Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

January 18, 2010

memoar tarbiyah (1)

salam,

Tulisan ini sebenarnya sudah lama ana tulis dan tersimpan dalam laptop. ana serik dan kesal apabila laptop ana hilang sebelum ini bersama-sama dengan banyak diari catatan dakwah yang ana karang . jadi Insyaallah ana cuba kongsikan apa yang boleh dalam blog ini.Supaya sekurang-kurangnya menjadi perkongsian pengalaman hidup kita yang tidak seberapa ini.

Mengamati sejarah kehidupan ini, ku temui sesuatu yang memberi erti dalam kehidupan.
Melalui satu demi satu kisah-kisah dalam kehidupan amat memberi erti dalam diari kehidupanku ini. Aku merasakan masa begitu pantas dan kini sudah hampir masanya aku di penghujung hayat.

Wahai ikhwah dan akhwat,
Sesungguhnya masa akan terus berlalu tanpa menunggu kita. Kitalah yang harus mengejar waktu. Bukankah tuhan telah berfirman dengan lafaz “demi waktu” begitu banyak sekali di dalam Al-quran. Dalam surah al-asr, Asy-syams, dan sebagainya.

Kini telah 4 tahun lebih tercatat dalam sejarah dimana dakwah kita berjalan di bumi Sarawak. Sejak pertama kali ikhwah dan akhwat menjejakkan kaki di bumi yang subur ini sehinggalah kini, Allah masih lagi mengizinkan kita untuk menjalankan amanah yang berat ini.


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” [8:27]

Telah banyak tenaga, harta dan masa kita habiskan untuk dakwah di bumi Sarawak ini. Makanya marilah kita kembali membersihkan niat agar sentiasa ikhlas dalam beribadah dan berdakwah hanya kepada Allah yang Maha Esa. Meskipun nilai pengorbanan kita tidaklah sebesar Nabi dan para sahabat, namun,Tuhan telah menjanjikan sejak zaman 1431 H lagi bahawa walau sebesar zarah sekalipun pekerjaan kita, tetap akan dibalas dan dikira oleh Allah yang Maha penyayang.

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula. “[99:8-9]

Tarbiyah ini , mendidik kita agar kembali kepada islam yang syumul, makanya marilah kita menjadi insan yang paling pertama dan bersemangat untuk mengamalkan islam dalam kehidupan kita.

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” [2:208]
Janganlah kita wahai para dai hanya pandai bermain-main dengan kata-kata yang indah dihiasi dengan bait-bait puisi dan syair tetapi jadilah kita orang yang sedikit katanya tetapi banyak beramal. “Janganlah kita hebat di pentas tetapi tewas di gelanggang”

“ Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” [9:105]

Kita belajar dari Rasulullah saw bahawa dakwah ini dimulai dari diri kita lalu menjadi contoh dan tauladan dalam kehidupan seharian kepada orang sekeliling. Seperti kata-kata Asy-Syahid Hasan al-Bana;

“Perbaikilah dirimu,lalu ajaklah orang lain”

Masih kuat teringat dalam memori ini akan permulaan dakwah kita yang masih muda ini. Meskipun kita merupakan generasi penerus dakwah ini, akan tetapi ana masih ingat kita terpaksa memulai segalanya dari zero. Nothings……hanya bekalan dakwah dan tarbiyah yang ana dan ikhwah terima selama kurang 1 tahun.

Maka sudah tentu banyak pelajaran yang kita terima adalah daripada kesilapan kita sendiri dalam hendak memulai langkah-langkah. Seperti seorang bayi yang kian membesar dan baru belajar hendak berjalan. Begitulah kita. Slogan yang ikhwah gune juga sangat menarik ketika itu, “Try and success”.

Ana terharu apabila Dr dan Prof sanggup datang menziarahi ikhwah dan akhwat di Sarawak pada permulaan dakwah. Mereka datang sebagai ikhwah dan juga pemimpin dakwah yang punya tanggung jawab terhadap kami. Kerna merekalah yang memberi pengarahan kepada kami untuk datang ke Sarawak dan menjadi pemula dakwah ikhwah di sini dengan izin Allah swt. Mereka menghadirkan harapan dan semangat dalam jiwa kami dengan belaian kasih sayang dan keprihatinan mereka. Mereka mentarbiyah kami agar menguatkan hubungan dengan Allah swt sebagai kunci dan sumber kekuatan.

Bahkan setiap semester berikutnya kedatangan ikhwah berterusan dalam memberi pengisian kepada ikhwah dan akhwat di Sarawak. Setiap semester akan ada sahaja ikhwah ataupun akhwat yang datang menziarahi kami serta memberi pengisian dalam program daurah. Sehinggalah ke hari ini, perkara ini terus berlanjutan di mana kami sentiasa menyambut kedatangan para ikhwah dan akhwat ke sini. Bukan itu sahaja,bahkan ikhwah dan akhwat dari Sarawak juga turut sering pergi program ke semenanjung sekarang .

Perkara ini tidak pernah terfikirkan dalam fikiran kami suatu masa dahulu. Ketika mana pada masa awal, kami hanya terfikirkan untuk pulang ke semenanjung hanyalah pada waktu cuti semester, itupun 2 kali setahun. Tetapi kini,tarbiyah dan dakwah ini telah mengajarkan kami bahawa itu semua hanyalah hal yang kecil. Teknologi kapal terbang telah maju dan masa perjalanan sangatlah singkat walau jarak beribu kilometer. Tiada yang mustahil, jika ada kemahuan.

Continue…..

No comments: