February 23, 2012
Bumi Cinta: dari sarawak ke Perak
Sungguh mengharukan ketika bertemu satu jiwa selepas solat maghrib. Seprti dijanjikan. Pertemuan dimulakan dengan tilawah Al-Quran. Selesai membaca surah Al-Hujurat ayat 13-15. Aku mengupas sedikit makna ayat itu yang berkisar mengenai taaruf dan taqwa. Sedang memberi kupasan, terdengar tangisan sayu jiwa muda itu...ternyata baginya ayat Al-Quran itu seakan menghidupkan kembali hatinya. Barangkali dialah anak halaqah pertamaku di Bumi Lumut ini..Bumi cinta seterusnya dalam hidupku...teringat kembali surau lot 77..saat berjumpa dengan hanis, fuad, pak ya dan lain-lain..semua mereka sudah besar dan hebat2 sekarang....Alhamdulillah...
February 15, 2012
Ombak Rindu
Sahabatku,
ketika kita bersama, kita tidak akan selalu merasakan apa itu erti rindu,
kerana ukhwah yang hadir telah menghapuskan jejak-jejak rindu itu,
kerana ukhwah yang tersulam telah menghapuskan rasa benci itu,
kerana ukhwah yang indah itu telah terpateri kukuh atas nama cinta Illahi,
kukuhnya cinta itu sehingga hilang rasa sakit dan letih,
kerana usrah itu selalu mendamaikan iman kita
Namun sayang sekali, apabila ombak rindu memisahkan kita,
rindu itu hadir umpama tsunami, kendati itu juga ia menerjah menusuk hati dan jiwaku,
justeru itu ketika jiwa ini kesunyian, terus ia menatap wajah-wajah suci kalian,
ku persembahkan karya ini buat sahabatku yang jauh dimata, tetapi sentiasa dekat dihatiku,
ku ingin kamu selalu disisiku saat ini, namun itu umpama bulan jatuh ke tanah,
hanya video bersulam ritma rindu ini menjadi ganti buat diriku,
agar selalu segar wajah dan senyum kalian dimataku,
kerana wajah kalian umpama air yang menyegar dan membangkitkan aku selalu,
agar tidak lena dihanyut sungai dunia,
tetapi bangkit kembali, dan terus bangkit mengejar mimpi-mimpi hebat yang menanti di sana.
terima kasih buat semua sahabat.....
selagi ruh dikandung jasad, selagi itu kita pasti bertemu,
kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang.
yang tulus:
mun'aim idrus
February 5, 2012
Ku mencintaimu…sepenuh jiwa
Ketika zaman aku belajar di matrikulasi dahulu, aku merasakan kesunyian dalam hidup ini Justeru itu, timbul rasa ingin mencintai dan dicintai. Pada suatu hari terdengar di telinga aku bualan rakan-rakan akan seseorang yang sangat istimewa. Aku semakin tertarik mendengarnya. Antara perbualan mereka adalah ada seorang itu yang cantik rupa parasnya mengalahkan bulan purnama. Susuk tubuhya cantik dan sedap dipandang. Wah! Wah! Hati saya menjadi seronok mendengarnya, tetapi masih tidak mampu membayangkan pemilik diri itu. Tambah bualan mereka lagi, Orang itu bukan sahaja cantik dan indah malah baik akhlaknya. Sesiapa sahaja yang bergaulnya dengannya pasti jatuh cinta dengan akhlaknya. Suaranya malah merdu dan menyedapkan. Wah! Hati saya semakin cair apabila mendengarnya. Meskipun tidak pernah bertemu dengannya di KMPK yang kecil ini. Tetapi hati aku seakan sudah mahu jatuh cinta dengannya. Aku terus mendengar dengan teliti perbualan mereka. Kata mereka lagi, seseorang itu, agamanya juga bagus. Dia juga terlibat dengan sebuah gerakan dakwah baru di zaman ini. Wah! Sudahlah baik malah dai lagi. Siapa yang tidak mahu mencari calon seperti itu. Meskipun masih di matrikulasi, sebenarnya jiwa aku dan rakan-rakan memang mahu rasa bercinta disebabkan kekeringan yang sangat akibat hanya mentelaah ilmiah sahaja.
Kemudian pada hari yang lain, aku bertemu dengan seorang rakan yang lain. Dia ini dulu seorang yang nakal jauh dari agama. Tetapi amat mengejutkan aku dia mula berubah dengan kembali kepada islam secara perlahan. Aku amat terkejut dan bersyukur. Ketika pertemuan hari itu, sahabat saya ini menangis secara tiba-tiba di depan aku. Aku terus simpati mungkin dia dilanda musibah. “sahabatku, mengapa kamu menangis?.” Tanyaku simpati. Lalu dia menjawab dengan nada teresak-esak. “ aku telah jatuh hati dengan seseorang itu dan aku amat merinduinya. Dia yang menolong aku berubah kembali kepada agama. Aku sangat merinduinya. Tetapi malam-malam begini bagaimana mungkin dapat bertemu dia” . aku tersentak mengengar jawapan dia. Lalu aku bertanya siapa dia. Sahabatku terus menjawab . “ adakah kau masih tidak mengenali siapa dia itu yang sangat dikenali di KMPK ini? Dialah insan teristimewa di sini. Aku telah jatuh cinta dengannya setelah sekali sahaja pertemuan di dalam sebuah majlis seminggu yang lalu. Perkenalan aku yang singkat itu amat bermakna apabila dia memberi aku kata-kata nasihat yang sangat halus dan lembut. Hingga aku sedar tujuan hidupku dan menemui cinta sejatiku. “Subhanallah! Ucapku dengan disambung “Alhamdulillah. Sungguh hebat kekasihmu itu sahabat. Bersabarlah kamu, insyaAllah kamu pasti dapat bertemu dia di masa lain. Hari sudah malam, banyakkan bersabar dan ikhlaslah kamu dalam melakukan perubahan ini. Kerana Allah hanya menerima amal yang ikhlas”
Malam itu aku pulang ke bilik dengan perasaan aneh dan kagum akan apa yang aku lihat dan dengar. Apakah masih ada rasa cinta di dunia KMPk ini yang mampu merubah manusia menjadi baik. Pengalaman silamku, apa yang aku rasai. Cinta itu hanyalah melalaikan dan merosakkan jiwaku. Cinta itu buta dan tuli. Tetapi semakin aku berfikir semakin aku tertanya-tanya siapakah gerangan kekasih mereka itu. Kekasih itu yang semua orang puji dan jatuh cinta itu. Mana mungkin mereka semua suka pada seorang kekasih. Bukankah cinta itu hanya milik seorang sahaja. Apakah mereka sudah gila merebut seorang kekasih. Bukankah masih banyak jiwa-jiwa cantik dan bersih di KMPk ini. Mengapa kekasih itu yang mereka rebutkan. Fikiranku masih tidak dapat membayangkan kekasih mereka itu. Terbaring aku di atas katil dan terus berfikir. Tiba-tiba aku tersentak, jiwaku bertanya mengapa aku tidak bertanya kepada sahabatku itu siapakah gerangannya nama kekasih yang dia amat cintai dan kasihi itu. Ya, kekasihnya itu jugalah yang menjadi bualan beberapa rakan-rakanku tempohari. Tetapi mengapa aku begitu lembap untuk bertanya gerangan namanya. Mungkin aku boleh mencari dan melihat dengan mata kepalaku sendiri keesokan harinya. Hatiku berdegup kencang dan juga seakan merasai kecantikan dan keindahan kekasih itu.
