April 25, 2010

Bakso cinta


Sudah lama rasanye ana tidak menulis tulus mencurahkan isi hati..untuk dikongsikan bersama sesiapa yang sudi membaca. 

Dengan menaiki Honda ex 5, motor kesayanganku yang masih istiqamah dengan dakwah. Menuju ke kuching. Perjalanan dengan hujan lebat begitu menggamit memori lama dalam dakwah. Teringat suatu ketika dahulu, pernah ana dan akh daus pergi taklim medic. Tiba-tiba hari hujan dalam perjalanan. Basah baju kami disebabkan tiada baju hujan. Malam tu, apalagi. Bagi taklim dalam keadaan baju basah, pelik budak2 medic tu tgk ..siap beralas dengan kain ketika bagi taklim.. Kesian akh daus, dia terpaksa ikut ana. Begitulah kisah lama. Cume malam ni, ana sempat singgah petronas dan beli baju hujan berharga RM11.50.  hujan memang lebat. Ada laptop pulak dalam beg, jadi memang kena ada baju hujan. Begitulah ceritanya.

Malam ini, ana mengisi program bersama adik-adik sekolah menengah pending di rumah Dr.K. seronok juga mengisi anak-anak sekolah ini. Ustazah kata tajuk bebas. Ana pun tercari-cari tajuk yang sesuai. Last-last petang tadi ana decide bagi tajuk : “ciri-ciri wanita solehah”. Disebabkan pesertanya semua akhwat, jadi ana bagi tajuk yg sesuai dengan mereka. Masanya pulak 1 jam.  Setelah agak lama tidak mengisi pelajar sekolah, jadi agak janggal. Alhamdulillah dengan sedikit skill pengucapan awam yg ada, dapat le jugak menghiburkan adik2 tu. Ana masukkan sedikit video dan lagu..sebab budak2 dia akan mudah terima dan faham melalui pendekatan cerita dan video.



Selesai mengisi, Ana pergi minum dengan akh Agam. Dalam perjalanan  dan ketika minum di pasar satok. Kami melihat banyak ragam manusia. Masing –masing dengan urusan mereka. Dalam suasana hujan renyai-renyai kami duduk minum sambil bercerita tentang  dakwah. Nampaknya dakwah sekolah kita makin baik dan semakin teratur. Akh agam adalah anak jati borneo. Insyaallah bakal salah seorang peneraju dan pemimpin dakwah ini suatu masa nanti. 

Agak lama kami berbual di kedai makan, sambil menikmati bakso cinta dan kopi susu kambing. Maklumlah orang bujang. Kami cuba menikmati saat –saat ini dengan seadanya. Ada la jugak ana cerita bab nikah dengan akh agam, beliau juga macam ana, sedang dalam perancangan.  Insyaallah, kami yakin dengan ketentuan Allah. Bile sampai masanya, ada la. Cuma agak letih jugak nak melayan soalan bertalu-talu daripada ikhwah. Antum, bile lagi?,,,bile lagi?...huh…apa-apapun salah seorang ikhwah sama batch dgn ana akan nikah pada bulan mei ini. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar. Amin.

Malam tu, ana decide tidur rumah akh Agam, kerana sudah larut malam. Kalau balik unimas . sudah lewat. Jadi malam itu, sebelum tidor, ana pun tulis la posting ni…mudah-mudahan bermanfaat walaupun Nampak macam cerita-cerita orang bujang sahaje.. esok, pagi-pagi akan amik van umah Dr dan cadang nak pi serikin dengan akh Ahis. Dia nak beli barang penting katanye.ok..itu sahaja kot..ana nak kongsi..tak de apa-pun..

"jadilah orang yang berguna di mana sahaja anda berada, nescaya hidup anda akan bahagia"

   Akhir kata semoga semua  kita terus istiqamah dalam keimanan dan dakwah.

by: mambi86
12.50 am. kuching, sarawak 25/4/2010

 

1 comment:

A.K.U dan K.A.M.I said...

Huh..memang bujang..haha