April 26, 2010

Kopi Ling zhi


Malam semalam,



kami menerima kunjungan seorang ikhwah P dari perak. Kedatangannya ke Sarawak atas urusan kerja dan dakwah. Alhamdulillah mendengar pengisiannya tentang gerak kerja dakwah dengan gaya penyampaiannya yang penuh semangat betul-betul memberi inspirasi kepada kami untuk menyemarakkan lagi kerja-kerja dakwah. Dengan menaiki van yang dibekalkan Dr.K. kami menempuh perjalanan dalam 30 minit je menuju rumah Dr.K. Dalam perjalanan, seronok terasa apabila ada kesempatan berbual dan bermesra bersama ikhwah. first time ana bawak ikhwah naik van. he..he..

menarik di dalam pembentangan ikhwah tersebut, beliau membentangkan strategi gerak kerja dakwah yang begitu tersusun dan rapi sekali. sungguh tak disangka dakwah ini sudah jauh ke depan tidak seperti yang kami sangka. Bahkan statistik pendataan dan jangkaan jumlah ikhwah yang akan dicapai juga sudah ditetapkan dengan analisis dan kajian yang detail. tercengang jugak ikhwah2. Alhamdulillah, beginilah seharusnya dakwah. Dalam masa pembentangan tersebut, sebenarnya dalam fikiran ana juga ada di satu tempat lain. Iaitu di Hulu Selangor. Pilihan Raya kecil P94.  Dapat tahu PR kalah terkejut jugak. Ana jangka mereka menang. Tak pa lah Mudah-mudahan BN menggunakan kesempatan ini untuk berbakti dan mengotakan janji2 mereka kepada rakyat di Hulu Selangor. Bagi PR, teruskan perjuangan. Inilah adat bertanding, ada menang ada kalah.

Dakwah ini , sedang menempuh fasa-fasa transisi yang positif. Berbekalkan tenaga kerja yang ada, Maka kita mampu bergerak dengan izin Allah swt untuk menyebarkan cahaya kebenaran di bumi Kenyalang ini. Walaupun ada segolongan yang tidak mahukan kehadirannya,ada segolongan  kurang selesa dan ada segolongan tak kisah serta ada juga segolongan sangat menerima, namun yang pasti  kita yakin kehadiran kita akan merancakkan gerak kerja gerakan lain dan membantu memberi perbaikan kepada masyarakat di sini. dalam erti kata wujud persaingan sihat dalam mengerjakan kebaikan. maknanya kalau kita faham fiqh dakwah, mudah lah ceritanya.

Selesai pembentangan ikhwah P , kebetulan Ust. N baru balik dari KL bertemu ikhwah dan qiyadah di sana. Beliau menyampaikan banyak informasi baru ttg dakwah dengan semangat sekali. Satu persatu di ceritakan, disamping menyampaikan salam dari akh Prof. Ust juga ambil kesempatan menayangkan montaj video program2 ikhwah di semenanjung dan antara video yang best jugak tentang perjuangan ikhwah2 di Iraq. sungguh menyentuh hati dan membakar semangat juang kami. Video yang versi arab itu di terjemahkan satu persatu oleh ust N. Memang best dan faham. slalu kalau tengok x faham sebab dia tulis arab, kali ni Ust N tolong terjemahkan . memang best. Alhamdulillah.



Selesai Program, selepas hantar ikhwah P balik ke tempat penginapan. kami macam biasa la..ikhwah2 ni. singgah jap minum2.he..he..kali ni minum kopi Lingzhi...sebenarnya nak minum teh halia or kopi susu kambing..sayang tak da pulak....malam ni kami singgah di restoran "liza gourmet". pelik namanya, tapi tempatnya menarik dan terkenal dengan nasi ayam penyek dan ikan keli penyek. memang best. harga pun best. skali skla boleh la..he.he.

[disebabkan Hp ana hilang, jadi tak dapat nak rakamkan lagi saat indah malam kelmarin. ]


kepada ikhwah2 semua, selamat menempuh exam final. Mudah-mudahan Allah membantu kalian. Amin.





1 comment:

abu ridho said...

alhamdulillah, mudah mudahan ikhwah akhwat bumi kenyalang juga dapat buat perencanaan yang detail sebegitu di bumi kenyalang ni..kena siap ukur dan kira besar mana takungan 'air' yang nak bina, baru boleh cedok air yang ber 'mineral' tinggi..

O.k boss mambi..selamat berkarya..