Tanpa ku sedari, aku bangkit dan terus berlari keluar. Aku berlari menuju bilik rakanku itu dengan sepenuh hatiku. Seakan orang gila. Tibanya di sana, aku terus menemui sahabatku itu. “sahabat, jika kau tidak keberatan, izinkan aku mengetahu nama kekasih istimewamu itu, kekasih yang kau amat cintai itu, kekasih yang merubah hidupmu ini.” Tanyaku dengan bersungguh. Sahabat ku kebingungan dan terus memegang kedua bahuku. Dia merenung tajam mataku lalu memeluk erat jasadku. Dia tiba-tiba menangis di dalam pelukan ku. Dia menangis teresak-esak. “oh tidak, maafkan aku sahabatku, aku tidak bermaksud untuk melukai hatimu, aku tidak bermaksud untuk merampas kekasihmu, aku hanya kagum akan dia dan ingin mengenali sahaja dia yang telah merubah hidupmu” kataku dengan perlahan. Sahabatku itu terus menangis..dengan nada yang tersesak-esak dan terputus dia menjawab “ Sebenarnya kekasihku yang aku sangat rindui itu telah pergi meninggalkan ku selama-lamanya.” Tersentak aku mendengar jawapannya. Rupa-rupanya kekasihnya itu telah tiada..”maafkan aku sahabat, aku tidak bermaksud melukaimu”. Jawabku dengan perlahan. Tidak semena-mena tiba-tiba mengalir perlahan air mata ku yang sangat mahal untuk dikeluarkan ini. Aku menangis kerana merasai simpati dan aura cinta sahabatku itu.
Sahabatku itu tiba-tiba memandang tepat ke wajahku. Dia merenung mataku lantas berkata “ apakah kamu ingin tahu siapakah nama kekasihku itu?. Kamu pasti kenal dia..dialah Muhammad saw”
“Dialah nabi Muhammad saw. dan hari ini adalah hari lahir dia 12 rabiul awal 1433 masihi wahai sahabat”..tersentak jiwa dan ragaku apabila mendengarnya..betapa aku jauh dari mengenali dia disaat orang lain mencintai dan merinduinya. Sambung dia lagi,” wahai sahabatku, kenalilah dia dan ikutilah dia nescaya kamu akan merasai cinta yang ku rasa. Terlalu indah meskipun dia sudah tiada”. Tinggalkanlah kekasih gelapmu itu, tinggalkanlah kekasih yang tidak halal bagimu itu, lalu isilah ruang cintamu itu dengan cinta kepada Muhammad Saw.”..Aku terus menangis deras tanpa ku sedari. Tangisan air mata syahdu dan penuh rasa cinta. :”Sahabat, benar katamu, diriku mungkin dipenuhi cinta palsu selama ini sehingga aku tidak menikmati apa yang kamu dan sahabat yang lain rasai”
Terus aku minta izin mengundur diri dan ku ayunkan langkahku di malam yang teristimewa ini menuju ke masjid. Malam itu, aku membawa hati yang penuh rasa cinta dan rindu melayari sejadah cinta dan ayat-ayat cinta...indahnya..cinta kepada insan mulia ini..Muhammad Saw.
Salam Maulidur Rasul..
"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(3:31)
January 18, 2012
kaedah memotivasi diri dan mengatasi (futur) lemah semangat
Assalamulaikum,
Saudara, setiap daripada kita pasti pernah mengalami suatu saat yang dinamakan lemah semangat. Kurang motivasi dan tidak bertenaga untuk melakukan sesuatu. Ada masa kita rasa sangat bermotivasi untuk belajar, bekerja, bermain dan sebagainya. Ada masa juga kita lemah dan tidak bersemangat. Disini saya inginkan kongsikan tips yang saya baca daripada sebuah buku karangan Satria Hadi Lubis yang bertajuk Total Motivation. Beliau menggariskan 99 kaedah memotivasi diri dan mengatasi lemah semangat. Justeru itu, semoga bermanfaat buat anda dan diri saya.
- Cari manfaat perbuatan tersebut untuk anda. Fikirkan faedah yang akan anda dapat daripada aktiviti yang akan anda lakukan. fikirkan sebanyak-banyaknya.
- siasat berbagai kesan negatif sekiranya anda tidak melakukan pekerjaan itu. ketahuilah akibat buruk daripada anda tidak melakukan aktiviti itu.
- baca buku-buku tentang motivasi. sekarang ini banyak sekali buku motivasi di kedai buku. cari dan baca yang simple2 dahulu. Dengan membaca buku motivasi, akan membantu anda kembali bersemangat.
- Tampal kata-kata pembakar semangat di tempat yang mudah dilihat. pada pintu, meja belajar dan sebagainya. dibilik tidur. cara ini juga telah dilakukan oleh org berjaya seperti Bill gates, Stephen Covey, Andrew Matthewys, Anthony Robbins atau Billy J. S. Lim.
- Mimpikan/bayangkan tujuan anda. Anda pernah berangan kan. seperti angan-angan mat jenin. Cuba mimpikan sesuatu yang produktif dan positif, pasti hasilnya akan membangkitkan motivasi. Jika anda seorang mahasiswa, cuba bayangkan anda lulus cemerlang di dalam peperiksaan dan berjaya di dalam majlis convocation bersama keluarga. Semasa saya belajar di UNIMAS dahulu. Semasa saya mula-mula mendarat di lapangan terbang Kuching . Demi Allah, saat itu saya sudah membayangkan bahawa dalam masa 4 tahun saya akan berjaya menggenggam segulung ijazah. Saya telah berbisik kepada sahabat saya ketika itu, bahawa kita pasti akan melakukan perubahan di Bumi ini. Ya, ketika itulah semangat saya berkorbar-korbar. Alhamdulillah, sekarang saya sudah berjaya menggapai impian saya itu, bahkan Allah swt menambahkan nikmat itu dengan saya berjaya juga menyambung master dan lulus dengan cemerlang. Alhamdulillah. begitulah hebatnya kuasa mimpi yang membangkitkan motivasi.
- Tuliskan semua mimpi2 hebat anda. Ini juga merupakan sesuatu yang sangat membantu. Ambillah sehelai kertas, dan tuliskanlah 10 impian dalam hidup anda berdasarkan siapa dan dimana anda sekarang. mulakanlah dengan impian/mimpi2 yang dekat. yang mampu anda capai sekarang, tahun ini. kemudian barulah mimpi2 tahun akan datang. tulislah. kerana ia akan memberitahu diri anda bahawa anda ada sesuatu yang wajib dicapai dalam hidup anda. Anda bukan orang sebarangan. anda adalah diri anda yang penuh dengan mimpi-mimpi hebat. Semasa zaman saya belajar dahulu, inilah yang sering saya lakukan. Saya menulis semua impian saya yang saya gelar sebagai mimpi-mimpi hebat dalam hidup saya. saya menulis pada kertas A4 lalu menampalnya di dinding bilik saya. ada juga yang saya tulis dan simpan di dalam dompet saya. bahkan sekarang ini juga saya punya sehelai kertas di dalam dompet saya yang tercatat beberapa mimpi-mimpi hebat saya. saya akan sesekali membuka dan membacanya apabila saya terlupa.
- buat perencanaan harian. Anda mungkin selalu tidak termotivasi kerana anda tidak tahu apa yang nak dilakukan pada hari ini. cuba ambil sehelai kertas kecil. tuliskan beberapa aktiviti yang perluanda lakukan hari ini. kalau pelajar contohnya: hantar assigment fizik, group discussion jam 3 ptg, usrah jam 9 mlm. main bola jam 5 ptg. study malam. Saya rasa dengan menulis beberapa aktiviti anda pada hari ini, nescaya akan membantu anda menyusun masa dan termotivasi untuk melakukannya. dengan perencanaan yang ditulis, tidak bersandar pada ingatan sahaj, anda akan lebih termotivasi dan mudah ingat apa kegiatan anda hari ini.
- jangan bandingkan diri anda dengan kejayaan orang lain. Jika ingin berjaya, janganlah suka membandingkan diri anda dengan kejayaan ornag lain. sebab anda akan merasa tertinggal dan merasa diri anda tidak sukses. sedangkan anda sedang menuju sukses. fokuskan diri anda pada apa yang anda lakukan dan apa yang anda ingin capai. setiap orang mempunyai perbezaan dalam berjaya. tawakal kepada Allah setelaha nda berusaha.
- baca kisah-kisah para nabi, ulama, pejuang palestin dan pejuang tanah air. agar anda termotivasi, belajarlah daripada kisah hidup dan perjuangan orang-orang hebat di dalam negara dan luar negara. Kisah para nabi, ulama dan pejuang palestin pasti memotivasikan anda.
- baca juga kisah orang-orang berjaya seperti Bill gates, Steve Jobs, mahatma gandhi dan siapa sahaja yang berjaya yang boleh memotivasikan. Ambil sahaja yang bagus2 dan tinggalkan yang tidak bagus.
- Ikuti program-program motivasi. Ini pasti sangat membantu. diluar sana terdapat banyak program motivasi. seperti ESQ, Dr fadhilah kamsah, MAP, Marketingpower oleh Dr Azizan dan banyak lagi. dalam program ini, anda akan dilatih kaedah-kaedah untuk memotivasi diri anda dan juga bertemu dengan orang-orang yang hebat. Sayajuga sehingga kini masih mencari2 peluang dan masa yanga da untuk menyertai program2 motivasi yang ada. terbaru, InsyaAllah saya akan menyertai seminar motivasi oleh Dr Azizan yang tengah popular sekarang ini. Seminar marketing power. bagaimana pula anda?
- Biasakan berfikir positif bahawa " Saya adalah orang yang bersemangat". Lihatlah sesuatu dari sisi positif dan bukan negatif. pernah suatu ketika dahulu, saya dijemput memberi ceramah. Padahal saya tidak mempunyai pengalaman dan berasa sangat gugup. tetapi setelah mempelajari teknik berfikir positif ini. saya berjaya menyakinkan diri saya dan akhirnya dengan melakukan persiapan fizikal dan mental, saya berjaya melakukannya. ia tidaklah susah sebenarnya. Cuma kadang-kadang kita kalah dengan mental kita yang terlalu negatif sehingga hilang segala yang positif.
Maaf. akan bersambung lagi.
January 5, 2012
Nyamuk dan Demam Denggi
Sahabatku, bersabarlah atas apa sahaja ujian dan kesusahan yang menimpa anda dalam kehidupan ini. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyayang. Yakinlah bahawa Allah beserta orang beriman yang bersabar.
“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu[99], sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (2:153)
Sejak saya pulang ke Kl baru-baru ini. Berbagai-bagai ujian saya lalui sepertimana anda juga melaluinya. Terbaru kami sekeluarga diuji oleh Allah dengan 2 abang saya telah dimasukkan ke hospital Kl kerana demam denggi. Menurut jururawat HKL, bulan ini merupakan musim demam dan banyak orang kena denggi. Oleh itu, kalau kena demam, segeralah ke HKL untuk mendapatkan rawatan sebelum terlambat.
Sungguh hebat makhluk ciptaan Allah yang bernama nyamuk ini. Kecil-kecil cili api rupanya. Badannya yang kecil, tetapi berani dan mampu menumbangkan manusia yang berkali ganda besarnya dan kuat daripada dia. Sejarah silam juga ada menukilkan kisah Raja Zamrud yang kaya dan sombong telah mati hanya disebabkan seekor nyamuk yang masuk ke dalam kepalanya melalui ruang telinga. Begitulah nyamuk sehingga kini masih kekal dengan keturunannya yang berbagai jenis seperti manusia juga. Istimewanya ciptaan Nyamuk ini sehingga Allah menyebut namanya dalam Al-quran supaya manusia berfikir, seperti yang tercatat di dalam surah Al-baqarah ayat 26
“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?." Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik, “
Apabila saya berfikir lebih mendalam, ada juga kebaikan nyamuk ini. Agak-agaknya apa jasa nyamuk kepada manusia selain daripada menyusahkan dan membahayakan kita? Pernah dengar nama produk Shieldtox, Ridsect dan ubat nyamuk jenama gajah? Semua produk ini adalah hasil keluaran syarikat-syarikat ubat pembunuh dan penghalau nyamuk. Dengan adanya syarikat-syarikat ini, mereka telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada manusia dan menjadi sumber rezeki yang halal bagi manusia. Begitulah dunia perniagaan, mereka akan sentiasa memberi jawapan kepada permasalahan manusia. Agaknya itulah antara kebaikan nyamuk. Tetapi denggi juga adalah disebabkan kelalaian manusia yang terleka dalam menjaga kebersihan. Terutama selepas musim hujan baru-baru ini. Semua ini menginsafkan saya sekeluarga. Kami redha dan terima ujian Allah ini dengan tabah.
Saya kagum dengan mak, beliau masih kuat pada usia 58 tahun membawa abang ke hospital. Rupa-rupanya Hospital Kl, terdapat jabatan khas untuk penyakit demam sahaja. Seseorang pesakit yang demam kena datang awal untuk mendaftar dan mengambil nombor. Beratur dan menunggu boleh mengambil masa berjam-jam. Jadi kalau nak cepat, kami terpaksa datang awal. Alhamdulillah kehadiran saya di KL, dapat juga membantu mak. Habis semua kerja saya tinggalkan demi membantu ibu dan abang yang sakit. Saya melihat inilah masa terbaik untuk mentarbiyah dan merapatkan ukhwah dengan abang dan ahli keluarga yang lain. Setelah 6 tahun saya belajar di Sarawak, saya berjauhan dengan ahli keluarga membuatkan kami jarang dapat bertemu dan bergurau senda. Alhamdulillah, kini saya dapat meluangkan sedikit masa bersama.
“Mak, kenapa la Allah uji kita bermcam-macam ujian pada bulan ini ya? “ keluh saya pada mak di hospital. Mak yang sedang duduk memerhatikan abang yang terlantar di hospital lalu perlahan-lahan memandang saya dan berkata. “ Sabarlah nak, apabila diuji oleh Allah dengan kesusahan dan kesakitan, ingatlah orang yang lebih susah dan lebih berat ujiannya. Pandanglah orang yang berada di bawah kita, nescaya kita akan lebih bersyukur.’ Jawapan mak itu benar-benar menenangkan jiwa dan perasaan saya. Membuatkan saya lebih berasa bersyukur dan sabar. Lantas saya melihat pada sudut lain di dalam wad hospital itu, saya melihat ramai pesakit sedang terlantar dengan berbagai-bagai jenis penyakit. Alhamdulillah, saya mendapat sebuah pelajaran tarbiyah daripada Allah hari ini. Semoga anda juga mendapat ibrah daripada post saya kali ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Sungguh mengharukan ketika bertemu satu jiwa selepas solat maghrib. Seprti dijanjikan. Pertemuan dimulakan dengan tilawah Al-Quran. Selesa...
-
Assalamulaikum, Saudara, setiap daripada kita pasti pernah mengalami suatu saat yang dinamakan lemah semangat. Kurang motivasi dan tidak be...
-
PENDAHULUAN Peperiksaan penting seperti exam akhir semester bagi pelajar IPT amat memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca sema...
-
Setiap kita mempunyai jalan hidup masing-masing. Setiap hari kita akan menjalani sebuah skrip drama yang real dan bukan main-main. Saya dan...

