Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

August 6, 2009

wake-up!


Ketika hari yang di lalui kau merasa tenang dan bahagia, ketika segalanya berjalan lancar dan kau seakan-akan tiada halangan dalam hidupmu....
Percayalah akan datang suatu saat dalam hidupmu segalanya menjadi sukar dan susah,
akan datang masa-masa sakit dan sedih yang akan membuatkan dirimu tidak tenang dan gelisah.
Dirimu akan menangis dan terus menangis..
Dan ketika itu percayalah Tuhan sedia menantikan rintihan kesedihanmu, luahan rasa hatimu dan tangisanmu sebagai hamba yang lemah dan tidak berdaya.
Kerana Allah Maha Penyayang dan Maha Pemurah..Maha Mendengar segala isi hatimu,
Kerana hari-hari akan mendatang segalanya akan menjadi kebahagiaan dan ketenangan dalam hidupmu apabila kau telah kembali kepada Tuhan yang Maha Esa.
percayalah,
Kehidupan bagaikan roda
Kebahagiaan,kesedihan,kesusahan,ketakutan adalah kehidupan.
Segala kesusahan dan ujian akan menguatkan jiwa-jiwa kamu dan jiwaku.
Wake-up...we will never give up!!!
Because we are muslim.

No comments: