Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

February 25, 2010

Badai itu Menguatkan Saff Dakwah !

Alhamdulillah...



syukur kepada Allah swt kerana  dapat ana menulis kembali dalam blog ini...minggu lepas alhamdulillah ana diberi peluang cuti selama seminggu. Pulang ke KL bertemu keluarga amatlah membahagiakan. dan lebih membahagiakan dapat bertemu dengan ikhwah dan akhwat  dalam program dakwah. berada di sana dapat menenangkan sedikit jiwa ini setelah merasakan badai yang datang secara tiba-tiba di Borneo. Entah mengapa semua ini terjadi, hanya Allah sahaja yang tahu. Jiwaku terasa amat kecewa  dan sedih.  Alhamdulillah, aku masih punya ikhwah yang sangat menyayangi diriku, ikhwah yang setia disampingku, ikhwah yang selalu berkongsi sedih dan gembira, ikhwah yang penuh dengan husnuzhon. Selepas badai melanda, Alhamdulillah hati-hati kami makin kuat. Gerak dakwah kita makin mantap.  Memang benarlah kalau ana tak silap. Dahulu ana pernah menyampaikan suatu pengisian dalam usrah berkenaan mehnah dan cabaran yang dihadapi ikhwan di Mesir. 


Seorang ikhwan mengambil satu perumpamaan bagaimana proses membuat batu-bata dilakukan. Pada satu tahap, batu-bata yang siap dibentuk akan dibakar dalam ketuhar (suhu tinggi). Dan selepas itu ia akan jadi kuat dan cantik. dan ada juga yang sebahagian rosak dan jadi tidak kuat.  sebenarnya, begitulah juga dalam dakwah. Apabila tenang, kita semua pun tenang. tetapi sekali datang ujian. barulah kita tahu akan kualiti kader dalam dakwah itu. macam-macam reaksi akan berlaku. Dan setiap ujian itu, terutama sekiranya berkaitan berita-berita bertiup fitnah dan hasutan seharusnya kita sikapi dengan menuruti perintah Allah dalam Al-quran agar di selidiki terlebih dahulu akan kesahihan dan kebenarannya. Kenapa? agar kita tidak terlibat sama dalam menyebarkan suatu berita yang tidak pasti dan akhirnya membawa kepada perpecahan dalam saff dakwah. kerana di saff manapun kita, dakwah tetap kebenaran. tidak pernah dakwah yang mengajak kepada Allah dikatakan kebatilan. kerna itu asas paling penting dalam islam ialah KEFAHAMAN. 

Semasa ana di KL. ana tidak melepaskan peluang berjumpa semua ikhwah yang sangat ku cintai. terutama ikhwah-ikhwah bujang di Maktab tarbiyah. Peluang yang ada tidak dilepaskan untuk berbincang masalah dakwah. Mereka juga begitu bertubi-tubi menanyakan perkembangan dakwah di Borneo. terutama mengenai badai yang melanda. Ikhwah-ikhwah semua memberikan semangat dan sentiasa membakar semangat ana. 

Pertemuan dengan Prof juga tidak dilupakan. Seorang lelaki yang telah banyak berjasa kepada dakwah islam di malaysia. Orangnya nampak biasa dan sudah beruban. Tetapi keikhlasan dan semangatnya mengalahkan ana. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati antum ya akhi. Kerna itu ana yakin dengan akh Prof. Kerana beliau adalah orang lama dalam dakwah di Malaysia, banyak perkara yang dia tahu dan kita tidak tahu. Seterusnya beliau adalah sangat terbuka dan bersedia menghulurkan bantuan dan sangat bersedia menjawab segala kemusykilan ikhwah dan akhwat sekiranya ada. Jujurnya, ana sangat sedih dan kecewa sekiranya ada ikhwah atau akhwat yang sanggup mengeluarkan kata-kata yang menghina dan menghilangkan ketsiqahan ana terhadap akh prof. Bukan ana taksub atau fanatik. Tetapi kita ini sebagai orang muda yang masih baru dalam dakwah dan tarbiyyah seharusnya menunjukkan akhlak yang baik dalam menghormati para qiyadah dan senior dalam dakwah. Sebab itu dalam rukun baiah, ada Tsiqah. Kalau rasa tidak tsiqah, maka kita kena usaha berjumpa dan membetulkan kesalahan qiyadah. atau jika ada terdengar berita buruk tentang qiyadah, kita kena tabayyun. telefon ikhwah tersebut dan tanyakan. Itulah sikap kita yang kita fahami. tetapi jika kita terus menerima berita buruk itu dan terus menyebarkannya maka maknanya kita masih belum faham akan erti Tsiqah yang diletakkan oleh Asy Syahid Imam Hasan Al-bana. Kita kena hilangkan segala keraguan. tetapi jika masih tidak tsiqah. Maka ketahuilah, tiada lagi ruang buat kita dalam saff ini. Itulah yang terbaik. Seperti seorang Bos syarikat . Jika ada pekerja yang tidak percaya dengan bos. Maka sebagai Bos, dia kena pecat pekerja itu untuk setelah diberi ruang dan peluang untuk berubah demi menyelamatkan syarikat dan pekerja-pekerja yang lain. Dan pekerja itu kalau dah tahu dia tak percayakan Bos, maka dia kenalah cari bos syarikat lain  yang dia tsiqah dan kerja baik-baik di sana. Mudah-mudahan pekerja itu tidak ulang perkara yang sama dgn bos baru. Gitulah mudah ceritanya. sekadar gambaran. kalau salah maaf ya. sekadar gambaran cerita.



selama seminggu berada di semenanjung, nampaknya Alhamdulillah gerak kerja dakwah kita makin tersusun dan bertambah kualitinya. terutamanya setelah adanya bantuan dari nelayan cekap. Kita sudah mula merasai aromanya yang membuatkan ikhwah dan akhwat semakin yakin dengan jalan ini. Dalam pengurusan dakwah, kita kini dalam usaha menjadikan pengurusan dakwah ini secekap syarikat profesional menjalankan pentadbiran mereka. Lihat sahaja petronas, mereka dahulu bermula dari kecil dan akhirnya menjadi gah di persada dunia. Begitulah dakwah ini suatu hari nanti akan muncul hebat dan mewarnai seluruh pelusuk alam.
Badai kecil yang kita hadapi ini, justeru Allah telah takdirkan untuk menguatkan saff dakwah kita. Melahirkan kembali makna ukhwah dan merealisasikannya sehingga ke tahap Itsar. Apa-apa keputusan dibuat secara bersama demi kepentingan bersama. dan bukannya secara individu dan terburu-buru. Beginilah jalan dakwah ini mengajarkan kita. Jika tidak, Kita yang akan menyesal kemudian hari.



Apa yang penting, dakwah yang kita bina selama 4 setengah tahun di borneo ini terus berjalan demi menegakkan agama Allah. Justeru itu selamanya ia akan berada di jalan kebenaran. walau ia digelar saff tidak rasmi atau saff terpecah-pecah. Kebenaran tetaplah kebenaran . yang penting kita berpegang dengan tali Agama Allah. maka tujuan yang sama akan membawa ke tempat yang sama. Kita semua ingin mencari redha Allah dan ingin  mendapatkan syurga Allah. Biarlah urusan itu diuruskan oleh qiyadah yang sangat kita tsiqah. tidak perlu pening-pening yang akhirnya membuatkan kerja dakwah terhenti. fikirkan bile nak buat halaqah, fikirkan bile nak buat syura. fikirkan taklim minggu ini siapa beri. fikirkan bulan ini ada program apa ya..? dan fikir-fikirlah masalah ummat..kan senang gitu.!

kepada ikhwah dan akhwat yang dicintai kerana Allah. 


Yakinlah bahawa jalan yang kita pilih ini adalah yang terbaik. Kepada mereka yang tidak yakin dengan jalan ini. Silalah mencari jalan lain yang mereka yakin. kerana kami tidak ingin melihat dakwah ini terpecah hanya kerana ketidakyakinan  yang tidak berasas. Ini bukanlah pernyataan angkuh. tetapi inilah ketegasan kami demi menjaga saff dakwah ini agar ia terus berjalan demi Agama Allah. sesungguhnya kebenaran itu tetap kebenaran. Kita yakini ada banyak jalan untuk menuju ke satu tujuan yang sama. Selagi berada diatas kebenaran, maka janganlah mengatakan jalan ini tidak benar.  Semua saff yang mengajak kepada Allah adalah jalan kebenaran. berbahagialah kalian dan teruslah berdakwah. Kepada mereka yang pernah berada dalam saff ini, apabila berada di saff lain. maka gunakanlah segala pengalaman dan skill yang kalian perolehi untuk membangunkan saff dakwah baru kalian. kami ingin melihat kalian menjadi vitamin yang membantu menguatkan saff-saff itu. Binalah saff itu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. sebutkanlah segala kebaikan saff ini dan lupakanlah segala kesalahan kami kepada kalian. Sesungguhnya kami ini hanyalah hamba Allah yang lemah dan tidak terlepas dari kesalahan. Maafkanlah kami dan lupakanlah kesalahan kami sekiranya ada. kenang dan simpanlah segala memori indah semasa kita bersama. Ukhwah yang terbina selama ini janganlah dilupakan. harapan kami apabila kalian di saff sana, bawalah berita-berita yang akan membuatkan mereka cinta akan kami dan sayang akan kami. Kerana kami mahu hubungan sedia ada terjalin baik dgn nilai ukhwah islamiyah.

ikhwah dan akhwat,
jangan takut dan jangan ragu. Allah bersama kita. Teruslah berdakwah kerana sedikit masa lagi akan hadirnya sinar kebahagiaan yang akan membuat kalian tersenyum lebar....sedikit sahaja masa lagi..sabarlah....


nukilan: 
mambi86










February 23, 2010

ikhwahku kemalangan

Tragedi 18 Februari

 salam,

 artikel di bawah ini insyaallah akan menceritakan tragedi yang menimpa ikhwah sarawak pada minggu lepas. sewaktu kejadian ana berada di KL.  JZk ana ucapkan kepada ikhwah kita iibnusarha yang telah membuat liputan kemalanngan tersebut.

mambi said"

akh hafidz, akh hisyam dan akh aizam adalah ikhwah batch pertama di sarawak bersama-sama ana. dengan izin Allah, merekalah yang telah melobi dan memujuk ana supaya sambung belajar ke sarawak. Merekalah yang telah membantu ana belajar untuk berdakwah. memberi semangat ketika ana down. Mereka  sentiasa mengambil berat terhadap ana dan ikhwah lain. mereka telah banyak berkorban jiwa dan harta untuk dakwah ini.semoga mereka terus tabah dan kuat semangat. mudah-mudahan luka dan darah yang mengalir menjadi saksi dan bukti jihad antum di bumi sarawak ini... amin......
jangan tinggalkan ana sendirian di sini...susah dan senang insyaAllah kita akan lalui bersama. Maafkan ana kerana tiada di sisi antum semasa kajadian.

buat ikhwah uitm KS  dan ikhwah medic unimas yang telah banyak membantu menguruskan ketiga-tiga ikhwah yang ana cintai ini. Jutaan terima kasih ana ucapkan.

Buat ikhwah-ikhwah di semenanjung, jutaan terima kasih juga ana ucapkan diatas perhatian antum dan doa antum. semoga ikatan ukhwah kita akan terus diikat dengan ikatan akidah yang suci dan murni.


ana copy from blog ikhwah: http://ibnusarha.blogspot.com 

Assalamu'alaikum wbt.

Mungkin ikhwah wa akhwat mendapat sms ataupun panggilan daripada ikhwah Sarawak terutamanya ikhwah UNIMAS ataupun UiTM tentang berita kemalangan yang menimpa akhi Aizam, akhi Hafidz dan akhi Hisyam.

Benar, khabar itu memang benar.

Ana baru uploadkan kemalangan ngeri yang berlaku kira-kira 30km dari bandaraya Kuching.

Akhi Firdaus melihat Kancil Hafidz ditarik lori tunda.



Kancil ditarik untuk dibawa ke bengkel di Sejingkat.



Keadaan dalam Kancil yang remuk.



Kehilangan hampir separuh bahagian kereta.


Toyota Corolla dari arah bertentangan turut remuk.



Pemandu Toyota Corolla melihat enjin keretanya yang remuk, namun dia selamat dalam kemalangan tersebut tanpa sedikit kecederaan pun.



Meluncur laju dari arah bertentangan dan cubaan untuk mengelak mendapan menyebabkan merempuh Kancil dalam sekelip mata.



Keadaan jalan raya yang licin salah satu faktor kemalangan.



Turut rosak dua papan tanda selekoh.



Boleh bayangkan kecederaan yang akhi Aizam alami?

Kereta kancil kami mengiringi dari belakang. Akh Hafidz mesej kami untuk menggunakan tali pinggang keledar kerana di hadapan ada sekatan jalan raya biasa. Mungkin itu hikmah adanya polis di situ. Kami semua menggunakan tali keledar.

Kira-kira 5 minit dari lokasi sekatan polis, kami melihat sebuah Toyota Corolla remuk dipinggir jalan.

"Eh itu macam kereta enta Danial." akhi Naqib seakan-akan berseloroh.

"Ya Allah, Hisyam!" Danial terkedu.

Ana tergamam.

Cepat-cepat kami parking kereta berhampiran lokasi. Hisyam keluar mencari cermin matanya dan terbaring terus di tanah kerana kesakitan.

Kereta remuk di bahagian pemandu! Aizam!

Hafidz cuba mengeluarkan diri dari kereta. Aizam tidak bergerak!

"uh... uh.." Aizam bernafas dengan kuat membuatkan Akhi Zai cemas. Mata Akhi Zai sudah berkaca-kaca.

"Minta air!" Ana mengoyakkan tisu dan membasahkannya dengan air botol, mengelap muka yang berlumuran darah. Luka akibat kaca cermin depan. Aizam berterusan beristighfar.

"Aizam, istighfar! Istigfar!" Arah Akhi Zai.

Kaki Aizam seolah-olah tersepit. Namun, setelah dikenalpasti, Aizam sempat mengangkat kakinya daripada tersepit.

Aizam cuba dikeluarkan dari kereta. Namun pintu gagal dibuka.

Aizam ditarik dari pintu belakang. Mengerang kesakitan!

Danial memacu Kancilnya menuju Hospital Bau, kira-kira 7KM dari lokasi.

Hanif memeluk Aizam yang berlumuran darah.

"Kita dari mana, kita nak ke mana?, Ikhwah lain macam mana?" Tanya Aizam sepanjang perjalanan berulang-ulang. Hanif seakan-akan jemu menjawab mungkin bimbang melihat keadaan Aizam yang sangat lemah.

Akhi Hafidz retak tulang tangan kanan dan terus dipasang simen.

Sampai di Hospital Bau.

Aizam dipindahkan ke Unit Kecemasan dan Trauma.

Sebuah ambulans disediakan untuk membawa Aizam ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

Mujurlah Aizam tidak mengalami apa-apa kecederaan serius di kepala ataupun organ penting yang lain. Cuma tulang pahanya yang patah.

19 Feb 2009, Aizam menjalani pembedahan memasang skru di tulang pahanya.

Alhamdulillah keadaannya sekarang stabil. Sesiapa yang ingin menziarahinya, bolehlah mengarah ke katil 17, Wad Ortopedik, Aras 6, Hospital Umum Sarawak.

Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan nyawa hambaNya,

Rashid al-Shirfani
Sg Maong
 

February 15, 2010

Ada Apa Dengan Valentine day? dan kejutannya di malaysia!!

Ada apa dengan Valentines Day
 

Pada bulan ini, kita selalu saja menyaksikan media massa, mal-mal, pusat-pusat hiburan bersibuk-ria berlomba menarik perhatian. Anak-anak muda berlomba mengucapkan "selamat hari Valentine", berkirim kartu dan bunga, saling bertukar pasangan, saling curhat, menyatakan sayang atau cinta karena anggapan saat itu adalah “hari kasih sayang”.
Kita mungkin selama ini telah banyak menyaksikan Valentine terjadi di negeri yang Muslimnya paling banyak ini. Sebenarnya apa Valentine ini?
Rasul Shallallaahu alaihi wa Salam telah melarang untuk mengikuti tata cara peribadatan selain Islam: “Barang siapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut.” (HR. At-Tirmidzi). Dan kita sudah hafal pula bahwa Valentine adalah kebiasaan orang-orang non-Muslim.

Pandangan Ibnul Qayyim Al-Jauziyah

Ibnul Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah berkata, “Memberi selamat atas acara ritual orang kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahwa perbuatan tersebut haram. Semisal memberi selamat atas hari raya dan puasa mereka, dengan mengucapkan, “Selamat hari raya!” dan sejenisnya. Bagi yang mengucapkannya, kalau pun tidak sampai pada kekafiran, paling tidak itu merupakan perbuatan haram. Karena berarti ia telah memberi selamat atas perbuatan mereka yang menyekutukan Allah.
Bahkan perbuatan tersebut lebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih dimurkai dari pada memberi selamat atas perbuatan minum khamar atau membunuh. Banyak orang yang kurang mengerti agama terjerumus dalam suatu perbuatan tanpa menyadari buruknya perbuatan tersebut. Seperti orang yang memberi selamat kepada orang lain atas perbuatan maksiat, bid’ah atau kekufuran maka ia telah menyiapkan diri untuk mendapatkan kemarahan dan kemurkaan Allah.”

Sejarah dan Latar Belakang Valentine


Sekadar mengingatkan saja jika Valentine itu budaya turun-termurun dari nenek moyang orang Barat. Pada awalnya orang-orang Romawi merayakan hari besar mereka yang jatuh pada tanggal 15 Februari yang diberi nama Lupercalia. Peringatan ini adalah sebagai penghormatan kepada Juno (Tuhan wanita dan perkawinan) serta Pan (Tuhan dari alam ini) seperti apa yang mereka percayai. Setelah penyebaran agama Kristen, para pemuka gereja mencoba memberikan pengertian ajaran Kristen terhadap para pemuja berhala itu. Pada tahun 496 Masehi, Paus Gelasius (Pope Gelasius) mengganti peringatan Lupercalia itu menjadi Saint Valentine’s Day, yaitu Hari Kasih Sayang Untuk Orang-Orang Suci.

Dalam sejarah perayaan Valentine, para ahli sejarah tidak setuju dengan adanya upaya untuk menghubungkan hal itu dengan St. Valentine, seorang pendeta yang hidup di Roma pada tahun 200 masehi, di bawah kekuasaan Kaisar Claudius II. St. Valentine ini pernah ditangkap oleh orang-orang Romawi dan dimasukkan ke dalam penjara, karena dituduh membantu satu pihak untuk memusuhi dan menentang Kaisar. St. Valentine ini berhasil ditangkap pada akhir tahun 270 masehi. Kemudian orang-orang Romawi memenggal kepalanya di Palatine Hill (Bukit Palatine) dekat altar Juno.

Dalam kaitannya dengan acara Valentine’s Day, banyak pula orang mengkaitkan dengan St. Valentine yang lain. St. Valentine ini adalah seorang bishop (pendeta) di Terni, satu tempat sekitar 60 mil dari Roma. Iapun dikejar-kejar karena memengaruhi beberapa keluarga Romawi dan memasukkan mereka ke dalam agama Kristen. Kemudian ia dipancung di Roma sekitar tahun 273 masehi. Sebelum kepalanya dipenggal, bishop itu mengirim surat kepada para putri penjaga-penjaga penjara dengan mendoakan semoga bisa melihat dan mendapat kasih sayang Tuhan dan kasih sayang manusia. “Dari Valentinemu” demikian tulis Valentine pada akhir suratnya itu. Surat itu tertanggal 14 Februari 270 M. sehingga tanggal tersebut ditetapkan sebagai Valentine’s Day atau Hari Kasih Sayang. Nah, jelaskan?

Valentine: Lubang Biawak Untuk Orang Islam


Kita sekarang melihat bahwa Valentine ini dijadikan begitu spesial oleh orang-orang di sekeliling kita. Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a bahwa Rasulullah Muhammad saw bersabda: "Kamu akan mengikuti sunnah (kebiasaan) orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak (buaya) kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?" (HR. Bukhori dan Muslim).



Notes:
Valentine selalu diidentikan dengan malaikat kecil bersayap yang membawa panah cinta. Malaikat itu bernama Cupid (berarti: The Desire). Konon, menurut kabar burung dari negeri dongeng, ia adalah putra Nimrod “the hunter” Dewa Matahari. Cupid disebut juga Tuhan Cinta, karena ia rupawan sehingga diburu wanita bahkan ia pun berzina dengan ibunya sendiri! Naudzubillahimindzalik! (sa/ind/berbagaisumber)


artikel daripada   :   http://www.eramuslim.com/berita/tahukah-anda/valentine-lubang-biawak-di-bulan-februari.htm 

Di Malaysia akhbar melaporkan kejutan di Hari Bersejarah ini..

Jawi tahan 74 penuntut IPT, kolej terbabit maksiat

KUALA LUMPUR – Penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) dan kolej antara yang ditangkap dalam operasi cegah maksiat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sempena sambutan Hari Kekasih, malam semalam.

Difahamkan, penuntut terbabit dari sekitar Kuala Lumpur serta beberapa negeri lain, termasuk Selangor dan Pahang.

Dalam operasi serentak malam semalam, 74 dicekup dalam beberapa operasi dijalankan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali berkata, operasi selama enam jam bermula jam 11 malam hingga 5 pagi itu tertumpu di beberapa hotel yang sering menjadi sarang maksiat selain tempat awam yang menjadi tumpuan muda mudi memadu asmara.

Menurutnya, operasi di Kuala Lumpur telah disertai 50 anggota Penguat kuasa Jawi dengan dibantu Penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dibahagikan kepada beberapa pasukan.

“Dalam operasi di lapan buah hotel sekitar Kuala Lumpur, kita berjaya menahan 44 remaja dan dewasa umur lingkungan 20-an dan 30-an atas kesalahan khalwat.

