Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

February 25, 2010

Badai itu Menguatkan Saff Dakwah !

Alhamdulillah...



syukur kepada Allah swt kerana  dapat ana menulis kembali dalam blog ini...minggu lepas alhamdulillah ana diberi peluang cuti selama seminggu. Pulang ke KL bertemu keluarga amatlah membahagiakan. dan lebih membahagiakan dapat bertemu dengan ikhwah dan akhwat  dalam program dakwah. berada di sana dapat menenangkan sedikit jiwa ini setelah merasakan badai yang datang secara tiba-tiba di Borneo. Entah mengapa semua ini terjadi, hanya Allah sahaja yang tahu. Jiwaku terasa amat kecewa  dan sedih.  Alhamdulillah, aku masih punya ikhwah yang sangat menyayangi diriku, ikhwah yang setia disampingku, ikhwah yang selalu berkongsi sedih dan gembira, ikhwah yang penuh dengan husnuzhon. Selepas badai melanda, Alhamdulillah hati-hati kami makin kuat. Gerak dakwah kita makin mantap.  Memang benarlah kalau ana tak silap. Dahulu ana pernah menyampaikan suatu pengisian dalam usrah berkenaan mehnah dan cabaran yang dihadapi ikhwan di Mesir. 


Seorang ikhwan mengambil satu perumpamaan bagaimana proses membuat batu-bata dilakukan. Pada satu tahap, batu-bata yang siap dibentuk akan dibakar dalam ketuhar (suhu tinggi). Dan selepas itu ia akan jadi kuat dan cantik. dan ada juga yang sebahagian rosak dan jadi tidak kuat.  sebenarnya, begitulah juga dalam dakwah. Apabila tenang, kita semua pun tenang. tetapi sekali datang ujian. barulah kita tahu akan kualiti kader dalam dakwah itu. macam-macam reaksi akan berlaku. Dan setiap ujian itu, terutama sekiranya berkaitan berita-berita bertiup fitnah dan hasutan seharusnya kita sikapi dengan menuruti perintah Allah dalam Al-quran agar di selidiki terlebih dahulu akan kesahihan dan kebenarannya. Kenapa? agar kita tidak terlibat sama dalam menyebarkan suatu berita yang tidak pasti dan akhirnya membawa kepada perpecahan dalam saff dakwah. kerana di saff manapun kita, dakwah tetap kebenaran. tidak pernah dakwah yang mengajak kepada Allah dikatakan kebatilan. kerna itu asas paling penting dalam islam ialah KEFAHAMAN. 

Semasa ana di KL. ana tidak melepaskan peluang berjumpa semua ikhwah yang sangat ku cintai. terutama ikhwah-ikhwah bujang di Maktab tarbiyah. Peluang yang ada tidak dilepaskan untuk berbincang masalah dakwah. Mereka juga begitu bertubi-tubi menanyakan perkembangan dakwah di Borneo. terutama mengenai badai yang melanda. Ikhwah-ikhwah semua memberikan semangat dan sentiasa membakar semangat ana. 

Pertemuan dengan Prof juga tidak dilupakan. Seorang lelaki yang telah banyak berjasa kepada dakwah islam di malaysia. Orangnya nampak biasa dan sudah beruban. Tetapi keikhlasan dan semangatnya mengalahkan ana. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati antum ya akhi. Kerna itu ana yakin dengan akh Prof. Kerana beliau adalah orang lama dalam dakwah di Malaysia, banyak perkara yang dia tahu dan kita tidak tahu. Seterusnya beliau adalah sangat terbuka dan bersedia menghulurkan bantuan dan sangat bersedia menjawab segala kemusykilan ikhwah dan akhwat sekiranya ada. Jujurnya, ana sangat sedih dan kecewa sekiranya ada ikhwah atau akhwat yang sanggup mengeluarkan kata-kata yang menghina dan menghilangkan ketsiqahan ana terhadap akh prof. Bukan ana taksub atau fanatik. Tetapi kita ini sebagai orang muda yang masih baru dalam dakwah dan tarbiyyah seharusnya menunjukkan akhlak yang baik dalam menghormati para qiyadah dan senior dalam dakwah. Sebab itu dalam rukun baiah, ada Tsiqah. Kalau rasa tidak tsiqah, maka kita kena usaha berjumpa dan membetulkan kesalahan qiyadah. atau jika ada terdengar berita buruk tentang qiyadah, kita kena tabayyun. telefon ikhwah tersebut dan tanyakan. Itulah sikap kita yang kita fahami. tetapi jika kita terus menerima berita buruk itu dan terus menyebarkannya maka maknanya kita masih belum faham akan erti Tsiqah yang diletakkan oleh Asy Syahid Imam Hasan Al-bana. Kita kena hilangkan segala keraguan. tetapi jika masih tidak tsiqah. Maka ketahuilah, tiada lagi ruang buat kita dalam saff ini. Itulah yang terbaik. Seperti seorang Bos syarikat . Jika ada pekerja yang tidak percaya dengan bos. Maka sebagai Bos, dia kena pecat pekerja itu untuk setelah diberi ruang dan peluang untuk berubah demi menyelamatkan syarikat dan pekerja-pekerja yang lain. Dan pekerja itu kalau dah tahu dia tak percayakan Bos, maka dia kenalah cari bos syarikat lain  yang dia tsiqah dan kerja baik-baik di sana. Mudah-mudahan pekerja itu tidak ulang perkara yang sama dgn bos baru. Gitulah mudah ceritanya. sekadar gambaran. kalau salah maaf ya. sekadar gambaran cerita.



selama seminggu berada di semenanjung, nampaknya Alhamdulillah gerak kerja dakwah kita makin tersusun dan bertambah kualitinya. terutamanya setelah adanya bantuan dari nelayan cekap. Kita sudah mula merasai aromanya yang membuatkan ikhwah dan akhwat semakin yakin dengan jalan ini. Dalam pengurusan dakwah, kita kini dalam usaha menjadikan pengurusan dakwah ini secekap syarikat profesional menjalankan pentadbiran mereka. Lihat sahaja petronas, mereka dahulu bermula dari kecil dan akhirnya menjadi gah di persada dunia. Begitulah dakwah ini suatu hari nanti akan muncul hebat dan mewarnai seluruh pelusuk alam.
Badai kecil yang kita hadapi ini, justeru Allah telah takdirkan untuk menguatkan saff dakwah kita. Melahirkan kembali makna ukhwah dan merealisasikannya sehingga ke tahap Itsar. Apa-apa keputusan dibuat secara bersama demi kepentingan bersama. dan bukannya secara individu dan terburu-buru. Beginilah jalan dakwah ini mengajarkan kita. Jika tidak, Kita yang akan menyesal kemudian hari.



Apa yang penting, dakwah yang kita bina selama 4 setengah tahun di borneo ini terus berjalan demi menegakkan agama Allah. Justeru itu selamanya ia akan berada di jalan kebenaran. walau ia digelar saff tidak rasmi atau saff terpecah-pecah. Kebenaran tetaplah kebenaran . yang penting kita berpegang dengan tali Agama Allah. maka tujuan yang sama akan membawa ke tempat yang sama. Kita semua ingin mencari redha Allah dan ingin  mendapatkan syurga Allah. Biarlah urusan itu diuruskan oleh qiyadah yang sangat kita tsiqah. tidak perlu pening-pening yang akhirnya membuatkan kerja dakwah terhenti. fikirkan bile nak buat halaqah, fikirkan bile nak buat syura. fikirkan taklim minggu ini siapa beri. fikirkan bulan ini ada program apa ya..? dan fikir-fikirlah masalah ummat..kan senang gitu.!

kepada ikhwah dan akhwat yang dicintai kerana Allah. 


Yakinlah bahawa jalan yang kita pilih ini adalah yang terbaik. Kepada mereka yang tidak yakin dengan jalan ini. Silalah mencari jalan lain yang mereka yakin. kerana kami tidak ingin melihat dakwah ini terpecah hanya kerana ketidakyakinan  yang tidak berasas. Ini bukanlah pernyataan angkuh. tetapi inilah ketegasan kami demi menjaga saff dakwah ini agar ia terus berjalan demi Agama Allah. sesungguhnya kebenaran itu tetap kebenaran. Kita yakini ada banyak jalan untuk menuju ke satu tujuan yang sama. Selagi berada diatas kebenaran, maka janganlah mengatakan jalan ini tidak benar.  Semua saff yang mengajak kepada Allah adalah jalan kebenaran. berbahagialah kalian dan teruslah berdakwah. Kepada mereka yang pernah berada dalam saff ini, apabila berada di saff lain. maka gunakanlah segala pengalaman dan skill yang kalian perolehi untuk membangunkan saff dakwah baru kalian. kami ingin melihat kalian menjadi vitamin yang membantu menguatkan saff-saff itu. Binalah saff itu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. sebutkanlah segala kebaikan saff ini dan lupakanlah segala kesalahan kami kepada kalian. Sesungguhnya kami ini hanyalah hamba Allah yang lemah dan tidak terlepas dari kesalahan. Maafkanlah kami dan lupakanlah kesalahan kami sekiranya ada. kenang dan simpanlah segala memori indah semasa kita bersama. Ukhwah yang terbina selama ini janganlah dilupakan. harapan kami apabila kalian di saff sana, bawalah berita-berita yang akan membuatkan mereka cinta akan kami dan sayang akan kami. Kerana kami mahu hubungan sedia ada terjalin baik dgn nilai ukhwah islamiyah.

ikhwah dan akhwat,
jangan takut dan jangan ragu. Allah bersama kita. Teruslah berdakwah kerana sedikit masa lagi akan hadirnya sinar kebahagiaan yang akan membuat kalian tersenyum lebar....sedikit sahaja masa lagi..sabarlah....


nukilan: 
mambi86










3 comments:

sahabathijau said...

bismillah
jazakallah khair atas kata-kata penuh semangat..
agree with u.
tegakkan islam dalam diri maka ia akan tertegak dibumi
wa

- pecinta dakwah - said...

ya akhun karim!
ana setuju dengan antum.

rindu bertemu antum lagi akh..datang2 selalu di MT..akh, risau ana tengok kemalangan aizam dll..moga mereka tsabat dan dikurniakan hikmah sabar dan tabah.

Anonymous said...

ALLAHU AKBAR

Kata2 yg begitu menyentuh hati dan membangkitkan semangat..
Insyaalah, akhi.. sama2 kita doakan moga Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita semua.. teringat akan kata2.. WALAU APA PUN YANG TERJADI DALAM HIDUP KITA, SAMADA BAIK ATAU BURUK, HAKIKATNYA ITULAH YANG TERBAIK UNTUK KITA.. KERNA IA ADALAH TARBIYAH LANGSUNG DARIPADA ALLAH.. INGIN MENGAJAR SESUATU KEPADA HAMBANYA..

apa perkembangan akh aizam skrg?