September 28, 2009

Permata dalam dakwah


Dalam dakwah ini, kita sebagai orang yang baru pasti merasakan sentiasa tidak cukup pengalaman dan ilmu. Justeru itu kita akan sentiasa berusaha mencukupkan diri dengan ilmu. Bagaikan bekas air yang sentiasa perlu di isi, kerana dibawahnya ada lubang kecil yang sentiasa mengalirkan air itu keluar. Ilmu yang kita dapat selalu sahaja hilang dan terlupakan. maka kita harus sentiasa membaca dan bergaul dengan para senior dalam dakwah. Ada ilmu yang kadang-kadang kita tidak perlu baca dan mentelaah tetapi cukup sekadar kita bersembang dan bergaul dengan para senior dakwah dan ikhwah-ikhwah lain.

Jadi nak diceritakan ana berpeluang berjumpa dan bergaul dengan ikhwah senior selama 2 hari di perak baru-baru ini. Jumaat malam pergi ke meeting Thullab di taska akhwat. Habis dalam pukul 2.30 pagi. Dalam keadaan mengantuk, lepas tu kami pun pulang ke RK..dalam pukul 3 kami sampai. kami terus solat dan bertemu dengan ikhwah senior....nak tahu siapa.....salah seorang akh prof...ketika itu aku sudah terlalu mengantuk..bertemu dengan beberapa orang ikhwah. Ana sangat kagum dan terharu dengan mereka, bukan sahaja kerana sudah lama tidak bertemu, malah berjumpa dalam keadaan mereka sedang mengadap komputer membuat tugasan masing-masing. Ana ingatkan prof tengah buat assigment sebagai lecturer ke ape..rupanya sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan dakwah...melihatkan wajahnya dan usianya...serta kesungguhannya mengorbankan waktu tidur sehingga jam 3 pagi sangat mengharukan, sangat mengkagumkan,sangat memberi inspirasi. jauh di sudut hati ku, kenapa aku tidak macam prof....

sesuatu yang aku baru sedar dan perasan, inilah salah satu permata dalam dakwah kita. seorang lelaki yang merupakan anugerah Allah SWT kepada kita...hargailah keberadaan beliau...
Satu perkara lagi yang kita perlu banyak belajar dari beliau dan ikhwah senior yang lain, seperti cikgu su ,Dr.H dan lain-lain. Banyak ilmu yang mereka tidak sempat untuk menulis dan disampaikan kepada semua ikhwah dan akhwat. tetapi ingatlah terlalu banyak perkara telah mereka tunjukkan kepada kita akan rempah-rempah dalam dakwah yang sangat berguna.

Berbalik tentang akh Prof. sepanjang aku bergaul dengan beliau telah banyak nilai-nilai kebaikan akhlak telah aku pelajari dari beliau. kalau kita keluar makan denagn beliau, pastilah prof orang yang pertama yang akan bayar.jangan harap kita dapat bayar. Beliau sangat pemurah. inilah antara sifat beliau yang aku kagumi. teringat suatu masa dahulu. Semasa jadi AJK Mukhayyam. aku jadi AJK logistik bersama dengan Prof. Kami sibuk menyediakan semua barang-barang logistik untuk program. ketika mana kami sibuk mencari dan mengumpulkan barang-barang logistik di banglo ikhwah. Ada banyak barang yang tidak cukup. jadi Prof, ni pantang kalau barang x cukup, pasti di amik kunci van dan terus memecut membeli barang tersebut. kalau duit yang disediakan oleh bendahari tak cukup. maka Prof tanpa berkata apa-apa terus sahaja membeli dengan duit beliau sendiri. seperkara lagi. Prof sangat mengambil berat akan para ikhwah yang menjadi peserta Mukhayaam. Beliau sangat sayangkan para ikhwah bagaikan anak-anak beliau sendiri. manakan tidak beliau ketika menyediakan barang-barang logistik sangat teliti dan sentiasa memastikan segala kemudahan asas dan keperluan peserta lengkap supaya para ikhwah selesa menjalani program dari alatan program,khemah,alas makan, lampu elektrik, keselamatan sehinggalah ke tempat tidur ikhwah.

Sangat pemurah dan inilah barangkali akan menjadi nilai yang besar di sisi Allah kelak. Beliau banyak berinfak dengan harta bahkan masa dan jiwa beliau. inilah perkara yang aku banyak belajar dari beliau. Setiap amanah yang diberi kepada beliau pasti akan ditunaikan dengan bersungguh-sungguh. Walaupun mempunyai anak-anak yang ramai dan keluarga tetapi beliau masih mampu memberi sepenuh komitmen yang tinggi berbanding diriku yang masih bujang ini. Sebenarnya masih banyak lagi pengalaman manis dan contoh tauladan dari beliau yang telah dicurahkan kepda diriku, ikhwah/akhwat dan dakwah ini. tetapi apakan daya ana belum kesempatan untuk menulis semuanya. Semoga Allah SWT terus memberi kekuatan kepada akh Prof untuk terus teguh dalam jalan dakwah ini dan semoga kisah ini dapat memberi faedah kepada sesiapa yang membaca.