“Empat pasang ‘kekasih’ pula ditangkap kerana berkelakuan tidak sopan dalam operasi di sekitar Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Permaisuri dan Taman Tasik Kepong,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, pesalah khalwat yang ditahan dibawa ke pejabat Jawi untuk soal siasat dan akan didakwa di bawah Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah.

“Lapan termasuk 14 yang ditahan dalam operasi di Putrajaya atas kesalahan di bawah Seksyen 29 akta sama kerana berkelakuan tidak sopan pula diperintahkan hadir mengikuti sesi kaunseling.

“Dalam operasi di Labuan, empat ditahan kerana minum arak dan dua pasangan berkelakuan tidak sopan,” katanya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6816849.asp

February 12, 2010

ada apa dengan saff ????

Rapatkan Saff   Mantapkan Ukhuwwah



artikel ini diambil daripada blog seorang aktivis dakwah malaysia....untuk dikongsikan...bacalah..buat mereka yang melalui jalan dakwah..ingatlah:

1. Kewajipan ternyata lebih banyak dari masa yang ada pada kita . Justeru itu , jangan lengah , alpa dan bersahaja . Sebaliknya tangkas , tuntas dan cergas .

2. Jangan buka terlalu luas ruang untuk berkhilaf kerana disana terlalu banyak sudut yang boleh kita bersama .

3. Padam secepat mungkin api fitnah yang semakin merebak dan membinasakan jamaah . Sebaliknya , segeralah nyalakan obor persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dan sematkan jiwa berjuang untuk menjulang panji perjuangan ke arah membina negara Toiyyibah [ sejahtera ] dan mengharapkan curahan Maghfirah [ keampunan ]

4. Peliharalah wadah perjuangan suci ini daripada panahan syaithan dan racun iblis agar ia tidak musnah binasa . Korbankanlah perasaan dan apa jua kepentingan diri dan dunia kita andai ia membuatkan jamaah terpelihara , lantaran pengorbanan adalah syarat kemenangan bagi perjuangan suci ini .

5. Mengorbankan tenaga , masa dan wang ringgit barangkali mudah bahkan jauh lebih mudah berbanding korban perasaan terutama saat berdepan keputusan yang tidak memihak kepada kemahuan dan keinginan kita . Sungguhpun demikian , mengorbankan perasaan untuk menerima keputusan mesyuarat [ syura ] sebagai contoh , adalah sebahagian dari ketaatan yang dituntut oleh syara' biar dikala sukar dan getir .

6. Suatu yang paling bernilai dan penting dalam jamaah kita ialah persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dikalangan kita . Ukhuwwah yang diperkaya dengan nilai mahabbah [ kasih sayang ] dan tasaamuh [ tolak ansur ] yang tinggi . Jauh dari bayangan hasad dengki , dendam dan khianat .

7. Seketika jamaah kita terpaksa mengharungi zon sukar . Badai yang mampu menghancurkan seluruh struktur utama jamaah , jika pemimpin dan anggota tidak benar - benar mempertahankannya dengan semangat cintakan Islam dan jamaahnya .

8. Jamaah yang benar dan suci ini mengundang dendam dan cemburu yang sungguh dahsyat dari musuh durjana . Inilah yang telah didedahkan oleh Allah swt di dalam kitab suciNya . Kelicikan mereka dengan bara dendam yang tidak kunjung padam terhadap cita - cita perjuangan Islam ini bisa sahaja membuatkan mereka berani dan nekad menyusup masuk , menyelinap dari celah saf pejuang - pejuang kita lalu membisikkan sejuta fitnah yang menjarakkan mereka malah mencetus sengketa .
 
 

9. Sejarah semalam memang masih membekas bahkan pedihnya masih terasa angkara panahan fitnah . Namun bukankah kita selalu dituntut agar berkorban demi perjuangan ? lalu , lupakan lah sengketa lama dan padamkan lah api kebencian . Kita tautkan kembali ikatan ukhuwwah yang longgar akibat gegaran semasa melintasi zon sukar tersebut . Kini kita fokus tanggungjawab dan amanah perjuangan yang belum selesai ditunaikan . Mentari esok masih sedia menyinar . Terpulang kepada kita , apakah mahu terus melangkah atau kita masih tidak mahu mengalah .

10. Fikirkan masa depan perjuangan ini buat generasi akan datang . Janganlah kita rosakkan segalanya kerana mengidam sebuah kepuasan yang belum pasti . Hulurkan tangan kalian , kita bersilang menderap langkah tanpa menoleh lagi mengenang tragedi silam demi masa depan Islam yang gemilang . Ayuh , kita hadapi musuh tanpa ragu !


artikel ini di copy tanpa sebarang pengubahsuaian daripada blog   seorang aktivis dakwah...kandungannya banyak mesej.
http://episodeperjuangan.blogspot.com

February 10, 2010

Ada Apa dengan Usrah/Halaqah

KANDUNGAN USRAH


Apakah yang perlu dilakukan dalam setiap pertemuan mingguan usrah yang menepati maksud, rukun dan peringatan di atas? Jawapannya mudah: kita mempunyai banyak kewajipan sedangkan masa kita terlalu sedikit. Oleh itu pertemuan mingguan hendaklah dipenuhkan dengan perkara-perkara yang berikut:


Ø         Membentangkan kesulitan/masalah/kemusykilan
Setiap anggota membentangkan kesulitan masing-masing. Bagi perhatian terhadap kesulitan yang diluahkan oleh rakan kita dan berusahalah mengatasinya. Lakukan hal ini dalam suasana ukhuwwah sejati dan dengan niat kerana Allah. Dengan demikian daapatlah diperkuatkan lagi asas saling percaya mempercayai dan tali hubungan ukhuwwah dapat diperkukuhkan.


Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermkasud, Orang Mukmin itu cermin bagi saudaranya. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam lagi yang bermaksud, Perbandingan orang mukmin dalam erti kata timbang rasa simpati mereka adalah laksana badan yang satu, iaitu apabila mana-mana anggota mengadukan hal, turut menangguhkan seluruh anggota badan dengan berjaga malam dan merasai demam.



Ø         Bermuzakarah

      Anggota usrah hendaklah bermuzakarah iaitu bertukar-tukar fikiran dalam urusan Islam. Teliti risalah yang diedarkan oleh pucuk pimpinan kepada seluruh cawangan usrah. Elakkan pertengkaran atau bertikam lidah kerana semuanya itu adalah haram menurut undang-undang usrah. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar batas sopan santun yang sempurna dan dengan cara harga-menghargai buah fikiran yang datang daripada semua pihak dalam muzakarah itu. Apabila hendak ditutup satu-satu perbincangan, atau hendak dibuat keputusan mengenai apa-apa cadangan, atau hendak diberi penjelasan lanjut mengenai cadangan yang hendak ditimbangkan, maka perkara itu hendaklah diserahkan kepada naqib supaya beliau lebih sempat terlebih dahulu mengemukakan kepada pucuk pimpinan.

Jangan buat keputusan dengan cara terburu-buru. Allah mencela ummat manusia yang bersikap terburu-buru dengan firmanNya yang bermaksud: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu perkara tentang keamanan atau ketakutan maka mereka pun terus mencanangkannya. Setelah  Allah Subhaanahu wa Taaala mencela mereka yang berperangai begitu maka Allah tunjukkan pula apa-apa yang mesti dilakukan apabila tersua dengan suasan seperti itu dengan firmaNya yang bermaksud: Kalaulah mereka kembali kepada Rasul dan pihak berkuasa antara mereka sendiri nescaya orang-orang yang menimbangkannya itu mengetahui hakikatnya

Ø         Kajian buku


Adakan studi (penilitian) terhadap sebuah kitab yang bermutu. Jelmakan studi dalam kehidupan harian walaupun hanya sekadar mengamalkan bermuka manis. Panduan daripada buku boleh disampaikan dalam taklimat sesuatu projek seperti menziarahi orang sakit, menolong orang-orang yang berhajat (walaupun sekadar dengan kata0kata yang baik), mencari dan bertanyakan hal tentang bebanan anggota yang terputus rezeki. Semua itu dapat mengukuhkan algi tali ukhuwwah dan melipatgandakan perasaan kasih sayang dalam hati masing-masing

Ø         Aktiviti sokongan





Untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama sendiri, kita hendaklah mengadakan rehlah, lawatan, aktiviti lasak seperti mendayung sampan, main bowling, renang dan berbasikal. Kita hendaklah mengadakan aktiviti khusus seperti berpuasa (seminggu sekali atau dua kali), solat subuh berjamaah dan qiyamullail.





February 9, 2010

Jom akhi !! hidupkan usrah kita


MAKSUD USRAH

 Islam memandang sangat mustahak pembentukan ikatan perpaduan untuk penganutnya. Ikatan itu dinamakan usrah. Melalui usrah kita dapat memimpin penganut Islam ke  arah contoh-contoh pujian yang tinggi di samping mengukuhkan ikatan yang sedia ada. Selain itu, mutu ukhuwwah antara sesame ahli boleh ditingkatkan iaitu dengan merealisasikan teori dalam perbuatan dan amalan. Oleh itu kita hendaklah memandang berat perkara ini dan bersedia untuk menjadi batu bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini, iaitu keluarga Islam.



RUKUN USRAH

 Rukun ikatan usrah ini tiga perkara iaitu berkenalan, bersefahaman, dan berimbangan. Kita hendaklah memngambil berat perkara ini dan bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan itu tidaklah semata-mata menjadi beban yang tidak bererti.

 

1.        Berkenalan (taaruf)

Rukun usrah yang pertama ialah taaruf antara satu sama lain. Ahli usrah hendaklah berkenal-kenalan dan berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama. Kita hendaklah memahami pengertian dan hakikat ukhuwwah sejati. Elakkanlah perkara yang boleh mengeruhkan ukhuwwah itu. Hal ini boleh dilakukan dengan sentiasa menjunjung titah firman Allah Subhaanahu waTaaala dan hadith rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Jadikan firma Allah Subhaanahu wa Taaala sebagai perkara yang wajib diutamakan.

Antara firman Allah dan hadith Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ialah:

  Orang-orang Mukmin itu bersaudara-mara.


(Al-Hujurat; 26-10)

  Berpeganglah dengan tali Allah semuanya dan janganlah kamu berpecah belah.

(Ali-Imran; 3:103)

  Orang Mukmin bagi orang Mukmin itu laksana bangunanyang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain.

  Orang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya.

  Perbandingan orang-orang Mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka, dan dalam simpati mereka adalah laksan badan yang satu.

 

2.         Bersefahaman (tafahum)

Kita hendaklah berpegang pada kebenaran dengan mengerjakan apa-apa yang diperintahkan Allah dan meninggalkan apa yang dilarangNya.periksalah diri sendiri dengan sehalus-halusnya sama ada diri kita benar-benar mentaati perintah Allah atau terlibat dengan arena kederhakaan. Setelah memeriksa diri sendiri, kita hendaklah nasihat menasihati antara satu sama lain apabila kelihatan ada sesuatu yang cacat.

Rakan yang dinasihati itu hendaklah bersikap terbuka dan sanggup menerima nasihat daripadanya. Pemberi nasihat pula janganlah berubah hati terhadap sahabat yang tersilap itu walau sejarak sehelai rambut sekalipun.

Nasihat hendaklah diberi dengan cara baik tanpa memandang rendah sahabat yang dinasihati itu. Pemberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia. Sembunyikanlah kesilapan sahabat itu daripada pengetahuan naqib selama lebih kurang sebulan. Ceritakanlah kepada naqib apabila anda tidak berdaya untuk membaikinya. Namun demikian, jangan sekali-kali tawar hati terhadap sahabat yang silap itu. Sebaliknya teruskanlah kasih sayang anda terhadapnya sehingga Allah melakukan apa-apa perubahan yang dikehendakinya.

Sahabat yang diberikan nasihat pula janganlah keras kepala. Janganlah juga berubah hati walau sejarak sehelai rambut sekalipun terhadap si pemberi nasihat. Fahamilah bahawa martabat kasih sayang Allah itu adalah setinggi-tinggi martabat bagi pengertian kasih sayang di kalangan umat manusia. Nasihat pula adalah satu dasar yang amat penting di dalam agama Islam. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: Agama itu nasihat. Oleh itu, perhatikanlah dalam-dalam pengajaran yang mulia dalam hadith ini mudah-mudahan Allah memberi rahmatNya kepada kita.

    
3.         Berseimbangan (takaful)
Rukun usrah yang ketiga ini bermaksud memelihara nasib sesame sendiri agar tiada sahabat yang terbiar atau terlantar. Amalkan rukun ini dengan bersungguh-sungguh, iaitu dengan cara menolong memikul bebanan sesame sendiri. Takaful merupakan tunjang iman dan inti sari ukhuwwah sejati. Takaful boleh dijelmakan dengan cara bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarahi, berganti-ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong antara satu sama lain sedaya upaya.

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud: 

Kalau seseorang daripada kamu berjalan keran hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada ia beriktikaf sebulan di dalam masjidku.

Sabda Baginda lagi: 

Sesiapa yang memberi kegembiraan kepada keluarga sesebuah rumah orang Muslim nescaya tidak lain yang dibalas Allah melainkan  syurga.


 


semoga rukun usrah ini kita dapat hidupkan dalam usrah-usrah kita..............

February 4, 2010

Jalan Dakwah

 
Kita menyadari bahwa amal jama'i yang sistematik, terancang, yang telah diperkuat oleh syura dan beriltizam dengan syariat Islam itulah yang wajib, paling selamat, paling sempurna dari amal perseorangan.

Kita telah mengetahui marhalah dan peringkat yang sedang dilalui oleh dakwah Islam dan jenis usaha dan amal yang sungguh-sungguh yang dikehendaki oleh tahap dan peringkat ini. Yaitu, menyediakan generasi Islam yang beriman, yang menegakkan syakhsiah Islam untuk mengubah realitas yang batil dan menegakkan kembali syariat Islam, syariat Allah. Tuntutan yang asas pada hari ini ialah menyediakan dasar (pijakan) mukmin yang kokoh yang di atasnya dibina bangunan Islam yang agung.

Generasi Islam yang merupakan dasar yang kukuh itu dapat dilahirkan di alam nyata dengan memperbaiki diri lalu membangun rumahtangga Islam. Kemudian, mereka menyeru manusia supaya memperbanyak individu dan rumahtangga muslim dengan cinta-mencintai berasaskan kepada konsep persaudaraan karena Allah. Mereka ini kemudiannya bercantum dan diikat menjadi satu generasi Islam yang baru muncul yang menjadi teras dan dasar yang kukuh dan beriman yang sangat diperlukan untuk membina bangunan Islam ini.

Tetapi di sana ada beberapa banyak penyeleweng dakwah yang berusaha memalingkan para pendukung dakwah karena Allah dari usaha yang sungguh-sungguh ini. Ataupun memalingkan mereka dari jalan dakwah Islam supaya usaha dan tenaga hanya ditumpukan kepada urusan sampingan atau perkara cabang sama ada dengan niat baik atau sebaliknya. Tanpa disedari, ini boleh menghancurkan segala usaha-usahanya dan tidak menolongnya langsung. Pengarahan yang bersimpang-siur dan tidak bersatu akan menyusahkan kita untuk membuat kerja-kerja Islam atau boleh jadi terhenti langsung.

Angkatan muda Islam yang berkobar-kobar semangatnya boleh jadi mudah tertarik kepada tindakan yang demikian sekiranya mereka tidak berwaspada, tidak teliti dan tidak menjauhkan diri daripadanya. 

 1 Urusan Kulliah dan Juz'iah
Di sana ada urusan kulliah (urusan pokok) dan urusan juz'iah (urusan cabang). Urusan kulliah ialah urusan Islam, mengembalikan semula muslim kepada Islam yang sahih, menegakkan syariat Allah, undang-undang Islam, membentangkan daulah Islam, kekuasaan Allah dan kekuasaan agama Allah di bumi. Di sana ada juga urusan juz'iah atau urusan cabang di dunia Islam yang perlu dirawat dan dibereskan.

Perkara yang sengaja ditimbulkan dan ditonjolkan oleh musuh-musuh luar atau musuh-musuh dalam. Apabila kita memberikan sepenuh perhatian kepada urusan juz'iah semata-mata dengan segala usaha dan tenaga yang ada pada kita sekarang maka kita tidak akan mampu menyelesaikannya. Tindakan sedemikian memalingkan kita dari usaha asasi yang sangat diperlukan oleh peringkat ini, yaitu mempersiapkan dasar yang kukuh dari generasi yang beriman dan yang bersatu padu.

Jadi, masalah ini menuntut supaya kita memberikan sebagian usaha waktu kita kepada jurusan juz'iah itu, di samping itu kita mesti berusaha bersungguh-sungguh dan terus membuat persiapan untuk urusan pokok dan asasi. Kerana apabila urusan pokok ini dapat kita realisasikan maka segala urusan juz'iah dapat kita bereskan dengan mudah. Insya Allah.

Perkara penting dan perlu diperhatikan bersama, bahwa para pendukung dakwah, para duat kepada Allah yang sedang berada di dalam peringkat dakwah dan persiapan untuk mendirikan daulah Islam tidak boleh mengambil alih semua tanggungjawab, padahal tanggungjawab yang demikian hanya tanggungjawab khusus kepada negara dan daulah Islam apabila ia tegak nanti. InsyaAllah.

Kita perlu senantiasa ingat dan sedar bahwa amal jama'i yang sistematik, terancang, yang telah diperkuat oleh syura dan beriltizam dengan syariat Islam itulah yang wajib, paling selamat, paling sempurna dari amal perseorangan yang tidak terkawal serta dicetuskan oleh semangat yang berkobar-kobar tanpa melihat akibatnya. Oleh itu kita dapat menjamin bahwa di sana tidak ada perkara yang boleh mengelirukan usaha para petugas dan para pekerja di bidang dakwah dengan berbagai urusan juz'iah tanpa panduan dan perancangan yang sistematik.



2 Perbedaan Pendapat di Sekitar Masalah Cabang
 
Sebagian dari perkara yang memalingkan urusan dakwah Islam ialah membesar-besarkan perbedaan pendapat tentang perkara furu' (cabang), lalu banyak tenaga, usaha dan waktu serta semangat tertumpu kepadanya. Di tengah-tengah kesibukan demikian, syaitan pun masuk campur untuk memecah-belah hati-hati yang telah bersatu padu dan menghalang semangat bekerjasama dan tolong menolong dalam mengurus kepentingan dakwah di jalan Allah dengan segala tuntutannya. Akhirnya bidang dakwah menjadi gelanggang perdebatan dan perseteruan yang pelik mulai dalam lembaran buku-buku hingga pada liqa atau pertemuan.

Perbuatan demikian memalingkan para pendukung dakwah yang menyeru manusia kepada Allah dari peranan yang penting yang dipertanggungjawab kepada mereka terhadap diri mereka dan terhadap manusia. Apabila datang kepada mereka seorang yang hendak mengetahui selok-belok agamanya, dia akan merasa susah hati melihat pertentangan dan perselisihan pendapat ini lalu dia lari menjauhkan diri dari para pendukung dakwah. Ini adalah merupakan satu kerugian besar yang mesti dielakkan.

Alangkah baiknya jika kita berpegang kepada kaedah yang selamat di dalam menyatukan amal usaha dan tolong menolong dengan bekerjasama dan tolong menolong di dalam perkara yang disepakati. Sebagian dari kita memberi kemaafan (excuse) terhadap sebagian yang lain di dalam perkara yang kita selisihkan terutama perselisihan tentang masalah furu' atau perkara cabang.
Ada lagi satu kaedah lain yang mengatakan bahwa setiap masalah yang tidak dapat menghasilkan sebarang tindakan dan usaha, maka mengharungi masalah yang demikian adalah satu tindakan yang dilarang oleh syariat Islam.
Alangkah besar bahayanya orang yang baru belajar tetapi telah menganggap dirinya setaraf dengan imam-imam mujtahid lalu dia berijtihad. Apabila dia telah mengetahui satu nas di dalam satu perkara, dia mengeluarkan fatwa dan hukum lalu berpegang kuat dengan fatwanya dan tidak mau lagi menerima pandangan yang bertentangan dengan fatwanya.

Lebih dari itu, dia menyeru manusia supaya mendukung fatwanya dan menghimpun golongan yang tidak berilmu tadi dengan fatwanya, padahal mereka sendiri tidak mempunyai ilmu untuk mengukur sejauh mana benar atau tidak apa yang dikatakan kepada mereka dan mereka turut menyeru manusia kepada fatwa tersebut.
Orang yang demikian adalah orang yang telah terpedaya. Dia menyangka bahwa dengan membaca satu atau dua buku, dia telah mengetahui semua perkara dan menganggap dirinya telah layak berijtihad dan dapat merumuskan satu hukum dari nas yang dibacanya dan merasa mampu berbahas dan berhujah dengan ahli zikr hingga berani mengkritik dan menyalahkan mereka. Padahal siapa yang menganggap dirinya pandai, dia telah menjadi bodoh.
Semoga Allah memberi rahmat kepada orang yang mengenal kadar kemampuan dan taraf dirinya. Kita dengan pengalaman (tajribah) yang telah kita lalui tidak merasa kasihan kepada dakwah Islam dan harakah Islam lantaran adanya sikap yang demikian. Karena Allahlah yang memelihara dakwahnya dan harakah Islam dan menjaganya tetapi kita kasihan kepada mereka yang maghrur (yang terpedaya), karena mereka salah jalan dan tidak mendapat sebarang kebaikan.

Kita mempunyai pengalaman yang telah diajar oleh harakah Islam yang sejati bahwa siapa yang ada kebaikan padanya, Allah menggabungkan dia kepada kita dan siapa yang tidak mempunyai sifat demikian, Allah menjauhkan dia dari kita dan Allah menyelamatkan kita daripadanya.

 to be continued....

Dari Buku: Thariqud Dakwah atau Jalan Dakwah
Penulis: Syaikh Mustafa Masyhur