiri serta setiap ikhwah dan akhwat, agar ia terus membara.

Seiring masa berlalu, tugasan akan terus bertambah bagi mereka yang hidup bersama dakwah, kerana dakwah hidup bersama mereka. Begitu juga sebaliknya, banyak orang melepak menonton piala dunia bola sepak, kerana mereka hidup bersama bola, tidak bersama dakwah.

“li kulli da’watin marhalatuha, wa likulli marhalatin muthallibatuha, wa lukulli muthallibatin rijaluha.”

Setiap dakwah ada marhalahnya, setiap marhalah ada tuntutannya, dan setiap tuntutan ada orangnya yang akan mengerjakannya.

No comments: